Friday, July 24, 2009

Episod 18 - Hanya Kau di Hati

Bermulalah episod baru bagi Luna dan Zasmond sebagai pasangan. Dalam hati Luna, dia tidak mengharap sangat Zasmond memberikannya selalu kebahagian, cukuplah bagi dia jika Zasmond percaya dan sanggup berkongsi suka duka bersamanya. Bagi Zasmond, hidup ini akan sentiasa bahagia jika orang yang disayangi berada di sisi selalu, baginya kesempurnaan bukan yang dicarinya tetapi kesanggupan untuk saling menerima kekurangan dan kelebihan adalah satu anugerah.

Walaupun manusia menginginkan kebahagiaan tetapi adakalanya kehancuran pasti akan datang. Kehancuran itu jika difahami bukan untuk merosakkan sesuatu kebahagiaan tetapi adalah petanda untuk menerima satu perubahan dalam diri seseorang mahupun dalam suatu situasi. Tidak semua manusia bijak menangani masalah dan tidak semua manusia menyerahkan kekalahan pada dunia. Apa yang penting harus redah dan cuba mencari jalan penyelesaian perlahan-lahan. Kerana sesuatu yang berlaku itu kadang kala ada sebabnya.

Dalam tahun ketiga di universiti, Luna dan Zasmond tidak menyedari kebahagian mereka tidak disenangi orang lain. Orang itu ialah Nizza, pelajar tahun satu dan menganggap dirinya bekas kekasih Zasmond sedangkan dia hanyalah adik angkat Zasmond. Zasmond dan Nizza datang dari sekolah menengah yang sama dan masih berhubungan sehinggalah Zasmond memasuki universiti. Nizza menganggap Luna lah menjadi punca kenapa Zasmond tidak lagi menghubunginya.

Suatu hari semasa Zasmond bersendirian mencari buku di perpustakaan, dia didekati Nizza, dia tahu Nizza memang ada di sini kerana dia juga salah satu ajk yang mengurus pelajar baru. Dia gembira bertemu Nizza dan tidak tahu yang Nizza sebenarnya ada hati dengannya. Dia masih menganggap Nizza adik angkatnya dan berharap Nizza juga menganggapnya abang angkat. Tetapi Zasmond tidak tahu Nizza sebenarnya tahu dia ada kekasih bernama Luna.

“Hi Zas, wah makin segak nampak, lama tak jumpa, apa kabar?”

“Eh..Nizza, dapat juga kau cari saya di sini, baik, jom duduk, kau apa kabar, makin lawa nampak, dulu rambut pendek sekarang dah panjang pula.”

“Kan semua orang berubah lagipun emak dah suru panjangkan rambut, kenapa tak hubungi saya sejak masuk sini?”

“Pernah, banyak kali tapi tak dapat pun, Nizza tukar nombor handphone ke?”

“Ya tapi saya dah pesankan adik Zas si Zaniah berikan nombor baru saya, tak dapat dari dia ke?”

“Oh..saya tak tahu pula lagipun dia tak cakap pun apa-apa pasal nombor telefon, mungkin dia lupa, sorry lah lama tak cari Nizza tapi saya gembira bertemu Nizza sini, kalau ada apa-apa masalah, Nizza boleh cari saya lagipun saya presiden pelajar di sini.”

“Saya tahu, saya memang akan cari Zas sebab kau jelah saya kenal di sini.”

“Ye ke, jangan risau tak lama lagi dapat kawan banyak lagipun nanti ada masa sesuai saya kenalkan kau pada seseorang.”

“Erm..siapa? Saya kenal?”, Nizza mula merasakan Zas akan kenalkan dia pada kekasih barunya. Saya tak akan terima fikir Nizza.

“Nizza..Nizza..kenapa diam? kau nak bayangkan muka dia? Jangan takut lah bukan hantu, orang istimewa..ok lah saya kena pergi dulu..ada meting lepas ni..jumpa lagi.”

Nizza hanya mengangguk. Dia mula rasakan perempuan itu memang istimewa kerana semasa dia melihat Zas dengan perempuan itu bersama beberapa hari lalu memang mesra. Saya harus lakukan sesuatu untuk mendapatkan kembali Zasmond. Hanya saya berhak untuk dia fikirnya.

