Monday, September 6, 2010

Episod Akhir : Hanya kau di hati

Besoknya, pagi-pagi lagi Luna keluar ke pejabat, dia kena sengaja awal supaya ada waktu ke library untuk online internet. Selepas sahaja surat itu siap, Luna bergerak seorang ke library, perjalanan hanya 2km tapi agak sunyi kerana waktu-waktu begini tak ramai pelajar. Sedang dia leka melihat surat pengesahan di tangannya, tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggil namanya. Dia tidak terus memandang belakang kerana dia tahu benar suara itu. Luna terasa gementar lalu melangkah laju.

Zasmond bergerak laju lalu memegang tangan Luna namun melepaskannya. Luna pasti saat ini akan datang juga. Dia tidak menoleh tetapi diam kaku menunggu.

“Luna, saya nak jumpa awak, tolong jangan menolak…”, Kata zasmond namun Luna masih diam.
“Kita ke pondok tu, saya tak mahu kita berdiri, lagipun panas dah mula rasa…”, Luna masih diam namun kakinya mula melangkah perlahan ke pondok yang tak jauh dari mereka. Zasmond mengikut perlahan di belakang. Luna duduk menghadap tasik di depannya. Zasmond pula masih berdiri kaku, dia berfikir bagaimana harus dia mulakan perbualan, sedangkan sebelum ini mereka mesra berbual.


“Luna, saya dengan ikhlas mohon maaf atas apa terjadi pada hubungan kita. Zas mengaku, Zas yang bersalah kerana sebenarnya Zas yang curang pada Luna. Zas hampir jatuh hati pada Nizza, Zas yang sebenarnya menghancurkan hubungan kita, Zas terlalu ego untuk mengaku kesilapan Zas, Luna tolong maafkan Zas…”, akhirnya Zasmond meluahkan apa yang terbuku di hatinya, namun Luna masih diam kaku. Tanpa disedari air mata Luna berlinang di pipi, dia benar-benar terluka dengan pengakuan Zas, ‘bagaimana aku harus terima semua ini?’ fikir Luna dalam hati.

“Luna tolonglah katakana sesuatu…”, Zas merayu setelah hamper lima minit mereka berdiam diri.

“Zas, tiada apa yang harus Luna katakan, Luna terima semuanya, Luna maafkan Zas dan Luna harap selepas ini Zas tak ganggu Luna lagi…”, Luna berlalu meninggalkan Zasmond yang serba salah. Dia tidak tahu lagi bagaimana untuk memujuk Luna.

Luna terus balik asrama, hasratnya untuk ke library dibatalkan begitu sahaja. Dia berusaha untuk kelihatan seperti biasa di hadapan rakan-rakannya.

“Tak sampai sejam kau keluar, cepatnya siap, bukan kau kata nak pergi online?”, kata suraya.
Luna diam. Isabell perasan akan perubahan Luna lalu memandang Suraya seperti member isyarat. Lalu Isabell mendekati Luna yang duduk membelakangi mereka di katil.


“Luna, kau ok?”,

“Bell, Luna masih sayangkan dia…”, Luna akhirnya mengaku dia sebenarnya masih terlalu sayangkan Zasmond.

“Luna, saya faham sangat perasaan kau, luahkan saja, jangan pendam…”, kata Isabell.

“Kau terjumpa Zasmond ke?”, kata suraya pula.

“Dia mengaku yang dia ada jatuh hati pada Nizza, cumanya Luna tak sangka dia luahkan depan Luna, hati Luna sakit lalu tinggalkan dia…”, air mata Luna jatuh lagi. Isabell memeluk Luna, suraya pula mengusap rambutnya.

“Ini semua dugaan Luna, dalam setiap hubungan pasti akan goyah, kita harus pandai mengekalkannya, sekarang ini pilihan di tangan Luna, menerimanya atau tidak.”

“Betul Luna, kami pun sebenarnya masih marah dengan Zasmond sebab dia buat Luna macam ni tapi apapun keputusan Luna buat kami akan tetap sokong Luna.”

“Terima kasih sebab ambi berat pasal Luna, korang memang kawan yang baik, sekarang ni saya tak tahu nak buat apa…”

****

Zasmond merasa kecewa kerana belum juga dapat memujuk Luna. Dia mengeluh lalu menyandarkan diri di katilnya. Justin merasa ada sesuatu yang menggangu fikiran kawan baiknya itu.

“Hai, lain macam je, kenapa kau ni?”

“Tadi aku jumpa Luna….”

“Eh, ye ke, so ada kau minta maaf? Apa riaksi dia?”,tanya Justin sambil duduk berdepan Zasmond, tak sabar menunggu jawapan.

