Thursday, April 15, 2010

Episod 32 - Hanya kau di hati

* * * *
Luna duduk termenung di lobby hotel, sebentar lagi mereka akan bertolak ke UKM, tempat pertandingan berlangsung, fikirannya sedikit terganggu ditambah lagi dengan keraguan terhadap dirinya sendiri. Dia takut jika dia melakukan kesilapan yang dikesalinya nanti.

"Luna kamu dah sedia?", kata Mdm Munira sambil memegang perutnya yang kian membesar.
"Sudah mdm, cuma takut pula bila terbayang kita berdiri di depan dan semua mata memandang kita..."
"Anggap saja mereka semua itu semut, pasti gemuruh itu hilang...", kata mdm sambil tersenyum.

Mereka menunggu Nizzam dan suami Mdm Munira, h/pnya masih dipegang kemas. Hendak di 'on' tapi takut menerima mesej yang mungkin melemahkan semangat dia. Luna tahu mungkin Zasmond masih lagi tidak percaya kepadanya, lagipula dia mahu melupakan ZAsmond selepas ini, biarlah dia bersama dengan Nizza dan berharap Nizza tidak akan mengganggu di lagi.

Beberapa minit kemudian, mereka pun bertolak ke UKM menaiki kereta sewa yang diandu oleh En. Rizal, suami Mdm Munira. Dengan membawa harapan yang tinggi terhada universiti mereka, perjuangan harus diteruskan. sesampainya mereka di dewan, mereka terus mengambil tempat bersebelahan UPM.

"Luna, kau dah ok?", tanya Nizzam. Luna berasa terharu pula Nizzam mengambil berat akan dirinya. Luna mengeluh panjang kemudian memandang Nizzam.
"Terima kasih sebab ambil berat pasal Luna, ya saya ok, jangan risau, kita harus berjuang untuk pertandingan ini...",Kata Luna sambil berdoa dalam hati.

Pertandingan pun dimulakan. Saingan memang sengit, masing-masing dengan hujah yang bernas tetapi Nizzam dan Luna tetap akan berjuang dengan hujah mereka. Apapun keputusannya mereka akan terima, asalkan mereka sudah berusaha.

* * * *
"Zas, apa kau menungkan lagi tu? Kau tak pegi kuliah ke?", kata Justin sambil menyikat rambutnya.
"Entahlah, macam tiada mood la..."
"Kau ni, jangan la fikir sangat pasal Luna, dua tiga hari baliklah dia, nanti bila kau dah jumpa dia, bolehlah kau pujuk, dah lah simpan lah mood sedih kau tu, pegi mandi, nanti lambat lagi..."

Zasmond seperti kerbau yang dicucuk hidung. Walaupun berasa malas tapi apa yang Justin cakap tu betul . Hidup harus diteruskan, peluang pasti akan datang. Setelah bersiap mereka pun keluar dari bilik menuju ke perhentian untuk mendapatkan bas. Hanya tinggal 10 minit lagi kuliah akan dimulakan. Sebelum kuliah bermula, dia sempat menghantar mesej dengan harapan Luna akan membalas.

* * * *
Setelah beberapa pusingan, akhirnya sampailah mereka pada pusingan akhir. Masuk pusingan akhir pun Mdm Munira sudah cukup berpuas hati kerana sebelum ini pun wakil dari universiti mereka belum ada yang sampai ke pusingan akhir. Hanya tinggal 3 buah universiti lagi yang perlu memberikan lebih banyak hujah lagi akan satu persoalan dalam permasalah hidup yang perlu diselesaikan melalui undang-undang. Mulalah kedengaran seperti ala parlimen.

"Tibalah masanya saya mengumumkan juara pertandingan pidato ala parlimen bagi tahun 2009 dimenangi oleh...", kedengaran suara pengerusi majlis mengumumkan pemenang.

Tepukan gemuruh kedengaran, pilihan juri tidak boleh disangkal lagi, siapa menang siapa kalah itu bukan persoalan utama tetapi usaha menjadi ukuran. Bagi Mdm Munirah, keputusan itu diterima baik kerana dia tahu mendapat tempat kedua juga sudah cukup membanggakan.

"Tahniah, atas kejayaan kamu berdua, mdm sudah berpuas hati walaupun kamu mendapat tempat kedua lagipula kamu sudah berusaha.."
"Terima kasih mdm, kami juga lebih berbangga dengan kejayaan, USM sudah semestinya mendapat hak pertama kerana kejayaan mereka dalam banyak kajian undang-undang", kata Nizzam, dia memandang Luna yang memegang piala mereka.

"Ini semua kerana sokongan mdm terhadap kami, mdm sanggup bersama kami walaupun berbadan dua...", kata Luna mereka semua tersenyum.
Selepas bertemu dan bersalam dengan beberapa pelajar dari universiti lain, mereka berempat pun beredar. Tidak sah jika kemengan itu tidak dirai, En Rizal membawa mereka keluar makan malam walaupun sebenarnya jam baru menunjukkan jam5 ptg. Penerbangan mereka sudah ditempah, mereka akan balik esok petang kerana besok pagi mereka semua sudah setuju ke PWTC untuk melihat beberapa pameran di sana sambil-sambil tu ber'window' shopping di KLCC.

* * * * *
"Ada dapat mesej dari Luna?", tanya Isabell pada suraya.
"Tak kenapa? Dia mesej ke?", tanya suraya pula.
"Ya, dia kata universiti kita mendapat tempat kedua, syukurlah, mereka akan balik petang ini, wah tak sabar nak tunggu Luna..."
"Eleh, tak sabar nak tunggu orangnya ke atau buah tangannya?"
"Dua-dua pun boleh...", mereka ketawa kecil. Lalu mereka berdua menyambung assignment mereka.

* * * * *
Luna membaca beberapa mesej yang dihantar oleh Zasmond. Dia sangat gembira akhirnya Zasmond sedar siapa salah siapa betul. Bukan juga dia mahu Zasmond memutuskan hubungan dengan Nizza, cukuplah sekadar Zasmond tahu dia tidak berbohong. Oleh kerana beberapa minit lagi dia akan menaiki pesawat maka dia menutup kembali h/pnya, dia tidak mahu membalas, biarlah masa yang menentukan perhubungan mereka.

No comments:

Post a Comment