Tuesday, December 8, 2009

Episod 30 - Hanya kau di hati

Petang itu Justin dan suraya bertemu semula di cafeteria.

“So macam mana?”, tanya suraya tak sabar nak tahu cerita selanjutnya.

“Berjaya, saya dah rakam kata-kata Nizza yang mungkin boleh membuatkan Zasmond percaya...”

“Bagus, saya tau kau pasti dapat buat dengan baik...”

“Buat apa?”, kata Justin rasa hairan dengan kata-kata Suraya.

“Pandai berlakon la, kau ni fikir benda lain pula...kalau macam itu, malam ni teruskan rancangan kau untuk terangkan pada Zasmond ok, saya harap kita berjaya tolong kawan kita ni...”

“Saya cuba buat yang terbaik, oklah saya pergi dulu, kalau ada apa-apa saya update kemudian ok...”

Justin melangkah ke asramanya. Suraya juga terus balik ke bilik. Dilihatnya mereka berdua buat hal sendiri tapi yang pasti Luna tetap berasa tak bersemangat. Dia rasa kasihan pula. Dia mendekati isabell.

“Mana kau pergi tadi?”, tanya isabell.

“Jumpa Ila, saja bual-bual kosong, so kawan kita seorang ni ok ke?”

“Macam tulah dia dari tadi tengok buku je, harap-harapnya hati dan fikirannya pada pertandingan, kalau pada zasmond susah la kita..”

“Sebenarnyakn, saya dan Justin plan sesuatu, harapnya berjaya...”

“Apa plan korang?”

“Nak ceritakan perkara sebenar berdasarkan bukti...”

“Bukti? Mana korang dapat bukti, takan Nizza bagi kot..”, Suraya menutup mulut Isabell yang makin besar suaranya. Luna memandang ke arah mereka.

“Kenapa dengan Nizza?”, tanya Luna, sepertinya dia tidak dapat lagi menerima jika Nizza masih mahu merancang merampas Zasmond darinya. Kalau betul, hati Luna sudah rela mahu melepaskan lelaki itu.

“Tak ada apalah, Nizza tu kaki penipu, tapi Zasmond masih percayakan dia...”

“Biarkanlah su, Luna dah malas nak fikirkan tentang Zasmond, Nizza, rasanya dah berat kepala ni dengan masalah peribadi, harap-harap lah pantas masa ni berlalu, Luna pun dah tak mahu lagi ada hubungan dengan Zasmond.”

“Tapi Luna, zasmond tu ditipu, kalau dia tahu perkara sebenar dia takan buat Luna macam ni...”, Luna diam, dia sudah tidak berdaya lagi mahu menerangkan perkara sebenar, setiap mesejnya pada Zasmond tidak lagi pernah dibalas, mungkin Zasmond tidak langsung percaya dia selama ini, getusnya. Dia reda jika ini lah kesudahannya.

Malam itu Justin menunggu kepulangan Zasmond yang tidak diketahuinya pergi entah ke mana, jam sudah menunjukkan jam10 malam. Selalunya waktu begini Zasmond sudah terperap di katil. Nizza juga mencarinya sehingga menelefonnya sejam yang lalu. Dia rasa risau pula jika Zasmond buat sesuatu yang diluar dugaan. Oleh kerana tidak mahu terlelap, dia mendengar muzik dari h/pnya.

Tepat pada jam11.30, barulah Zasmond balik. Justin yang menunggunya terus memandang ke arah Zasmond.

“Mana kau pergi kawan? Jam sekarang baru balik...”

“Suka hatilah mana aku nak pergi...”, kata Zasmond, sikapnya mula berubah.

“Sebenarnya aku tunggu kau, ada hal aku nak cakap..”

“Tak payalah cakap apa-apa, aku penat ni, aku nak mandi dulu, kau tutup je lampu ni kalau nak tidur...”, Zasmond terus ke bilik air. Justin dapat jangka zasmond pasti tiada mood nak bercakap tapi dia akan cuba juga terangkan perkara sebenar. Selepas beberapa minit Zasmond masuk semula ke bilik.

“Zas, aku nak cakap sesuatu ni, kau dengarlah dulu, ni penting...”

“Tentang apa?”

“Zas, kau dah salah faham tentang Luna...”

“Luna? Boleh tak kau jangan sebut nama dia malam ni, aku nak rehatkan minda, aku nak tidur, penat...”

“Tapi Zas..”

“Sudahlah Justin, malam ini jangan ganggu aku, kau tidurlah, aku nak tutup lampu ni...”

Zasmond menutup lampu lalu berbaring di katilnya. Justin serba salah, dia seharusnya menerangkan perkara yang sebenarnya malam ini tapi tidak berjaya. Hendak dipaksa Zasmond mendengar pun tidak pula dia berani kerana dia tahu sikap Zasmond. Dengan perasaan yang tak tenang, Justin juga tertidur kerana penat.