Suatu petang semasa sedang berjogging, Nizza terlihat Zasmond dengan Luna sedang berjogging bersama. Kerana kecemburuannya pada perempuan itu maka dia merancang sesuatu.

* * *

Semasa sedang berjogging, Luna terdengar seseorang mengerang kesakitan, dia melihat di belakang dan ternampak seseornag jatuh. Dia memberitahu Zasmond yang dua langkah di hadapannya. Mereka kemudian mendekati perempuan itu dan ternyata itu adalah Nizza.

“Eh..Nizza kau tak apa-apa kah? Macam mana boleh jatuh ni?”, Zasmond sedikit rasa hairan kenapa Nizza boleh jatuh sedangkan dia adalah atlet sekolah dulu.

“Nama kau Nizza ke? Biar saya tengok kaki kau.” Luna cuba memeggang kaki Nizza untuk melihat jika kakinya terseliuh tetapi dia menepis perlahan.

“Tak apa, saya ok, saya cuma tak boleh jalan, Zas boleh tak tolong papah saya? Sampai bangku tu je..”, Zasmond merasa sedikit serba salah tetapi Luna memberi kebenaran padanya. Dia berharap Zasmond akan terangkan siapa gadis itu dan macam mana mereka saling mengenali kerana dia tidak mahu salah sangka.

“Terima kasih..”

“Macam mana boleh jatuh?”

“Salah saya tak nampak batu di depan, saya terpijak lalu jatuh.”

“Sakit tak? Saya boleh tolong papah sampai ke bilik atau ke klinik kalau Nizza mahu.”kata Luna lagi mahu memberikan pertolongan.

“Tak apalah, saya ok, korang teruskanlah jogging, saya nak rehat dulu.”

“Nizza boleh tahan ke? Betul ni ok?”

“Ok, jangan risaulah saya ok..”

“Oh ya, Nizza, perkenalkan ini Luna, inilah orang yang saya mahu kenalkan.” Mereka bersalaman namun Nizza sedikit pun tidak senyum pada Luna.

“Oh nilah orang yang istimewa tu, tak apa lah korang teruskan jogging, biarkan saya rehat.”

“Ok lah lain kali kita keluar bersama-sama cerita panjang-panjang k..”

Tiada apa lagi yang dapat Zasmond katakan lalu meminta izin beredar. Nizza betul-betul rasa tercabar dengan perempuan itu, sebab dia sedikit pun tidak merasa marah Zasmond memapahnya apa pun perempuan itu pasti bertanya siapa dia, dan dia harap ada pertengkaran antara mereka. Luna dan Zasmond meneruskan jogging mereka untuk satu pusingan lagi dan barulah menyedari Luna diam dari tadi.

“Luna, kenapa ni? Luna pun sakit juga ke?”

“Tak la, erm Zas, siapa dia tu?”

“Lupa pula saya beritahu Luna, ini pasti tertanya-tanya dari tadi tapi takut nak tanya kan..dia adik angkat saya semasa di sekolah menengah lagi, sekarang dia masih menganggap saya abang angkat walaupun dah lama tak jumpa, selama ini saya lupa beritahu pasal dia sebab saya tak sangka akan jumpa dia di sini.”

“O..adik angkat tapi macam dia ada hati je dengan Zas...”

“Mana ada, saya anggap dia adik angkat je, cemburu ke saya papah dia? Saya boleh dukung Luna kalau nak.”

“Tak adalah saya cakap je apa yang saya rasa lagipun dia macam tak suka Luna.”

“Jangan fikir bukan-bukanlah, dia tahu Luna tu istimewa dalam hati Zas, lebih baik kita jangan cakap pasal dia, dia tahu jaga diri tu, dulu dia atlet sekolah..jom balik, hari ini Zas belanja makan.”

“Betul? Ok.”

Mereka terus meninggalkan balapan dan sambil bercerita mereka menuju ke kantin makanan. Nizza yang memerhati dari jauh rasa geram dengan kemesraan mereka.

No comments:

Post a Comment