Monday, September 6, 2010

Episod Akhir : Hanya kau di hati

Besoknya, pagi-pagi lagi Luna keluar ke pejabat, dia kena sengaja awal supaya ada waktu ke library untuk online internet. Selepas sahaja surat itu siap, Luna bergerak seorang ke library, perjalanan hanya 2km tapi agak sunyi kerana waktu-waktu begini tak ramai pelajar. Sedang dia leka melihat surat pengesahan di tangannya, tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggil namanya. Dia tidak terus memandang belakang kerana dia tahu benar suara itu. Luna terasa gementar lalu melangkah laju.

Zasmond bergerak laju lalu memegang tangan Luna namun melepaskannya. Luna pasti saat ini akan datang juga. Dia tidak menoleh tetapi diam kaku menunggu.

“Luna, saya nak jumpa awak, tolong jangan menolak…”, Kata zasmond namun Luna masih diam.
“Kita ke pondok tu, saya tak mahu kita berdiri, lagipun panas dah mula rasa…”, Luna masih diam namun kakinya mula melangkah perlahan ke pondok yang tak jauh dari mereka. Zasmond mengikut perlahan di belakang. Luna duduk menghadap tasik di depannya. Zasmond pula masih berdiri kaku, dia berfikir bagaimana harus dia mulakan perbualan, sedangkan sebelum ini mereka mesra berbual.


“Luna, saya dengan ikhlas mohon maaf atas apa terjadi pada hubungan kita. Zas mengaku, Zas yang bersalah kerana sebenarnya Zas yang curang pada Luna. Zas hampir jatuh hati pada Nizza, Zas yang sebenarnya menghancurkan hubungan kita, Zas terlalu ego untuk mengaku kesilapan Zas, Luna tolong maafkan Zas…”, akhirnya Zasmond meluahkan apa yang terbuku di hatinya, namun Luna masih diam kaku. Tanpa disedari air mata Luna berlinang di pipi, dia benar-benar terluka dengan pengakuan Zas, ‘bagaimana aku harus terima semua ini?’ fikir Luna dalam hati.

“Luna tolonglah katakana sesuatu…”, Zas merayu setelah hamper lima minit mereka berdiam diri.

“Zas, tiada apa yang harus Luna katakan, Luna terima semuanya, Luna maafkan Zas dan Luna harap selepas ini Zas tak ganggu Luna lagi…”, Luna berlalu meninggalkan Zasmond yang serba salah. Dia tidak tahu lagi bagaimana untuk memujuk Luna.

Luna terus balik asrama, hasratnya untuk ke library dibatalkan begitu sahaja. Dia berusaha untuk kelihatan seperti biasa di hadapan rakan-rakannya.

“Tak sampai sejam kau keluar, cepatnya siap, bukan kau kata nak pergi online?”, kata suraya.
Luna diam. Isabell perasan akan perubahan Luna lalu memandang Suraya seperti member isyarat. Lalu Isabell mendekati Luna yang duduk membelakangi mereka di katil.


“Luna, kau ok?”,

“Bell, Luna masih sayangkan dia…”, Luna akhirnya mengaku dia sebenarnya masih terlalu sayangkan Zasmond.

“Luna, saya faham sangat perasaan kau, luahkan saja, jangan pendam…”, kata Isabell.

“Kau terjumpa Zasmond ke?”, kata suraya pula.

“Dia mengaku yang dia ada jatuh hati pada Nizza, cumanya Luna tak sangka dia luahkan depan Luna, hati Luna sakit lalu tinggalkan dia…”, air mata Luna jatuh lagi. Isabell memeluk Luna, suraya pula mengusap rambutnya.

“Ini semua dugaan Luna, dalam setiap hubungan pasti akan goyah, kita harus pandai mengekalkannya, sekarang ini pilihan di tangan Luna, menerimanya atau tidak.”

“Betul Luna, kami pun sebenarnya masih marah dengan Zasmond sebab dia buat Luna macam ni tapi apapun keputusan Luna buat kami akan tetap sokong Luna.”

“Terima kasih sebab ambi berat pasal Luna, korang memang kawan yang baik, sekarang ni saya tak tahu nak buat apa…”

****

Zasmond merasa kecewa kerana belum juga dapat memujuk Luna. Dia mengeluh lalu menyandarkan diri di katilnya. Justin merasa ada sesuatu yang menggangu fikiran kawan baiknya itu.

“Hai, lain macam je, kenapa kau ni?”

“Tadi aku jumpa Luna….”

“Eh, ye ke, so ada kau minta maaf? Apa riaksi dia?”,tanya Justin sambil duduk berdepan Zasmond, tak sabar menunggu jawapan.

“Ada tapi dia pergi lepas aku cakap, mungkin dia dah tak mahu jumpa aku lagi…”

“Mana kau tau, entah-entah dia malu ke, dia gementar ke, atau dia belum sedia nak jumpa kau, kenapa kau tak jumpa dia secara rasmi, jemput dia makan malam ke, bawa dia jalan-jalan ke?”
“Entahlah, saya pun tak tahu lagi apa nak buat…”


“Jangan putus asa kawan, nanti kau terlepas menyesal, lagipun dah nak cuti ni, entah2 dia nak balik rumah malam ni juga melepas, kena cepat…”, kata Justin itu ada betulnya, Zasmond diam memikirkan apa yang harus dibuatnya selepas ini.

****

Sedang Luna menyikat rambutnya, dia mendapati h/p berbunyi. Dia ke sisi katil mendapatkan hp yang ada di atas bantal.