“Ada tapi dia pergi lepas aku cakap, mungkin dia dah tak mahu jumpa aku lagi…”

“Mana kau tau, entah-entah dia malu ke, dia gementar ke, atau dia belum sedia nak jumpa kau, kenapa kau tak jumpa dia secara rasmi, jemput dia makan malam ke, bawa dia jalan-jalan ke?”
“Entahlah, saya pun tak tahu lagi apa nak buat…”


“Jangan putus asa kawan, nanti kau terlepas menyesal, lagipun dah nak cuti ni, entah2 dia nak balik rumah malam ni juga melepas, kena cepat…”, kata Justin itu ada betulnya, Zasmond diam memikirkan apa yang harus dibuatnya selepas ini.

****

Sedang Luna menyikat rambutnya, dia mendapati h/p berbunyi. Dia ke sisi katil mendapatkan hp yang ada di atas bantal.

‘Luna, saya nak jumpa Luna malam ni juga, jam8 malam, saya tunggu Luna di tempat biasa macam kita jumpa dulu, kalau lepas sejam Luna tak datang, maknanya hubungan kita berakhir dengan rasminya.’

Begitulah mesej yang diterimanya dari Zasmond, dia tak tahu jika dia kuat untuk berdepan dengan Zasmond. Lalu dia membiarkan seketika. Suraya dan Isabell muncul di balik pintu, baru balik dari membeli makanan. Mereka makan sambil bercerita, kadang kala gelak tawa kedengaran walaupun hati Luna sebenarnya resah. Tiba-tiba dia ingin memandang jam, sudah jam8.35, tapi hatinya seperti belum membuat keputusan.

“Luna kau bila balik? Suraya balik ari jumaat ni, saya pun mungkin jumaat juga sebab bapa saya malas nak ambi besok, kita balik jumaat la, nak?”,

“Iya Luna, besok kita gi tengok wayang, lepas tu kita main bowling, kita bergambar puas-puas, lepas ni pasti kita jarang jumpa.”

“Boleh juga, saya pun dah lama tak tengok wayang…”,
Sedang mereka berbual tentang wayang apa yang best untuk ditonton, Luna melihat jam lagi, sudah jam8.45 mlm. Menyedari kegelisahan Luna, suraya bertanya.


“Kenapa kau asyik tengok jam? Tunggu panggilan ke?”

“Eh tak ada, saya..saya..”

“Ini mesti ada sesuatu ni, cakaplah…”, Kata isabell pula.

“Zasmond bawa saya jumpa jam8mlm tadi, dia cakap kalau saya tak muncul leas sejam hubungan kami akan berakhir dengan rasminya…”

“Jam8? Sekarang dah nak jam9, kenapa kau tak cakap?”

“Saya takut nak jumpa…”

“Luna, kalau kau masih sayangkan Zas, kau kena juga berdepan dia, kalau tak seumur hidup kau akan menyesal…”

“Iya la Luna, cepatlah bersiap…”, Isabell menarik Luna ke cermin, membetulkan rambutnya dan memakaikannya minyak wangi.

“Nah ini pakai sweeter ni, sejuk di luar, kau kena berani jumpa dia ok…”

“Tapi saya takut…”, kata Luna.

“Luna, kau akan menyesal, tinggal 10 minit lagi jam9…”, suraya mengingatkan Luna. Lalu dengan selepas memandang kedua rakannya Luna keluar dari bilik.

****

Zasmond memerhatikan jam di tangan sudah jam9 mlm. Dengan perasaan kecewa dia mula bergerak perlahan. Dia kini pasti Luna tidak mahu berjumpa dengannya lagi. Hubungan mereka akan berakhir di sini.

Luna berusaha untuk sampai secepat yang mungkin tapi dia sudah terlewat 5 minit dari perjanjian, sampai sahaja di pondok, kelibat Zasmond tidak kelihatan, Luna benar-benar merasa sedih, baru dia tahu kata-kata kawannya betul. Dia hanya duduk layu di pondok, tanpa disedari dia menangis, hati Luna sakit dan pedih, akhirnya hubungan mereka berakhir secara rasmi.

‘Zas, maafkan Luna, Luna juga terlalu ego untuk mengatakan Luna masih sayangkan Zas, Luna masih sayangkan Zas, maafkan Luna…’

Luna berkata sendirian dalam esakan kecil. Namun tiba-tiba dia terdengar suara seseorang memanggil namanya.

“Luna…zas hampir putus asa dalam pulihkan hubungan kita…”, Zasmond berdiri di belakangnya.

Rupanya firasat Zasmond betul yang dia hasur kembali ke pondok itu.
Zasmond mendapatkan Luna, keinginan untuk memeluknya kuat tapi dia tahu mereka bukan muhrim. Zasmond memegang tangan Luna lalu mengesat air matanya.


“Maafkan Zas sebab terlalu banyak lukakan hati Luna, Zas mahu tebus kesalahan Zas, Zas harap Luna dapat terima semula hubungan kita…”

“Zas janji takkan tinggalkan Luna?”, tanya Luna memandang Zasmond.

“Zas janji akan sentiasa berada di mana sahaja Luna ada dan menyayangi Luna sepenuhnya.”
“Zas taukan Luna sangat sayangkan Zas…”


“Zas pun sayangkan Luna…”, belum smpat dia menghabiskan kata-katany tiba-tiba mereka terdengar suara.

