Beberapa minggu berlalu Zasmond belum juga ada peluang berjumpa dengan Luna. Ada saja kesibukannya disebabkan sekarang ini banyak aktiviti dijalankan dalam MPP dan beberapa persatuan lain yang dipimpinnya. Walaupun banyak perkara peribadi mengganggu fikirannya tetapi dia tidak akan sesekali mencampur aduk kan urusan peribadi dengan urusan lain. Dalam kesibukannya, kadang kala fikiran Zasmond melayang memikirkan tentang Luna dan tentang mereka.
"Zasmond, jadi tak meeting petang ni?", tanya Amira setiausaha MPP.
"Ah...ya..ya...erm, tolong uruskan borang undian dan juga beberapa perkara penting ya.."
"Ok, ada apa-apa lagi?"
"Erm..kalau lah saya lambat nanti tolong ingatkan saya ya, saya ada hal nak urus sebelum pergi meeting.."
"Ok..."
Zasmond keluar dari bilik mesyuarat MPP. Dia sebenarnya hendak ke perpustakaan kalau-kalau dia terjumpa Luna. Selalunya Luna rajin ke perpustakaan. Sedang dia melilau ke kiri kanan depan belakang, dia terjumpa Isabell dan Suraya lalu dia bergerak ke arah sahabat baik Luna.
"Hi...erm boleh saya duduk?", Tergagap-gagap juga Zasmond bersuara.
"Duduk lah...", kata Isabell.
"Bell, Su, saya datang ni nak minta maaf, saya tahu saya banyak buat salah, terutamanya pada Luna, saya sebenarnya...."
"Zas, tak payahlah minta maaf pada kami, baik kau jumpa Luna, dia banyak tumpahkan air mata sebabkan kau...", kata Isabell memotong kata-kata Zasmond.
"Mana Luna?", mendengar pertanyaan itu, Isabell memandang Suraya seperti meminta pendapat perlukah dijawab pertanyaan itu lalu Suraya bersuara.
"Luna tak sihat hari ini, biarkanlah dia berehat..."
"Sakit? Luna demam?", risau juga hati Zasmond mendengar Luna tak sihat.
"Eh, dah lambat lah su, kita kan ada discussion group...", kata Isabell mengingatkan suraya.
"Ya la, macam ni la Zas, kau mesej saja Luna, biar dia rasa senang hati tapi kami tak mahu kau jumpa dia hanya untuk sakitkan hati dia lagi..."
Suraya dan Isabell berlalu ke kubikal. Zasmond masih juga duduk di tempat tadi. Dia memang kesal akan perbuatannya menuduh Luna tanpa usul periksa dan lebih menyakitkan dia tak percaya Luna sedangkan dia tahu Luna orang yang baik.
Dia mengambil handsetnya lalu menghantar mesej pada Luna, dia bercadang untuk berjumpa Luna malam nanti tetapi mesejnya belum juga dibalas lalu dia kembali ke bilik mesyuarat MPP.
"Tujuan saya mengadakan mesyuarat ini adalah saya mahu kamu semua memilih calon presiden yang baru. Selama tiga tahun saya memegang jawatan ini, banyak benda yang saya abaikan. Saya minta maaf pada kamu semua kerana sikap pentingkan diri saya ini. Kerana itu saya harap kepada semua sila beri kerjasama untuk memilih presiden yang baru yang betul-betul komited dalam MPP."
Begitulah panjang lebarnya ucapan Zasmond, sebenarnya dia ingin meletak jawatan sebagai presiden, dia sudah tidak sanggup lagi menjadi presiden sedangkan banyak perkara yang perlu difikirkannya. Mungkin ini jalan terbaik bagi dia menenangkan fikiran.
Malam itu selepas mandi, zasmond menerima mesej dari Luna. Zasmond benar-benar rindu pada Luna tapi dia sendiri tak dapat memaafkan dirinya kerana selalu menyakitkan hati Luna. Dia mengambil handsetnya lalu membaca.
"Terima kasih zas kerana masih mengambil berat atas diri Luna, minta maaf Luna tak dapat jumpa Zas, mungkin juga kita tak akan berjumpa lagi. Maafkan Luna untuk segalanya, mungkin ini petanda perhubungan kita tak serasi kerana itu banyak perkara terjadi dalam hubungan kita. Zas, Luna masih sayangkan zas tapi biarlah sayang Luna itu seperti sayangkan sahabatnya, biarlah masa menentukan segalanya...."
Zasmond dapat merasakan kepedihan hati Luna tapi apakan daya ini semua kerana dirinya sendiri, dia menyakiti orang yang sangat dia sayang, orang yang sangat dia cinta. Mungkin juga betul kata Luna, biarlah masa yang menentukan segalanya, lagipula hanya tinggal sebulan sahaja lagi peperiksaan semester akhir. Dia harus menumpukan pelajarannya agar dia mendapat kerjaya yang bagus. Dalam hatinya berdoa semoga hari-hari yang mendatang dapat ditempuhinya dengan tenang.
Tuesday, May 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment