Monday, July 13, 2009

Episod 16 - Hanya Kau di Hati

Dua hari selepas Luna balik dari kanada, Luna sudah bersedia untuk terus maju. Baginya tiada yang lebih bermakna selain dapat meneruskan usaha dan dorongan dari ibubapa serta kawan-kawan untuk berjaya. Kerjaya peguam sudah menjadi idamannya sebelum ini, namun dia mengakui dia tidak suka banyak berkata-kata dan kelemahannya dia takut untuk berdepan dengan orang ramai. Namun kerana dia tidak suka jika keadilan itu tidak dipertahankan, dia menjadi lebih berani.

Pada mulanya, dia hanya mahu menjadi akauntan tetapi kerana minatnya terhadap undang-undang dan mahu mengetahui lebih banyak lagi tentang hukum dan kanun maka dia memutuskan menyambung pelajaran ke bidang tersebut. Berbanding dengan Suraya yang lebih berminat dalam perniagaan, dia menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan manakala Isabell yang berminat dengan bahan kimia dan ujikaji, dia menyambung pelajaran dalam bidang kimia industri. Kalau dalam tahun pertama mereka sering bersama kerana pelajaran lebih kepada pengetahuan am, dalam tahun kedua pula, hanya dua subjek sahaja mereka akan ke kuliah bersama-sama.

Petang itu selepas mendapatkan buku bahan kajian, Luna mencari tempat yang sesuai untuk mereka berkumpul bersama, selalunya mereka berkumpul di tingkat bawah, kali ini dia memilih tempat di sebelah cermin tingkap. Sambil menunggu yang lain tiba, dia membelek-belek buku yang diambilnya dari rak. Tetapi baru sebentar dia membaca fikirannya melayang, hari ini dia akan bertemu dengan Zasmond, adakah ini kebetulan mereka memilih subjek yang sama sehingga masing-masing setuju untuk tetap pada kumpulan yang dulu atau kerana dia sememangnya ada jodoh dengan Zasmond? Setelah enam bulan tidak bertemu, hatinya terasa begitu berdebar berbanding sebelum ini, adakah dia takut untuk bersemuka dengan Zasmond? Tiada satu jawapan pun yang dapat difikirkannya. Namun dia berharap bukan Zasmond yang datang dahulu kerana dia pasti Zasmond akan membuatnya lebih berdebar lagi. Tanpa menyedari, Justin dan Zasmond sudah berada di depannya.

“Hi Luna...apa khabar? Macam mana kanada? Ada tak jumpa boy hensem, tak kenalkan ke?”, Justin macam biasa pasti ada saja kata yang membuatkannya tersenyum, apa pun itu lebih baik bagi meredakan kejutan yang ada di hatinya. Justin duduk di berhadapan Luna manakala Zasmond di sebelah Justin.

“Hi..erm, baik...banyak tapi seorang pun tak nak ikut balik Malaysia...”, Luna juga sengaja berseloroh, dilihatnya Zasmond masih belum berani memandangnya.

“Laa..kenapa tak kawin je sana...tak adalah gurau je, so, mana Suraya dan Isabell?”, kata Justin yang masih tersenyum menampakkan giginya, Luna juga ikut tersenyum dengan gelagat nakal Justin tapi sedikit rasa tak selesa bila Zasmond seperti tidak melayannya. Justin perasan itu lalu dia mencuit bahu Zasmond.

“Tak taulah, kejap lagi sampai lah tu..”, kata Luna lalu tunduk berpura-pura melihat handphonenya.

Justin dan Zasmond seperti berbisik sesuatu tetapi tidak begitu jelas, Justin sebenarnya mahu Zasmond bercakap sesuatu pada Luna tetapi dia tidak tahu kenapa dengan kawannya itu. Lalu dia meminta izin ke tandas sebentar. Ini membuatkan Luna terasa seperti hendak lari kerana ditinggalkan berdua dengan Zasmond.

Zasmond sebenarnya sangat gembira dalam hatinya kerana akhirnya dia bertemu dengan Luna tetapi dia tidak tahu kenapa dia betul-betul takut untuk berdepan dengan Luna. Ketiadaan Justin membuatnya lebih takut memandang gadis di depannya. Tetapi kerana dia tidak mahu Luna salah anggap, dia akhirnya bersuara dan menahan debaran di dadanya berdepan gadis yang mahu ditemuinya selepas enam bulan tidak bersua.

“Erm..Luna apa kabar? Saya tau Justin sudah tanya tapi..”

“Tak apa, saya sihat, Zas, macam mana?”

“Sangat baik lepas Luna balik Malaysia, selama ini saya selalu ingat seseorang tapi bila nampak Luna ada di sini, rasa lega pula, saya tak tahu la kenapa.”

Luna hanya tersenyum, dia merasakan Zasmond merinduinya. Zasmond bersuara lagi.

“Luna marah saya cakap macam tu?”

“Bukan tapi rasa bertuah..”

“Luna, boleh tak kita jumpa?”, Luna hairan dengan pertanyaan Zasmond, adakah maksudnya mengajaknya keluar berdua?

“Apa maksud Zasmond? Bukan sekarang kita sedang berjumpakah?”,tanya Luna, mata mereka bertentang lalu Luna tunduk malu.

“Ya tapi maksud saya keluar bersama, keluar beramai-ramai pun tak apa...tapi di luar kawasan ni.”

Selepas saja berkata itu, tiba-tiba muncul Suraya dan Isabell yang kebetulan terdengar perkataan keluar beramai-ramai.

“Wah, korang nak bincang tanpa kami kah? Keluar pergi mana? Berkelah? Tengok wayang? Atau korang nak keluar berdua ni...hehe...”, kata Suraya seperti tahu maksud Zasmond.

“Beramai-ramai mungkin lebih seronok kan..”, kata Luna pula seperti nak sembunyikan sesuatu yang dimaksudkan Zasmond. Dia memandang lelaki di depannya yang kini diam tak bersuara.

“Kalau nak buat plan macam tu lebih baik buat masa sekarang, berkelah kan lebih seronok”, kata Isabell.

“Siapa yang nak berkelah? Bawa lah saya..”, Justin pula menyampuk selepas mendengar perkataan berkelah.

“Lebih baik kita tanya Zasmond, kan dia mula buat plan ni...”

“Erm..sebenarnya, saya terfikir kita pergi berkelah beramai-ramai di pantai, isnin ni kan ‘public holiday’, ajaklah siapa-siapa pun boleh, tapi makan kena berkongsi maksudnya semua orang kena belanja makan.”

“Bagus plan tu, nanti boleh ajak beberapa kawan sekuliah kita, tapi sebelum tu kita kena bincang pasal kertas kerja ni dulu.”

Mereka mengiya lalu perbincangan tentang perkelahan dihentikan disitu dan perbincangan kertas kerja dimulakan.

No comments:

Post a Comment