“Akhirnya korang bersatu juga…”, rupa-rupanya Suraya, Isabell dan Justin memerhatikan mereka.

“Oh, rupanya korang mengintai kami ye…”, kata Zasmond.

“Untuk kebaikan korang tau, nanti kena tangkap basah duduk berdua-dua baru padan muka…”, kata suraya. Luna kemudian tersenyum, tak sangka semunya berakhirnya dengan kegembiraan walaupun dia juga hampir putus asa.

“Terima kasih semua sebab menyokong kami…”, kata Luna.

“Lah, janganlah emosi sangat…oleh kerana semuanya berakhir dengan baik, besok kamu berdua kena belanja kami makan.

“Esok kita nak gi mana?”, tanya Justin pula.

“Siapa kata nak ajak kau? Ini antara kami je….”, kata Isabell bergurau.

“Nampaknya macam tulah, tak apa, saya pun tak kisah asalkan ada Luna…”, mereka ketawa bersama. Luna sangat bersyukur semuanya sudah berakhir. Semoga hari-hari esok akan ditempuhinya dengan lebih tabah lagi…..

Tamat.

Sunday, September 5, 2010

Episod 36 : Hanya kau di hati


Minggu pertama peperiksaan akhir ada yang rasa gementar memikirkan soalan apa yang akan keluar, semuanya berharap apa yang mereka baca atau ulangkaji akan keluar,senang nanti menjawab tapi kemungkinan itu hanya 20% kerana yang pastinya hanya sendiri yang menanggung. Bagi Luna dia hanya berserah pada Tuhan, peperiksaan tiga minggu ini akan ditempuhinya dengan tenang.

Dalam menempuh peperiksaan,kadang kala fikiran Luna terganggu. Terutamanya apabila melihat beberapa pasangan pergi ke dewan peperiksan bersama-sama. Bukannya dia cemburu, tapi dia rasa hatinya tidak tenang seperti hubungannya dengan zasmond belum selesai walaupun dia sendiri memutuskan untuk tidak mahu berjumpa lagi dengan zasmond. Ya memang kata-kata senang untuk diluahkan tapi melakukan sangat berat.

“Luna,Luna…kau dengar tak aku tanya ni?” pertanyaan Isabell mengejutkannya, dia tidak sedar dia mengelamun beberapa minit.

“Kau cakap dengan aku ke?”

“Yelah siapa lagi, suraya xda dalam bilik ni…kau ni kenapa? Teringat exam semalam ke? Susah sangat ke?”

“A..ah..susah…sori la tak dengar, apa kau tanya tadi ?”, Luna mengiya menyembunyikan apa sebenarnya dalam fikirannya saat ini.

“Hilang dah dari ingatan aku, tak apa lah, lain kali je aku tanya…”, kata Isabell lalu menyambung ulangkaji nya.

Luna juga tidak mendesak, lalu menumpukan perhatiannya kembali pada bukunya.
*******

“Kenapa kau macam gelisah ni?”, tanya Justin melihat Zasmond tak keruan.

“Tak ada apalah, teringat soalan pagi tdi,susah sangat, entah betul ke tak jawapan aku…”
“Sejak bila kau gelisah dengan jawapan kau, selalunya kau dah tidur lena macam ni, malam2 baru ulangkaji….”

“Sebenarnya, aku nampak Luna tadi pagi tapi aku tak berani nak tegur…”, kata Zasmond akhirnya mengaku juga.

“Kenapa? Kau takut dia tak pedulikan kau? Belum cuba kau dah takut macam mana nak berbaik dengan dia kalau macam ni?” kata Justin memperkecilkan Zasmond untuk tujuan agar Zasmond rasa tercabar. Dia mahu kawan baiknya ini berbaik semula dengan Luna.

“Bukan takutlah, tapi saya takut saya sakitkan hati dia lagi…”

“Kalau kau tak mahu sakitkan hati dia, kenapa kau sakitkan hati dia di depan Nizza?!”, suara Justin sedikit meninggi.

“Kenapa kau nak bangkitkan hal tu lagi, aku bukan sengaja, aku tak tahu cerita sebenar…”

“Mengaku je la Zas yang kau dah jatuh hati pada Nizza…”, Zasmond berdiri lalu menolak Justin yang berdiri di depannya, tanpa sengaja Justin terjatuh dan terhantuk pada kerusi. Zasmond sedikit panik lalu mengangkat Justin.

“Dah, tak payah sentuh aku, kau tu sebenarnya ego kan, kau tak mengaku di depan Luna yang sebenarnya kau ni pun lemah, kau nak tunjuk apa dengan dia?!”, Justin menambahkan kegeraman Zasmond bukan bererti dia marah pada kawannya tapi dia mahu Zasmond sedar akan egonya selama inilah yang membuat jurang antara dia dan Luna.

Justin berdiri lalu duduk di katil. Dia mengusap kepalanya yang terhentak di kerusi. Nasib juga tak kuat. Zasmond duduk sambil menundukkan kepalanya tanda kesal.