Besoknya adalah hari yang ditunggu suraya, sepatutnya hari ini sebelum Luna berlepas Zasmond harus memberikan semangat pada Luna untuk membuat yang terbaik pada pertandingan nanti. Tapi masih belum ada kabar berita dari Justin, dicubanya mendail nombor Justin tapi tiada jawaban.

“Luna, siapa hantar kau pergi airport?”, tanya Isabell.

“Mdm Munira, dia bawa suaminya sekali, kami akan bergerak sama ke airport..”, kata Luna tenang. Mdm munira sebenarnya berbadan dua, masuk bulan ni adalah bulan yang ke7, suaminya tidak mahu jika isterinya itu berjalan jauh tanpa penjagaan, kerana itu dia juga meminta cuti seminggu untuk mengikuti mdm munira ke Kuala Lumpur.

“Oh...erm, kau tak nak kami sampaikan apa-apa pada Zasmond, mana tahu dia cari Luna..”

“Jangan, jangan biarkan dia tahu ke mana Luna pergi, Luna tak mahu diganggu, takut nanti Luna tak dapat tumpukan perhatian. Cakap saja tak tahu jika dia tanya, tapi Luna rasa dia sudah tak pedulikn Luna lagi...”

“Janganlah cakap macam tu , kebenaran akan diketahui juga nanti...”

“Mungkin, mungkin sudah terlambat masa itu...”, kata-kata Luna memberikan makna yang mendalam pada dirinya sendiri. Apa betulkah dia dapat melupakan Zasmond? Suraya dan Isabell saling berpandangan. Isabell seperti berbisik sesuatu pada suraya tetapi suraya pula hanya mengangkat bahu, hatinya juga tertanya-tanya adakah Justin berjaya memujuk hati Zasmond. Telefon Luna berdering, mdm munira sudah menunggunya di bawah asrama.

“Ok la Luna nak pergi dah,korang janganlah buat muka sedih, patutnya doakan Luna berjaya ok...”, suraya dan isabell memeluk Luna dan mereka berpisah disitu.

Jam 9 pagi barulah Justin membalas mesej Suraya. Rupanya dia terlebih tidur. Dia melihat katil Zasmond kosong, pastinya sudah keluar fikirnya. Dia menelefon suraya untuk berjumpa. Selepas bersiap, dia turun ke bawah bertemu dengan suraya yang ditemani isabell.

“So, macam mana berjaya tak? Kau ni mesti lambat bangun kan..”, suraya terus bertanyakan soalan pada Justin tanpa menjemputnya duduk dahulu.

“Sorry lah korang, tak berjaya la, semalam Zasmond balik lambat, bila saya cakap saya nak begitahu sesuatu tentang Luna, dia cakap tak mahu dengar apa-apa dan dia penat, dia terus tidur, tak dapatlah nak bagitahu, pagi ni pun dia dah awal pagi lagi keluar...”

“kau ni Justin, baru nak puji pandai berlakon...”

“Dia pergi mana?”, Tanya isabell pula.

“Entahlah, mungkin jumpa Nizza sebab Nizza pun cari dia...”

“E..geramnya Nizza itu ambil kesempatan...”, kata suraya pula berasa marah mendengar nama Nizza.

“Luna dah jalan ke?”

“Ya, so macam mana ni, korang ada plan lain tak?”, tanya Isabell.

“tak ada melainkan Justin kena terangkan juga pada Zasmond, tak apalah Luna pergi pun bukan lama, lima hari je, cukuplah masa itu buatkan Zasmond sedar lepas dia tahu perkara sebenar...”, Isabell dan Justin mengiyakan kata-kata Suraya, hanya masa saja dapat menentukan. Sekarang bergantung pada Justin.

Malam itu, Justin nekad untuk memberitahu perkara sebenar pada Zasmond, mujur Zasmond balik awal.

“Zas, kali ini kau kena dengar cakap aku...”

“Sudahlah Justin, kan aku dah cakap tak nak dengar tentang Luna...”

“kami Cuma nak tolong kau Zas, aku, suraya dan Isabell mahu kau tahu perkara sebenar tentang Luna, lepas itu terpulang pada kau, apa nak buat.”

“Baik, apa dia perkara sebenar tu?”

“Zas, Luna tak pernah curang pada Zas, Nizza yang plan untuk pisahkan kau dengan Luna.”

“Kenapa pula Nizza nak buat macam tu?”

“Sebab dia sukakan kau Zas...”

“Suka? Tak mungkin, Nizza seorang yang baik, dia tak pernah pun simpan perasaan pada Zas.”

“Habis kau nak cakap Luna jahat sedangkan setahun korang bersama?”

“Entahlah Justin, saya sebenarnya keliru..”

“Sebab tu kau kena dengar ni...”, Justin menekan punat pada h/pnya dan terdengarlah rakaman antara dia dan Nizza. Zasmond hampir tidak percaya itu adalah suara Nizza, selama ini dia begitu percayakan adik angkatnya sendiri. Selepas beberapa ketika, Zasmond terus keluar meninggalkan Justin.

No comments:

Post a Comment