Friday, December 4, 2009

Episod 29 - Hanya kau di hati

Selepas mengemas pakaian dan beberapa keperluan yang perlua dibawa, luna duduk memandang cermin di depannya. Cermin itu hanya mempamerkan sebulat wajahnya yang tidak bersemangat dan nampak kurang sihat. Luna menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya, betapa hatinya sungguh tidak tenang memikirkan dan membayangkan apa yang telah berlaku semalam. Dia tidak menyangka ini akan berlaku. Dia tidak meragui hati Zasmond kerana dia tahu lelaki itu begitu menyayanginya tetapi dia terluka kerana selama ini Zasmond masih tidak percaya akan kesetiaannya. Mungkin dia harus melepaskan Zasmond tetapi hatinya pasti tidak akan dapat melupakan lelaki bernama Zasmond. Perlahan-lahan dia membuka laci mejanya dan menjumpai patung kecil yang diberikan Zasmond semasa dia berangkat ke kanada. Pemberian itu sangat bererti biarpun nilainya tidak mencecah puluhan ringgit tetapi apakah lagi guna dia menyimpannya? Seketika itu juga Isabell dan suraya kembali dari membeli makan malam. Cepat-cepat Luna memasukkan semula patung itu.

“Cepatnya korang balik...”

“Ai, suka pula kami pergi lama-lama...”, kata Suraya berseloroh.

“Tak lah, selalu korang balik selepas setengah jam...”, kata Luna lalu beralih ke katilnya.

“Hari ini tak ramai orang...”, kata Isabell dan menyedari Luna seperti baru lepas menangis.

“Luna, kau ok ke?”

“Ok...erm,.korang beli apa? Rasa lapar pula..”, kata Luna menukar topik.

“Kau mesti suka, ni makanan kegemaran kau...”, kata Suraya lalu meberikan pada Luna.

Luna membukanya dan tiba-tiba terasa sebak. Makanan itu mengingatkan dia pada Zasmond kerana itu adalah kegemaran Zasmond. Isabell mendekati Luna.

“Kenapa Luna?”

“Luna dan Zasmond dah putus...”

“Putus?!”

Suraya dan Isabell serentak mengatakan itu kerana terkejut.

“Luna tak tahu tapi luna rasa Zasmond dah tak percayakan Luna lagi, mungkin Luna patut rasa kami dah tak sehaluan lagi...”

“Ini mesti sebab Nizza kan?”, kata suraya berasa geram.

“Sabarlah Luna, ini semua dugaan, kau dah bagitahu dia kau nak ke Kuala Lumpur?”

“Tak, biarkanlah, lebih baik dia tak tahu...”

“Erm..bagus juga, sebab saya ada plan...”

“Plan? Plan apa pula kau ni su?”, kata Isabell.

“Belum fikir lagi, tapi saya akan fikirkan kemudian, kita makan dulu la, Luna kau jangan risau k, kami akan tolong kau..”

“Apa-apa jelah kau ni su, kita makanlah, Luna kau kena makan nanti kau jatuh sakit, tak dapat ikut pertandingan...”, kata Isabell, Luna tersenyum mendengarnya.

“Oklah kita makan dulu, kesian korang, masalah saya tak habis-habis dari dulu kan...”

Mereka bercerita sambil makan sehingga lah waktu mereka tidur. Luna dapat melupakan sementara kisah antara dia dan Zasmond tetapi pertandingan membuatkan hatinya gusar juga.

Esoknya sementara Luna masih lelap, suraya keluar meninggalkan mereka. Dia baru terfikirkan akan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah antara Luna dan Zasmond.

“Ah, Su, kenapa kau nak jumpa pagi-pagi ni? Dah fikirkan jalan ke? Sorilah semalam tak dapat balas mesej, habis kredit...”, kata Justin termengah-mengah kerana berlari dari biliknya ke cafe yang masih lenggang.

“Malam ini kau kena terangkan pada Zasmond tentang Nizza...”

“Saya? Dia percaya ke?”

“Saya ada satu rancangan....”

“Apa dia? Kau jangan suruh aku buat benda tak baik...”

“Kau nak tolong zasmond ke tak?”

“Mestilah nak, saya tengok dia makin teruk, macam-macam dia kata Luna, saya tak berani nak cakap apa-apa...”

“Ok, macam ni, nanti kau balik ke bilik, kau mesej Nizza melalui h/p Zasmond, kau jadi Zasmond la kononnya, korang rancang nak jumpa dia dekat library...”

“Boleh ke? Habis Kau nak Zasmond jumpa dia?”

“Taklah...kita berlakon...”

“Berlakon?”

Suraya menerangkan rancangannya untuk menunjukkan niat jahat Nizza. Bukan untuk memalukan Nizza tapi sekurang-kurangnya Zasmond tahu siapa yang betul dan siapa yang salah dan selepas itu apa terjadi dia tidak pasti, yang dia tahu dia hanya mahu menolong rakan baiknya.