“Saya mengaku hati saya sedikit tergugat dengan penampilan berbeza antara Luna dengan Nizza, Luna sentiasa berpakaian sopan, Nizza pula selalu dengan pakaian yang seksi dan suara yang manja, ku kira aku suka hanya kerana dia adik angkat aku, tapi aku dah sedar, Luna adalah pilihan yang terbaik, tapi sekarang aku dah kehilangan dia…aku benar-benar menyesal…”, kata Zasmond akhirnya diluahkan egonya pada Justin.

“Zas, setiap manusia tak lari dari buat kesilapan, tapi juga manusia kena mengaku kesilapannya, saya tau kau masih sayangkan Luna, kau kena cari jalan untuk pujuk Luna balik..”, kata Justin lalu mendekati kawan baiknya itu.

“Aku minta maaf sebab tolak kau…”, kata Zasmond memandang Justin.
“Sikit je, lagipun berbaloikan, kau mengaku juga akhirnya…”, Zasmond rasa malu tapi rasa lega akhirnya hatinya sungguh benar akan bertekad memenangi hati Luna kembali.

*****

Minggu akhir peperiksaan bermacam-macam lah gelagat dan cerita para pelajar. Peperiksaan bukan lagi tajuk utama kerana mereka tahu, betapa tekanan pun peperiksaan akan tetap ditempuhi. Selepas peperiksaan petang itu Luna terus ke asrama. Bukan kerana penat tapi mahu menjauhkan diri dari Zasmond yang dilihatnya seperti mahu mendekatinya.

“Adui penatnya, dahlah semalam tidur lambat, soalan pun tak membantu…”, kata suraya merebahkan dirinya di katil sebaik sahaja memasuki bilik.

“Tak ada siapa pun suruh kau tidur lambat…”, kata Isabell, saja menyakitkan hati Suraya. Luna hanya tersenyum.

“Tak payalah peril…”, kata Suraya mencebik kan bibirnya pada Isabell. Lalu membetulkan duduknya di katil.

“Oh ya, Luna tadi aku nampak Zasmond…”, kata suraya memandang Luna yang tenang membaca buku.

“Ye ke? Kau rasa dia cari Luna?”, tanya Isabell pula.

“Kenapa kau pula yang tanya? Aku cakap dengan Luna la…”

“Eleh, tanya pun tak boleh?”, kata Isabell memukul suraya dengan bantal peluknya. Luna hanya mendiamkan diri mendengar nama Zasmond disebut. Baginya nama itu masih ada dalam hatinya tapi menerimanya mungkin sukar setelah apa yang terjadi benar-benar melukakan hatinya. Apa akan diluahkan kalau suatu saat nanti Zasmond berada di hadapannya?
Pagi itu Luna bangun lambat sedikit, mujur peperiksaannya pada sebelah petang, suraya dan Isabell juga masih tidur. Seingatnya semalam mereka bertiga tidur lewat, hampir jam2 pagi. Luna menggeliat sambil melihat jam di handphonenya, sudah hampir jam9pg. Dia berlalu ke bilik air setelah mencapai tualanya.

“Su, bangun, lewat dah ni, bell, bell, bangunlah…”, Luna membangunkan kedua-duanya.

“Jam berapa dah ni?”, tanya suraya.

“Jam10.30 pg…”

Kedua-duanya bangun bersiap. Biarpun peperiksaan sebelah petang namun kena juga ulangkaji kali terakhir. Tepat jam12 mereka beredar dari bilik, ini adalah kertas peperiksaan akhir, oleh kerana kertas ini agak susah, masing-masing berusaha mengingatkan jawapan di otak.
Selesai sahaja peperiksaan, tergambar di muka setiap pelajar di dewan berseri-seri, namun ada juga yang kelihatan risau, takut dan gementar. Apa pun bagi Luna, suraya dan Isabell, mereka sudah berusaha, keputusan mereka akan terima dengan tenang.

“Leganya exam dah habis, sekarang ni kena susun barang dan fikirkan pula pasal LI…”, kata suraya meletakkan begnya di atas meja.

“Bila mula LI kita?”, tanya Isabell.

“Kurang dua minggu dari sekarang…”

“Lama lagi, apa risau…”

“Luna, apa kau baca tu?”, tanya Isabell apabila menyedari Luna sedang membaca surat.

“Surat penerimaan LI, aku diterima tapi mereka nak surat pengesahan pelajar, kena pergi pejabat hal ehwal ni…”

“Nak aku teman?”

“Tak apa, saya pergi besok, malas pula nak jalan lagi, sekarang ni nak tidur…”, kata Luna lalu dengan kemas dia tidur tanpa memperdulikan dua rakannya.

“Amboi sedapnya tidur, saya pn tidurlah, suraya kalau kau pn nak tidur, kunci pintu tau..”, arah Isabell, suraya hanya mengiya.

