Sudah sejam dia menunggu Nizza, tapi masih juga tak kelihatan, semasa keluar dari bilik dia sempat menelefon Nizza dan mahu mereka berjumpa.
“Hai Zas, sorry la, tadi sibuk sikit, zas tak marahkan...”, kata Nizza yang tersenyum memandang Zasmond.
“Apa hal Zas nak jumpa ni, ada hal penting ke?”, tanya Nizza yang kehairanan kerana Zasmond hanya memandangnya dari tadi.
“Nizza, zas nak tahu perkara sebenar dari mulut Nizza sendiri..”
“Serius bunyinya, apa dia?”
“Zas tak rasa tempat ini sesuai, kita pergi ke pondok di hujung..”, kata Zasmond terus berlalu, Nizza mengikuti dari belakang, Nizza hanya tersenyum-senyum,pasti dia nak luahkan perasaan, fikirnya. Zasmond duduk memandang tasik di depan mereka.
“Kenapa ni Zas?”, tanya Nizza lagi mula risau.
“Betulkah Nizza reka cerita tentang Nizzam, betulkah gambar hari tu adalah rekaan saja, betulakah Nizza nak pisahkan Zas dari Luna?”
“Apa zas cakap ni, tak faham la..”, kata Nizza buat-buat tidak tahu.
“Zas dah tahu semuanya, Nizza permainkan Zas kan...”
“Zas, apa zas cakap ni, buat apa Nizza reka-reka cerita, apa yang Nizza cakap tu...”
“Palsukan...”, zasmond terus memotong kata-kata Nizza, dia sebenarnya tidak mahu percaya apa yang didengarnya dalam h/p Justin tapi dia harus juga mengetahui cerita sebenar.
“Zas dah tahulah Nizza, Nizza sengaja nak reka cerita untuk pisahkan zas dengan Luna kan, zas dah dengar dah kata-kata Nizza yang mengaku sendiri nizza plan nak rosakkan hubungan zas dengan Luna...”, sambung Zasmond lagi.
“Tapi Nizza tak reka...”
“Perbualan dengan Justin?”, zasmond menyambung kata-kata Nizza tapi yang sebenarnya bukan itu yang hendak diluahkan Nizza. Nizza terkejut, kini baru Nizza teringatkan kata-katanya pada Justin. Rupanya kata-katanya dirakam oleh Justin.
“zas, itu semua tipu, Justin yang paksa Nizza cakap macam tu, dia ugut Nizza...”
“Sudahlah Nizza, jangan lagi reka cerita lain, zas tahu siapa Justin, tak mungkin dia ugut Nizza melainkan Nizza sendiri yang mengatakannya, zas betul-betul tak percaya semua ini rancangan Nizza, zas tak sangka Nizza begitu benci pada Luna hingga sanggup kotorkan nama baik dia, apa yang dia dah lakukan? Setahu saya Luna orang yang baik, Luna tak pernah kacau orang malah Luna ambil berat tentang Nizza..”
“Luna, luna, luna, kenapa Zasmond sebut nama tu, apa kurangnya Nizza, Luna tu hanya perempuan kampungan, tak sesuai dengan Zas...”, Nizza akhirnya naik berang mendengar nama Luna.
“Nizza...”, hampir saja tangan zasmond mengenai pipi Nizza tapi Nizza lebih dulu menangis.
“Kenapa Nizza buat macam ni...”, kata Zasmond setelah beberapa minit berdiam.
“Zas, Nizza sayangkan Zas, Nizza perlukan Zas, Nizza lebih dulu mengenali Zas, dari dahulu lagi Nizza menaruh hati pada Zas tapi Nizza tak berani luahkan...”
“Sudah terlambat Nizza, hati zas hanya untuk Luna, tapi sekarang hati Luna dah hancur, dah hancur sebab Zas...”
“zas, Nizza sayangkan Zas, tolong jangan tinggalkan Nizza, lupakan Luna...”
“Tidak Nizza, walau Luna tidak menerima Zas sekalipun, hati zas sudah tidak lagi menerima orang lain, Nizza sampai di sini sajalah persahabatan kita, saya harap kita tiada apa-apa kaitan lagi lepas ini...”, Zasmond meninggalkan Nizza yang menangis tersedu-sedu, perasaannya bukan saja sedih malah marah kerana Zasmond sudah tahu perkara sebenar, dia memanggil Zasmond tapi tidak diendahkan.
Zasmond cuba untuk menelefon Luna tapi hanya operator yang menyambut, kemudian dia menghantar mesej pada Luna tapi tiada jawaban walaupun selepas 30 minit. Kini dia rasa begitu kesal kerana tidak percaya akan Luna, sepatutnya dia tahu siapa Luna. Apa yang boleh dilakukannya hanya ingin berjumpa Luna. Sampai di cafeteria, dia ternampak, suraya dan isabell, zasmond terus menemui mereka.