Tepat jam2 ptg, Nizza datang ke tingkat satu library, tempat yang selalunya dia akan bertembung dengan Zasmond. Dia rasa begitu gembira apabila zasmond mahu berjumpa dengannya tanpa mengetahui pun bukan Zasmond yang datang. Waktu itu Justin berlegar-legar di sebuah rak buku, dia tahu Nizza sudah sampai dan dia berpura-pura membaca di situ dan berharap sebenarnya Nizza yang menegurnya dahulu.

“Eh, Justin, kau buat apa di sini?”, kata Nizza setelah perasan yang berdiri di rak sebelah meja tempatnya duduk adalah justin.

“Eh, Nizza, saya tak perasan kau ada kat sini, saya cari buku nak buat kajian, erm kau tunggu seseorang ke?”, katanya berpura-pura bertanya. Nasib baik dia ingat untuk memadam mesej yang dihantar pada Nizza di telefon bimbit Zasmond.

“Ya, dan orangnya kawan kau sendiri, kau ada nampak dia tak?”

“Zasmond? Tak tahu pula, saya keluar awal tadi sebab nak jumpa group discussion saya, dia bawa jumpa ke?”

“Ya, kau duduk la dulu, temankan saya, tak biasalah sorang-sorang..”, kata Nizza, dia tak tahu sebenarnya itulah yang ditunggu justin.

“Ok...”

“Kau ni nampak pendiam sikit dari Zasmond kan...”

“Ye ke? tak delah, biasa je...sebenarnya hari ni saya rasa tak bersemangat bila nampak kawan saya dah tak ceria lagi...dia kerap kali bergaduh dengan Luna...”

“Kesian Zasmond, saya dah cakap dah, Luna tu tak bagus, tapi dia nak juga, erm sorry saya berterus terang sebenarnya saya bukan tak suka Luna tapi kau mungkin tak tahu dia curi-curi jumpa lelaki lain...”

“Ye ke? saya tak tahu pula, saya sebenarnya tak kisah dengan siapa Zasmond berkawan sebab itu hak dia kan, tapi kadang-kadang kesian pula dia, dahlah banyak tanggungjawab, banyak masalah pula dia hadapi..”

“Itulah saya dah nasihatkan dia, kalau pilih teman hidup, pilihlah yang betulkan, depan mata dia pun dia tak nampak...”, Nizza mula mengadu nasibnya minta dikasihan tapi dalam hati jauh fikirannya.

“Hai, macam ada hati je kau dengan teman sebilik saya...”, Zasmond mula mengorek rahsia di hati Nizza.

“kau ni lain dari Zasmond la, ‘sporting’, ya saya memang ada hati dengan kawan kau tu tapi entahlah kenapa dia pilih perempuan yang tak pandai nak bergaya tu, kadang-kadang rasa geram juga tapi apakan daya itulah pilihan hati dia...”

“boleh tak saya tanya sesuatu?”

“tanya apa?”

“kenapa kau suka pada Zasmond tu? Saya kan ada...”

“Kau? Lain kali la, sebenarnya dia ada banyak kelebihan lagipun senang nak pujuk hatinya, apa saja yang saya perlu dia tolong...”

“Ai, bertuah Zasmond, so apa citer pasal Nizzam, semalam saya dengar dia sebut nama tu tapi tak berani nak tanya...”, Nizza ketawa kecil lalu berkata.

“Nizzam tu tak ada kena mengena sebenarnya, dah nasib dia bersama dengan Luna, tapi Nizzam tu boleh jadi penyelamat saya sebab dia menjadi penghalang mereka berdua tapi sebenarnya itu semua rancangan saya, pasal gambar yang saya reka, pasal cerita yang dia nak rampas Luna, nasib baik jugalah Zasmond percaya...”

“Jadi kau sebenarnya nak pisahkan mereka berdua?”, tanya Justin lagi tak puas hati dengan jawapan Nizza.

“Kau nampaknya berminat cerita ni, nak korek rahsia ke?”

“Saya tak suka la masuk campur hal orang lain, lagipun saya suka Nizza, cantik, pintar, kalaulah dapat Nizza jadi girlfriend saya...”, puji Zasmond untuk menutup niatnya mahu mengorek rahsia.

“Ye ke? lebih-lebih pula kau ni tapi saya hanya nak Zasmond, sorrylah...”

“Yelah, Zasmond tak sampai lagi ke? Saya tak boleh lama-lama ni, nanti group saya cari sampai sini.”, seketika itu juga h/p Justin berbunyi yang kononnya Zasmond telefon tapi sebenarnya suraya. Selepas beberapa minit Justin mematikan h/p.

“Kenapa?”, Nizza terus bertanya.

“Minta maaflah Nizza, Zasmond cakap dia tak dapat datang,dia ada hal penting nak selesaikan, macam dia tau-tau je saya ada dengan Nizza kan...”

“Ye ke? tak pelah, saya balik dulu.”

Justin hanya memerhatikan Nizza berlalu, kali ini dia harus baut Zasmond percaya sendiri kata-kata Nizza. Selepas dia mengembalikan buku di rak, Justin terus kembali ke asramanya.

No comments:

Post a Comment