Friday, May 7, 2010

Episod 35 - Hanya kau di hati

Setelah meletakkan jawatan dalam MPP, Zasmond juga meletakkan jawatan dalam semua persatuan yang dipimpinnya, kini hanya menjadi ahli Kebajikan dalam persatuan alumninya. Zasmond berusaha menenagkan hati dan fikirannya. Memandangkan hanya 3 minggu saja lagi peperiksaan akhir semester, dia berusaha menumpukan perhatian dalam pelajarannya terutamanya subjek yang dia sudah tertinggal jauh.

Namun jauh di sudut hatinya masih terukir nama Luna kemas disimpan. Biarpun hatinya rindu untuk berjumpa Luna tapi dia menghormati keputusan Luna, dia percaya jika ada jodoh pasti dia dan Luna akan bersatu. Sedang dia asyik membaca buku akaunting, Justin masuk membawa makanan yang dipesan oleh Zasmond.

"Lauk yang kau pesan tak ada, aku beli lauk yang ada ja", katanya lalu meletakkan bungkusan makanan di atas meja Zasmond. Zasmond terus mencapai bungkusan itu lalu membukanya.

"Tak apa la, ini pun dah cukup, lapar ni...", kata Zasmond lalu setelah mengucapkan doa dia terus menjamah makanan itu.

"Makan laju, macam dah kebuluran...", kata Justin menggelengkan kepalanya. Justin juga ikut sekali makan setelah membuka bungkusannya.

"Oh ya, kau dah ambil surat pengesahan pelajar dan surat permohonan LI?", Justin teringat pesan Nurul, teman kuliahnya semasa bertembung di cafe tadi yang surat permohonan sudah boleh diambil.

"Belum lagi la, kau dah cari tempat LI?"

"Ada la dalam dua tiga syarikat tapi belum decide lagi, kau dah pilih tempat?"

"Aku ingat nak LI di Petronas la...."

"Bagus juga tu, aku mungkin di hotel, lagipun aku ada sepupu kerja di sana..."

"Kalau kau nak ambil surat nanti, bagitahu aku, aku nak jumpa En Sahar minta surat sokongan,
mana tau terus kerja di petronas...", Justin mengiya lalu mereka meneruskan makan mereka.

**********
"Adui, penatnya mata ni pandang huruf...", Isabell mengadu malas.

"Aku lapar la, jom makan", kata suraya pula.

"Boleh juga, saya pun lapar ni....", kata Luna, perut memang dah berbunyi dari tadi tapi takut diluahkan. Mereka turun makan di cafe seperti biasa.

Selepas memilih dan membayar makanan, mereka memilih tempat paling hujung, sempat juga Isabell membawa laptopnya untuk online.

"Laju pula hari ni, selalu lambat semacam...", katanya selepas membuka internet, makanannya belum dijamah lagi.

"Mungkin sebab kau online sorang je, tengok la, mana ada orang lain online..."

"Apa juga kau cari di online tu, mesti FB ni kan...", kata Luna, sambil mengunyah makanan di mulutnya.

"Aku cari bank yang paling bagus untuk LI..."

"Ah cerita pasal LI ni, korang dah pilih tempat?", tanya Luna.

"Saya LI di syarikat kawan bapa saya...", kata Suraya.

"Kau Luna?", tanya Isabell.

"Aku dekat je, dah approve pun, syarikat guaman..."

Mereka meneruskan kerja makan mereka sambil online FB, gila FB biasa bagi pelajar universiti.
Selepas ini tumpuan adalah peperiksaan semester akhir.

Tuesday, May 4, 2010

Episod 34 - Hanya kau di hati

Beberapa minggu berlalu Zasmond belum juga ada peluang berjumpa dengan Luna. Ada saja kesibukannya disebabkan sekarang ini banyak aktiviti dijalankan dalam MPP dan beberapa persatuan lain yang dipimpinnya. Walaupun banyak perkara peribadi mengganggu fikirannya tetapi dia tidak akan sesekali mencampur aduk kan urusan peribadi dengan urusan lain. Dalam kesibukannya, kadang kala fikiran Zasmond melayang memikirkan tentang Luna dan tentang mereka.

"Zasmond, jadi tak meeting petang ni?", tanya Amira setiausaha MPP.

"Ah...ya..ya...erm, tolong uruskan borang undian dan juga beberapa perkara penting ya.."

"Ok, ada apa-apa lagi?"

"Erm..kalau lah saya lambat nanti tolong ingatkan saya ya, saya ada hal nak urus sebelum pergi meeting.."

"Ok..."

Zasmond keluar dari bilik mesyuarat MPP. Dia sebenarnya hendak ke perpustakaan kalau-kalau dia terjumpa Luna. Selalunya Luna rajin ke perpustakaan. Sedang dia melilau ke kiri kanan depan belakang, dia terjumpa Isabell dan Suraya lalu dia bergerak ke arah sahabat baik Luna.

"Hi...erm boleh saya duduk?", Tergagap-gagap juga Zasmond bersuara.

"Duduk lah...", kata Isabell.

