Friday, May 7, 2010

Episod 35 - Hanya kau di hati

Setelah meletakkan jawatan dalam MPP, Zasmond juga meletakkan jawatan dalam semua persatuan yang dipimpinnya, kini hanya menjadi ahli Kebajikan dalam persatuan alumninya. Zasmond berusaha menenagkan hati dan fikirannya. Memandangkan hanya 3 minggu saja lagi peperiksaan akhir semester, dia berusaha menumpukan perhatian dalam pelajarannya terutamanya subjek yang dia sudah tertinggal jauh.

Namun jauh di sudut hatinya masih terukir nama Luna kemas disimpan. Biarpun hatinya rindu untuk berjumpa Luna tapi dia menghormati keputusan Luna, dia percaya jika ada jodoh pasti dia dan Luna akan bersatu. Sedang dia asyik membaca buku akaunting, Justin masuk membawa makanan yang dipesan oleh Zasmond.

"Lauk yang kau pesan tak ada, aku beli lauk yang ada ja", katanya lalu meletakkan bungkusan makanan di atas meja Zasmond. Zasmond terus mencapai bungkusan itu lalu membukanya.

"Tak apa la, ini pun dah cukup, lapar ni...", kata Zasmond lalu setelah mengucapkan doa dia terus menjamah makanan itu.

"Makan laju, macam dah kebuluran...", kata Justin menggelengkan kepalanya. Justin juga ikut sekali makan setelah membuka bungkusannya.

"Oh ya, kau dah ambil surat pengesahan pelajar dan surat permohonan LI?", Justin teringat pesan Nurul, teman kuliahnya semasa bertembung di cafe tadi yang surat permohonan sudah boleh diambil.

"Belum lagi la, kau dah cari tempat LI?"

"Ada la dalam dua tiga syarikat tapi belum decide lagi, kau dah pilih tempat?"

"Aku ingat nak LI di Petronas la...."

"Bagus juga tu, aku mungkin di hotel, lagipun aku ada sepupu kerja di sana..."

"Kalau kau nak ambil surat nanti, bagitahu aku, aku nak jumpa En Sahar minta surat sokongan,
mana tau terus kerja di petronas...", Justin mengiya lalu mereka meneruskan makan mereka.

**********
"Adui, penatnya mata ni pandang huruf...", Isabell mengadu malas.

"Aku lapar la, jom makan", kata suraya pula.

"Boleh juga, saya pun lapar ni....", kata Luna, perut memang dah berbunyi dari tadi tapi takut diluahkan. Mereka turun makan di cafe seperti biasa.

Selepas memilih dan membayar makanan, mereka memilih tempat paling hujung, sempat juga Isabell membawa laptopnya untuk online.

"Laju pula hari ni, selalu lambat semacam...", katanya selepas membuka internet, makanannya belum dijamah lagi.

"Mungkin sebab kau online sorang je, tengok la, mana ada orang lain online..."

"Apa juga kau cari di online tu, mesti FB ni kan...", kata Luna, sambil mengunyah makanan di mulutnya.

"Aku cari bank yang paling bagus untuk LI..."

"Ah cerita pasal LI ni, korang dah pilih tempat?", tanya Luna.

"Saya LI di syarikat kawan bapa saya...", kata Suraya.

"Kau Luna?", tanya Isabell.

"Aku dekat je, dah approve pun, syarikat guaman..."

Mereka meneruskan kerja makan mereka sambil online FB, gila FB biasa bagi pelajar universiti.
Selepas ini tumpuan adalah peperiksaan semester akhir.

No comments:

Post a Comment