‘Luna, saya nak jumpa Luna malam ni juga, jam8 malam, saya tunggu Luna di tempat biasa macam kita jumpa dulu, kalau lepas sejam Luna tak datang, maknanya hubungan kita berakhir dengan rasminya.’

Begitulah mesej yang diterimanya dari Zasmond, dia tak tahu jika dia kuat untuk berdepan dengan Zasmond. Lalu dia membiarkan seketika. Suraya dan Isabell muncul di balik pintu, baru balik dari membeli makanan. Mereka makan sambil bercerita, kadang kala gelak tawa kedengaran walaupun hati Luna sebenarnya resah. Tiba-tiba dia ingin memandang jam, sudah jam8.35, tapi hatinya seperti belum membuat keputusan.

“Luna kau bila balik? Suraya balik ari jumaat ni, saya pun mungkin jumaat juga sebab bapa saya malas nak ambi besok, kita balik jumaat la, nak?”,

“Iya Luna, besok kita gi tengok wayang, lepas tu kita main bowling, kita bergambar puas-puas, lepas ni pasti kita jarang jumpa.”

“Boleh juga, saya pun dah lama tak tengok wayang…”,
Sedang mereka berbual tentang wayang apa yang best untuk ditonton, Luna melihat jam lagi, sudah jam8.45 mlm. Menyedari kegelisahan Luna, suraya bertanya.


“Kenapa kau asyik tengok jam? Tunggu panggilan ke?”

“Eh tak ada, saya..saya..”

“Ini mesti ada sesuatu ni, cakaplah…”, Kata isabell pula.

“Zasmond bawa saya jumpa jam8mlm tadi, dia cakap kalau saya tak muncul leas sejam hubungan kami akan berakhir dengan rasminya…”

“Jam8? Sekarang dah nak jam9, kenapa kau tak cakap?”

“Saya takut nak jumpa…”

“Luna, kalau kau masih sayangkan Zas, kau kena juga berdepan dia, kalau tak seumur hidup kau akan menyesal…”

“Iya la Luna, cepatlah bersiap…”, Isabell menarik Luna ke cermin, membetulkan rambutnya dan memakaikannya minyak wangi.

“Nah ini pakai sweeter ni, sejuk di luar, kau kena berani jumpa dia ok…”

“Tapi saya takut…”, kata Luna.

“Luna, kau akan menyesal, tinggal 10 minit lagi jam9…”, suraya mengingatkan Luna. Lalu dengan selepas memandang kedua rakannya Luna keluar dari bilik.

****

Zasmond memerhatikan jam di tangan sudah jam9 mlm. Dengan perasaan kecewa dia mula bergerak perlahan. Dia kini pasti Luna tidak mahu berjumpa dengannya lagi. Hubungan mereka akan berakhir di sini.

Luna berusaha untuk sampai secepat yang mungkin tapi dia sudah terlewat 5 minit dari perjanjian, sampai sahaja di pondok, kelibat Zasmond tidak kelihatan, Luna benar-benar merasa sedih, baru dia tahu kata-kata kawannya betul. Dia hanya duduk layu di pondok, tanpa disedari dia menangis, hati Luna sakit dan pedih, akhirnya hubungan mereka berakhir secara rasmi.

‘Zas, maafkan Luna, Luna juga terlalu ego untuk mengatakan Luna masih sayangkan Zas, Luna masih sayangkan Zas, maafkan Luna…’

Luna berkata sendirian dalam esakan kecil. Namun tiba-tiba dia terdengar suara seseorang memanggil namanya.

“Luna…zas hampir putus asa dalam pulihkan hubungan kita…”, Zasmond berdiri di belakangnya.

Rupanya firasat Zasmond betul yang dia hasur kembali ke pondok itu.
Zasmond mendapatkan Luna, keinginan untuk memeluknya kuat tapi dia tahu mereka bukan muhrim. Zasmond memegang tangan Luna lalu mengesat air matanya.


“Maafkan Zas sebab terlalu banyak lukakan hati Luna, Zas mahu tebus kesalahan Zas, Zas harap Luna dapat terima semula hubungan kita…”

“Zas janji takkan tinggalkan Luna?”, tanya Luna memandang Zasmond.

“Zas janji akan sentiasa berada di mana sahaja Luna ada dan menyayangi Luna sepenuhnya.”
“Zas taukan Luna sangat sayangkan Zas…”


“Zas pun sayangkan Luna…”, belum smpat dia menghabiskan kata-katany tiba-tiba mereka terdengar suara.

“Akhirnya korang bersatu juga…”, rupa-rupanya Suraya, Isabell dan Justin memerhatikan mereka.

“Oh, rupanya korang mengintai kami ye…”, kata Zasmond.

“Untuk kebaikan korang tau, nanti kena tangkap basah duduk berdua-dua baru padan muka…”, kata suraya. Luna kemudian tersenyum, tak sangka semunya berakhirnya dengan kegembiraan walaupun dia juga hampir putus asa.

“Terima kasih semua sebab menyokong kami…”, kata Luna.

“Lah, janganlah emosi sangat…oleh kerana semuanya berakhir dengan baik, besok kamu berdua kena belanja kami makan.

“Esok kita nak gi mana?”, tanya Justin pula.

“Siapa kata nak ajak kau? Ini antara kami je….”, kata Isabell bergurau.

“Nampaknya macam tulah, tak apa, saya pun tak kisah asalkan ada Luna…”, mereka ketawa bersama. Luna sangat bersyukur semuanya sudah berakhir. Semoga hari-hari esok akan ditempuhinya dengan lebih tabah lagi…..

Tamat.

No comments:

Post a Comment