"Bell, Su, saya datang ni nak minta maaf, saya tahu saya banyak buat salah, terutamanya pada Luna, saya sebenarnya...."

"Zas, tak payahlah minta maaf pada kami, baik kau jumpa Luna, dia banyak tumpahkan air mata sebabkan kau...", kata Isabell memotong kata-kata Zasmond.

"Mana Luna?", mendengar pertanyaan itu, Isabell memandang Suraya seperti meminta pendapat perlukah dijawab pertanyaan itu lalu Suraya bersuara.

"Luna tak sihat hari ini, biarkanlah dia berehat..."

"Sakit? Luna demam?", risau juga hati Zasmond mendengar Luna tak sihat.

"Eh, dah lambat lah su, kita kan ada discussion group...", kata Isabell mengingatkan suraya.

"Ya la, macam ni la Zas, kau mesej saja Luna, biar dia rasa senang hati tapi kami tak mahu kau jumpa dia hanya untuk sakitkan hati dia lagi..."

Suraya dan Isabell berlalu ke kubikal. Zasmond masih juga duduk di tempat tadi. Dia memang kesal akan perbuatannya menuduh Luna tanpa usul periksa dan lebih menyakitkan dia tak percaya Luna sedangkan dia tahu Luna orang yang baik.

Dia mengambil handsetnya lalu menghantar mesej pada Luna, dia bercadang untuk berjumpa Luna malam nanti tetapi mesejnya belum juga dibalas lalu dia kembali ke bilik mesyuarat MPP.

"Tujuan saya mengadakan mesyuarat ini adalah saya mahu kamu semua memilih calon presiden yang baru. Selama tiga tahun saya memegang jawatan ini, banyak benda yang saya abaikan. Saya minta maaf pada kamu semua kerana sikap pentingkan diri saya ini. Kerana itu saya harap kepada semua sila beri kerjasama untuk memilih presiden yang baru yang betul-betul komited dalam MPP."

Begitulah panjang lebarnya ucapan Zasmond, sebenarnya dia ingin meletak jawatan sebagai presiden, dia sudah tidak sanggup lagi menjadi presiden sedangkan banyak perkara yang perlu difikirkannya. Mungkin ini jalan terbaik bagi dia menenangkan fikiran.

Malam itu selepas mandi, zasmond menerima mesej dari Luna. Zasmond benar-benar rindu pada Luna tapi dia sendiri tak dapat memaafkan dirinya kerana selalu menyakitkan hati Luna. Dia mengambil handsetnya lalu membaca.

"Terima kasih zas kerana masih mengambil berat atas diri Luna, minta maaf Luna tak dapat jumpa Zas, mungkin juga kita tak akan berjumpa lagi. Maafkan Luna untuk segalanya, mungkin ini petanda perhubungan kita tak serasi kerana itu banyak perkara terjadi dalam hubungan kita. Zas, Luna masih sayangkan zas tapi biarlah sayang Luna itu seperti sayangkan sahabatnya, biarlah masa menentukan segalanya...."

Zasmond dapat merasakan kepedihan hati Luna tapi apakan daya ini semua kerana dirinya sendiri, dia menyakiti orang yang sangat dia sayang, orang yang sangat dia cinta. Mungkin juga betul kata Luna, biarlah masa yang menentukan segalanya, lagipula hanya tinggal sebulan sahaja lagi peperiksaan semester akhir. Dia harus menumpukan pelajarannya agar dia mendapat kerjaya yang bagus. Dalam hatinya berdoa semoga hari-hari yang mendatang dapat ditempuhinya dengan tenang.

Sunday, April 18, 2010

Episod 33 - Hanya kau di hati

Sesampainya mereka di lapangan terbang Kota Kinabalu, mereka pun menaiki teksi ke UMS. Dalam perjalanan Luna terasa seperti takut untuk bertemu dengan sesiapa terutamanya Zasmond. Namun dia harus teruskan pengajiannya seperti biasa. Selepas berpisah di bustop, Luna pun mendapatkan bas ke kolej kediamannya.

Luna ingin mengejutkan suraya dan Isabell dengan kedatangannya tetapi mereka tidak kelihatan. Oleh kerana kepenatan Luna lalu terlelap sebentar. Selepas hampir sejam barulah dia terbangun dan dia terkejut suraya dan Isabell berada di hadapannya.

"Bila Luna sampai?",tanya Suraya.

"Tadi lagi, saya penat sebab tu tertidur...", kata Luna.

"Tak kisah la macam mana Luna sampai, yang penting dia dah ada di sini...", kata Isabell, sebenarnya mereka agak hairan Luna sudah ada di bilik.

"Apa lah korang ni macam tak happy pula, saya dah balik, nak halau saya lagi ke?", tanya Luna nada bergurau.

"Siapa tak happy, jangan lah merajuk, malam nanti kita makan sama-sama ok, rindu ar dengar suara Luna...", kata Isabell memujuk.

"Yelah la...korang ni sebenarnya nak tunggu buah tangan kan..sorry la tak sempat nak beli, ada pun yang ini je...", kata Luna menunjukkan dua helai baju kesukaan mereka berdua.

