Sunday, September 5, 2010

Episod 36 : Hanya kau di hati


Minggu pertama peperiksaan akhir ada yang rasa gementar memikirkan soalan apa yang akan keluar, semuanya berharap apa yang mereka baca atau ulangkaji akan keluar,senang nanti menjawab tapi kemungkinan itu hanya 20% kerana yang pastinya hanya sendiri yang menanggung. Bagi Luna dia hanya berserah pada Tuhan, peperiksaan tiga minggu ini akan ditempuhinya dengan tenang.

Dalam menempuh peperiksaan,kadang kala fikiran Luna terganggu. Terutamanya apabila melihat beberapa pasangan pergi ke dewan peperiksan bersama-sama. Bukannya dia cemburu, tapi dia rasa hatinya tidak tenang seperti hubungannya dengan zasmond belum selesai walaupun dia sendiri memutuskan untuk tidak mahu berjumpa lagi dengan zasmond. Ya memang kata-kata senang untuk diluahkan tapi melakukan sangat berat.

“Luna,Luna…kau dengar tak aku tanya ni?” pertanyaan Isabell mengejutkannya, dia tidak sedar dia mengelamun beberapa minit.

“Kau cakap dengan aku ke?”

“Yelah siapa lagi, suraya xda dalam bilik ni…kau ni kenapa? Teringat exam semalam ke? Susah sangat ke?”

“A..ah..susah…sori la tak dengar, apa kau tanya tadi ?”, Luna mengiya menyembunyikan apa sebenarnya dalam fikirannya saat ini.

“Hilang dah dari ingatan aku, tak apa lah, lain kali je aku tanya…”, kata Isabell lalu menyambung ulangkaji nya.

Luna juga tidak mendesak, lalu menumpukan perhatiannya kembali pada bukunya.
*******

“Kenapa kau macam gelisah ni?”, tanya Justin melihat Zasmond tak keruan.

“Tak ada apalah, teringat soalan pagi tdi,susah sangat, entah betul ke tak jawapan aku…”
“Sejak bila kau gelisah dengan jawapan kau, selalunya kau dah tidur lena macam ni, malam2 baru ulangkaji….”

“Sebenarnya, aku nampak Luna tadi pagi tapi aku tak berani nak tegur…”, kata Zasmond akhirnya mengaku juga.

“Kenapa? Kau takut dia tak pedulikan kau? Belum cuba kau dah takut macam mana nak berbaik dengan dia kalau macam ni?” kata Justin memperkecilkan Zasmond untuk tujuan agar Zasmond rasa tercabar. Dia mahu kawan baiknya ini berbaik semula dengan Luna.

“Bukan takutlah, tapi saya takut saya sakitkan hati dia lagi…”

“Kalau kau tak mahu sakitkan hati dia, kenapa kau sakitkan hati dia di depan Nizza?!”, suara Justin sedikit meninggi.

“Kenapa kau nak bangkitkan hal tu lagi, aku bukan sengaja, aku tak tahu cerita sebenar…”

“Mengaku je la Zas yang kau dah jatuh hati pada Nizza…”, Zasmond berdiri lalu menolak Justin yang berdiri di depannya, tanpa sengaja Justin terjatuh dan terhantuk pada kerusi. Zasmond sedikit panik lalu mengangkat Justin.

“Dah, tak payah sentuh aku, kau tu sebenarnya ego kan, kau tak mengaku di depan Luna yang sebenarnya kau ni pun lemah, kau nak tunjuk apa dengan dia?!”, Justin menambahkan kegeraman Zasmond bukan bererti dia marah pada kawannya tapi dia mahu Zasmond sedar akan egonya selama inilah yang membuat jurang antara dia dan Luna.

Justin berdiri lalu duduk di katil. Dia mengusap kepalanya yang terhentak di kerusi. Nasib juga tak kuat. Zasmond duduk sambil menundukkan kepalanya tanda kesal.

“Saya mengaku hati saya sedikit tergugat dengan penampilan berbeza antara Luna dengan Nizza, Luna sentiasa berpakaian sopan, Nizza pula selalu dengan pakaian yang seksi dan suara yang manja, ku kira aku suka hanya kerana dia adik angkat aku, tapi aku dah sedar, Luna adalah pilihan yang terbaik, tapi sekarang aku dah kehilangan dia…aku benar-benar menyesal…”, kata Zasmond akhirnya diluahkan egonya pada Justin.