“bell, su, mana Luna, kenapa dia tak jawab panggilan?”
“Luna? Sudah terlambat untuk kau cari dia zas...”, kata isabell merunsingkan hati zasmond.
“Bell, beritahulah mana Luna, saya betul-betul nak jumpa dia, saya minta maaf sebab...”, zasmond tidak meneruskan kata-katanya sebab dia tidak sanggup mengatakan dia telah melukakan hati Luna.
“Zasmond, buat masa ini, lebih baik kau lupakan Luna, dia tiada di sini...”, kata suraya lalu berjalan meninggalkan mereka berdua.
“Bell, tolonglah, mana Luna?”
“Kali ini saya tak dapat nak tolong, lebih baik biarkan Luna tenangkan diri dahulu, zasmond baliklah.”
Isabell juga meninggalkan Zasmond yang dalam kebinggungan. Suraya yang melihat zasmond dari jauh hanya tersenyum. Akhirnya dia sedar katanya dalam hati.
Sementara itu, Luna yang bersama mdm munira menginap satu bilik yang sama memandang h/p nya. Dia sudah merancang untuk menutup h/p nya untuk beberapa hari. Dia hanya mahukan ketenangan biarpun tidak mendapat mesej dari zasmond untuk memberikannya semangat. Pertandingan akan bermula esok dan dia perlu meneruskan perjuangannya bersama Nizzam.
* * *
Zasmond tidak senang duduk, sekejap berdiri, sekejap berbaring di katil. Dia betul-betul runsing kenapa Luna tidak menjawab h/pnya. Dalam memikirkan tentang Luna, Zasmond tertidur kerana keletihan, perut yang lapar diendahkannya.
“Zas, Luna harap zas menemui kebahagiaan...”, Luna menyapa Zasmond yang memandang sebuah tasik. Zasmond berdiri mendapatkan Luna tetapi perlahan-lahan hilang dari kabus tebal. Zasmond memanggil Luna sambil mencari-cari tetapi tidak ditemui.
“Zas, zas..bangunlah, dah maghrib ni, kau mimpi ke?”, rupanya Zasmond bermimpi, Justin membangunkan Zasmond sebaik balik dari kuliahnya. Zasmond bangun dan bersandar di katil. Ditatapnya h/p di tangannya, tiada sebarang mesej atau panggilan masuk. Dia terus kecewa.
“Justin, kau tau tak mana Luna? Dia tak mesej saya lagi, dia dah tukar no h/p ke?”, tanya Zasmond.
“Luna? Erm..entah, saya tak tahu pula, kau tak tanya kawan baik dia ke?”, kata Justin serba salah.
“Saya dah tanya tp mereka tak bagitahu pun, Justin saya tahu kau pasti tahu kn, tolonglah beritahu saya mana Luna..”
“Erm..saya tak, er..sebenarnya Luna dah pergi...”
“Apa maksud kau dia pergi, dia pergi mana?”
“Sebenarnya Zas, Luna dan Nizzam...”
“Kenapa dengan Luna? Apa Nizzam dah buat pada dia?”
“Dengarlah dulu, sebenarnya Luna dan Nizzam tu wakil Universiti kita dalam Pertandingan pidato undang-undang. Mereka dah bertolak ke kuala lumpur pagi-pagi lagi. Besok pertandingan akan bermula selama tiga hari...”
“Jadi selama ini saya betul-betul salah faham tentang Nizzam, saya betul-betul buat Luna kecewa..”, luah zasmond.
“Tulah zas kau tak perhati betul-betul siapa betul siapa salah, kau dengan Luna kan dah setahun berkasih tapi kepercayaan kau pada dia tak kuat...”
“Ya, saya mengaku saya salah, saya menyesal sebab tak percaya dia dan tidak melayan Luna tapi Justin saya masih sayangkan dia...”
“Zas, sayang tak cukup dalam perhubungan, setia, percaya dan perhatian juga penting dalam hubungan yang utuh...”
“Kalau lah Luna berikan saya peluang lagi...”
“Kau kena pujuk dia Zas, sayang dilepaskan perempuan macam dia, baik dan pintar, cantik tu bonus semata-mata.”
“Bila Luna akan balik?”
“Mungkin dalam empat hari lagi...”, Zasmond diam, baginya empat hari cukup lama kerana dia tidak mahu terus berasa tak senang hati. Namun itulah hakikat yang dia harus terima. Dia harus pujuk Luna kembali padanya dan yang paling penting meminta maaf kerana memutuskan perhubungan tanpa usul periksa.
No comments:
Post a Comment