"Ini style baju yang saya suka ni, warna oren pla tu, tq Luna..."

"Kau memang tau kegemaran kami, tq, ini pn dah kira buah tangan dah bagi kami...o ya, duit yg korang dapat dari pertandingan tu siapa yang smbi?", tanya suraya.

"Yelah Luna, rm5000 tu banyak tu..."

"Saya dan Nizzam setuju ambi rm2000 seorang je, yang rm1000 lg kitorang bagi pada Mdm Munira..", kata Luna.

"Rm2000 pn dh banyak tu...kalau lah saya yang dapat...", kata Isabell mula berangan-angan.

"Ah, mula la berangan minah sorang ni, dah cukup-cukuplah, baik kita bersiap, dah dekat jam6 ni, saya malas lah makan lewat lagipun malas berbaris panjang beli makanan...", kata suraya sambil menyiku Isabell, hampir saja isabell terjatuh dari katil Luna.

"Eh dengki btl la kwn kita ni, yelah...", kata Isabell mengalah. Luna hanya tersenyum melihat gelagat kawan baiknya.

* * *

"Hari ni nak makan menu special la, saya belanja kamu, ok?", tanya Luna.

"Ye ke? kitorang memang nak tunggu Luna cakap macam tu...", kata Isabell senyum kambing, Suraya jg tersenyum-senyum.

"Jom order makanan kat hujung sana, orang pn belum ramai lagi...", mereka pun menuju ke sana bersama.

Baru pun 5 minit mereka di sana, Justin menyapa dari belakang.

"Hi semua, Luna bila balik?", tanya justin pasti dia akan beritahu Zasmond yang Luna dah balik.

"Baru je petang td, Justin buat apa kat sini?"

"Eleh, dia mestilah nak jumpa buah hati pengarang jantung dia tu...", kata suraya saja menyindir.

"Eh mana ada, saya ada discussion group di bilik kawan tadi, saya lapar, so saya turun la beli makanan, sebenarnya nak beli meggi, nak jimat...", kata Justin tersenggih.

"Abis kau je yang turun beli makanan?", tanya suraya pula.

"Taklah, kawan-kawan kirim ni, kitorang share beli sekotak meggi...",kata Justin menunjukkan duit Rm30.

"Adui, sanggup makan meggi sampai beli sekotak? Apaja la Justin, pergi la...makanan kitorang pn dah siap ni...", kata suraya, Justin rasa tergoda dengan makanan nasi pataya special tapi apa kan daya dah setuju makan meggi. Lalu Justin pun berlalu, mereka bertiga pula mencari tempat di hujung bagi mengelak gangguan orang lain.

* * * * *
Zasmond tak senang duduk bila Justin memberitahu Luna sudah kembali ke kolej, dia hendak bawa jumpa tapi takut Luna menolak, dia hendak menghantar mesej tapi mesej yang dulu-dulu pn Luna tak balas.

"Kenapa dengan kau ni zas, sekejap berdiri, sekejap ke katil..", tanya Justin yang baru habis mandi. terasa sejuk pula badan mandi jam10 mlm.

"Luna, saya nak jumpa tapi takut..."

"Tak paya lah jumpa sekarang, dia baru balik, biarkanlah dia beberapa hari dulu, lepas 2 3 hari bolehlah jumpa..", kata Justin. Zasmond memang tak sabar nak jumpa tapi memberi seseorang ruang adalah lebih baik. Zasmond kembali ke meja belajarnya, assignment dia masih banyak belum siap. Nasib baik besok kuliah batal, boleh juga dia siapkan. Justin pula hanya mendengar muzik dari cd player, assignment dia dah siap, senang hati.

Thursday, April 15, 2010

Episod 32 - Hanya kau di hati

* * * *
Luna duduk termenung di lobby hotel, sebentar lagi mereka akan bertolak ke UKM, tempat pertandingan berlangsung, fikirannya sedikit terganggu ditambah lagi dengan keraguan terhadap dirinya sendiri. Dia takut jika dia melakukan kesilapan yang dikesalinya nanti.

"Luna kamu dah sedia?", kata Mdm Munira sambil memegang perutnya yang kian membesar.
"Sudah mdm, cuma takut pula bila terbayang kita berdiri di depan dan semua mata memandang kita..."
"Anggap saja mereka semua itu semut, pasti gemuruh itu hilang...", kata mdm sambil tersenyum.

Mereka menunggu Nizzam dan suami Mdm Munira, h/pnya masih dipegang kemas. Hendak di 'on' tapi takut menerima mesej yang mungkin melemahkan semangat dia. Luna tahu mungkin Zasmond masih lagi tidak percaya kepadanya, lagipula dia mahu melupakan ZAsmond selepas ini, biarlah dia bersama dengan Nizza dan berharap Nizza tidak akan mengganggu di lagi.