“Zas, setiap manusia tak lari dari buat kesilapan, tapi juga manusia kena mengaku kesilapannya, saya tau kau masih sayangkan Luna, kau kena cari jalan untuk pujuk Luna balik..”, kata Justin lalu mendekati kawan baiknya itu.

“Aku minta maaf sebab tolak kau…”, kata Zasmond memandang Justin.
“Sikit je, lagipun berbaloikan, kau mengaku juga akhirnya…”, Zasmond rasa malu tapi rasa lega akhirnya hatinya sungguh benar akan bertekad memenangi hati Luna kembali.

*****

Minggu akhir peperiksaan bermacam-macam lah gelagat dan cerita para pelajar. Peperiksaan bukan lagi tajuk utama kerana mereka tahu, betapa tekanan pun peperiksaan akan tetap ditempuhi. Selepas peperiksaan petang itu Luna terus ke asrama. Bukan kerana penat tapi mahu menjauhkan diri dari Zasmond yang dilihatnya seperti mahu mendekatinya.

“Adui penatnya, dahlah semalam tidur lambat, soalan pun tak membantu…”, kata suraya merebahkan dirinya di katil sebaik sahaja memasuki bilik.

“Tak ada siapa pun suruh kau tidur lambat…”, kata Isabell, saja menyakitkan hati Suraya. Luna hanya tersenyum.

“Tak payalah peril…”, kata Suraya mencebik kan bibirnya pada Isabell. Lalu membetulkan duduknya di katil.

“Oh ya, Luna tadi aku nampak Zasmond…”, kata suraya memandang Luna yang tenang membaca buku.

“Ye ke? Kau rasa dia cari Luna?”, tanya Isabell pula.

“Kenapa kau pula yang tanya? Aku cakap dengan Luna la…”

“Eleh, tanya pun tak boleh?”, kata Isabell memukul suraya dengan bantal peluknya. Luna hanya mendiamkan diri mendengar nama Zasmond disebut. Baginya nama itu masih ada dalam hatinya tapi menerimanya mungkin sukar setelah apa yang terjadi benar-benar melukakan hatinya. Apa akan diluahkan kalau suatu saat nanti Zasmond berada di hadapannya?
Pagi itu Luna bangun lambat sedikit, mujur peperiksaannya pada sebelah petang, suraya dan Isabell juga masih tidur. Seingatnya semalam mereka bertiga tidur lewat, hampir jam2 pagi. Luna menggeliat sambil melihat jam di handphonenya, sudah hampir jam9pg. Dia berlalu ke bilik air setelah mencapai tualanya.

“Su, bangun, lewat dah ni, bell, bell, bangunlah…”, Luna membangunkan kedua-duanya.

“Jam berapa dah ni?”, tanya suraya.

“Jam10.30 pg…”

Kedua-duanya bangun bersiap. Biarpun peperiksaan sebelah petang namun kena juga ulangkaji kali terakhir. Tepat jam12 mereka beredar dari bilik, ini adalah kertas peperiksaan akhir, oleh kerana kertas ini agak susah, masing-masing berusaha mengingatkan jawapan di otak.
Selesai sahaja peperiksaan, tergambar di muka setiap pelajar di dewan berseri-seri, namun ada juga yang kelihatan risau, takut dan gementar. Apa pun bagi Luna, suraya dan Isabell, mereka sudah berusaha, keputusan mereka akan terima dengan tenang.

“Leganya exam dah habis, sekarang ni kena susun barang dan fikirkan pula pasal LI…”, kata suraya meletakkan begnya di atas meja.

“Bila mula LI kita?”, tanya Isabell.

“Kurang dua minggu dari sekarang…”

“Lama lagi, apa risau…”

“Luna, apa kau baca tu?”, tanya Isabell apabila menyedari Luna sedang membaca surat.

“Surat penerimaan LI, aku diterima tapi mereka nak surat pengesahan pelajar, kena pergi pejabat hal ehwal ni…”

“Nak aku teman?”

“Tak apa, saya pergi besok, malas pula nak jalan lagi, sekarang ni nak tidur…”, kata Luna lalu dengan kemas dia tidur tanpa memperdulikan dua rakannya.

“Amboi sedapnya tidur, saya pn tidurlah, suraya kalau kau pn nak tidur, kunci pintu tau..”, arah Isabell, suraya hanya mengiya.

No comments:

Post a Comment