Beberapa minit kemudian, mereka pun bertolak ke UKM menaiki kereta sewa yang diandu oleh En. Rizal, suami Mdm Munira. Dengan membawa harapan yang tinggi terhada universiti mereka, perjuangan harus diteruskan. sesampainya mereka di dewan, mereka terus mengambil tempat bersebelahan UPM.

"Luna, kau dah ok?", tanya Nizzam. Luna berasa terharu pula Nizzam mengambil berat akan dirinya. Luna mengeluh panjang kemudian memandang Nizzam.
"Terima kasih sebab ambil berat pasal Luna, ya saya ok, jangan risau, kita harus berjuang untuk pertandingan ini...",Kata Luna sambil berdoa dalam hati.

Pertandingan pun dimulakan. Saingan memang sengit, masing-masing dengan hujah yang bernas tetapi Nizzam dan Luna tetap akan berjuang dengan hujah mereka. Apapun keputusannya mereka akan terima, asalkan mereka sudah berusaha.

* * * *
"Zas, apa kau menungkan lagi tu? Kau tak pegi kuliah ke?", kata Justin sambil menyikat rambutnya.
"Entahlah, macam tiada mood la..."
"Kau ni, jangan la fikir sangat pasal Luna, dua tiga hari baliklah dia, nanti bila kau dah jumpa dia, bolehlah kau pujuk, dah lah simpan lah mood sedih kau tu, pegi mandi, nanti lambat lagi..."

Zasmond seperti kerbau yang dicucuk hidung. Walaupun berasa malas tapi apa yang Justin cakap tu betul . Hidup harus diteruskan, peluang pasti akan datang. Setelah bersiap mereka pun keluar dari bilik menuju ke perhentian untuk mendapatkan bas. Hanya tinggal 10 minit lagi kuliah akan dimulakan. Sebelum kuliah bermula, dia sempat menghantar mesej dengan harapan Luna akan membalas.

* * * *
Setelah beberapa pusingan, akhirnya sampailah mereka pada pusingan akhir. Masuk pusingan akhir pun Mdm Munira sudah cukup berpuas hati kerana sebelum ini pun wakil dari universiti mereka belum ada yang sampai ke pusingan akhir. Hanya tinggal 3 buah universiti lagi yang perlu memberikan lebih banyak hujah lagi akan satu persoalan dalam permasalah hidup yang perlu diselesaikan melalui undang-undang. Mulalah kedengaran seperti ala parlimen.

"Tibalah masanya saya mengumumkan juara pertandingan pidato ala parlimen bagi tahun 2009 dimenangi oleh...", kedengaran suara pengerusi majlis mengumumkan pemenang.

Tepukan gemuruh kedengaran, pilihan juri tidak boleh disangkal lagi, siapa menang siapa kalah itu bukan persoalan utama tetapi usaha menjadi ukuran. Bagi Mdm Munirah, keputusan itu diterima baik kerana dia tahu mendapat tempat kedua juga sudah cukup membanggakan.

"Tahniah, atas kejayaan kamu berdua, mdm sudah berpuas hati walaupun kamu mendapat tempat kedua lagipula kamu sudah berusaha.."
"Terima kasih mdm, kami juga lebih berbangga dengan kejayaan, USM sudah semestinya mendapat hak pertama kerana kejayaan mereka dalam banyak kajian undang-undang", kata Nizzam, dia memandang Luna yang memegang piala mereka.

"Ini semua kerana sokongan mdm terhadap kami, mdm sanggup bersama kami walaupun berbadan dua...", kata Luna mereka semua tersenyum.
Selepas bertemu dan bersalam dengan beberapa pelajar dari universiti lain, mereka berempat pun beredar. Tidak sah jika kemengan itu tidak dirai, En Rizal membawa mereka keluar makan malam walaupun sebenarnya jam baru menunjukkan jam5 ptg. Penerbangan mereka sudah ditempah, mereka akan balik esok petang kerana besok pagi mereka semua sudah setuju ke PWTC untuk melihat beberapa pameran di sana sambil-sambil tu ber'window' shopping di KLCC.

* * * * *
"Ada dapat mesej dari Luna?", tanya Isabell pada suraya.
"Tak kenapa? Dia mesej ke?", tanya suraya pula.
"Ya, dia kata universiti kita mendapat tempat kedua, syukurlah, mereka akan balik petang ini, wah tak sabar nak tunggu Luna..."
"Eleh, tak sabar nak tunggu orangnya ke atau buah tangannya?"
"Dua-dua pun boleh...", mereka ketawa kecil. Lalu mereka berdua menyambung assignment mereka.

* * * * *
Luna membaca beberapa mesej yang dihantar oleh Zasmond. Dia sangat gembira akhirnya Zasmond sedar siapa salah siapa betul. Bukan juga dia mahu Zasmond memutuskan hubungan dengan Nizza, cukuplah sekadar Zasmond tahu dia tidak berbohong. Oleh kerana beberapa minit lagi dia akan menaiki pesawat maka dia menutup kembali h/pnya, dia tidak mahu membalas, biarlah masa yang menentukan perhubungan mereka.