Sunday, August 2, 2009

Episod 21 - Hanya Kau di Hati

Petang itu, Luna tidak kemana-mana, selepas sahaja kuliah habis dia terus balik ke asrama. Kebetulan telefon bimbitnya terpadam kerana tidak dicas, sementara Luna mencas telefonnya, Suraya dan Isabell masuk dan mendapati Luna berada di bilik.

“Eh Luna, rupanya kau di sini, tadi kitorang bertembung dengan Zasmond, dia cari kau, dia kata telefon kau tertutup, kau tak check?”

“Saya tengah cas, tak sedar pula tiada cas baterinya..ada Zasmond pesan apa-apa?”

“Dia suruh kau mesej dia cepat-cepat...”

“Luna, kau ok? Kenapa macam sedih ni?”, Isabell mendekati Luna yang bersandar di katil.

“Tak ada apa-apa la, saya ok..”

“Kenapa ni, ceritalah, kitorang nak tahu juga..”,Suraya juga mendekati Luna.

“Entahlah saya binggung sebenarnya...”

“Apa dia?”

“Dua hari yang lalu saya jumpa Nizza di library, tetiba dia cakap Zasmond tu hak dia and saya tak layak untuk dia, lepas tu dia cakap Zasmond tu tipu saya, dia kata Zasmond sebenarnya sukakan dia..”

“Nizza cakap macam tu? Habis kau ada tanya Zasmond tak tentang apa yang Nizza cakap?”

“Tak, tapi saya ada tanya adakah dia pernah bersama, maksud saya bercinta, tapi dia cakap tak pernah.”

“Kalau diikutkan Zasmond tu memnag baik, saya rasa dia takkan tipu kau, mungkin perempuan itu ada niat lain, mungkin dia nak rosakkan hubungan kau dengan Zasmond..”

“Saya setuju, saya dah cakap dia memang ada hati dengan Zasmond, dia cemburu kau dengan dia, sebab itu dia buat macam tu..”

“Entahlah, lupakanlah...”, Luna kembali membaca buku yang dipegangnya, Isabell dan Suraya saling berpandangan namun mereka tidak tahu apa yang patut dibuat lalu mereka kembali dengan kerja masing-masing.

Esoknya semasa Luna melintasi kuliah dia ternampak Nizza sedang bercaka-cakap dengan beberapa lelaki. Namun dia tidak menghiraukannya lalu terus berjalan menuju ke arah kantin. Dia dan Zasmond berjanji akan berjumpa di situ untuk makan tengahari bersama. Selepas sepuluh minit duduk tanpa memesan apa-apa, handphonenya berdering.

“Luna, boleh tak Luna makan sorang-sorang hari ni, Zas tak dapat nak temankan..”

“Kenapa? Kan kita dah janji akan jumpa hari ni, Zas kata nak belanja makan..”

“Zas nak temankan Nizza kejap, dia diganggu oleh beberapa lelaki tadi, mereka ambil dompet Nizza dan lari, Zas kena selesaikan masalah Nizza dulu, ok?”

“Tapi Zas, tadi Luna nampak...”

“Tak apalah nanti Luna cerita kemudian ya, Zas pun ada meting lagi lepas ni, kena selesaikan masalah Nizza cepat-cepat...Luna makan saja ok, lain kali Zas belanja...bye..”

Belumpun sempat Luna terangkan, Zasmond menutup handphonenya. Luna berasa sedikit kecewa dan hairan kenapa tiba-tiba lelaki tersebut mengambil dompet Nizza sedangkan mereka nampak akrab bercerita sebentar tadi. Luna tidak lalu makan lalu meninggalkan kantin dan terus ke kelas seterusnya. Dalam hati dia bertanya-tanya adakah Nizza merancang sesuatu atapun Zasmond berbohong? Hatinya tidak begitu tenteram namun tidak mahu terlalu memikirkannya.

Malam itu pun, Luna tak lalu makan. Banyak benda yang dia fikirkan tapi dia tak beritahu sesiapa pun. Bila Suraya dan Isabell bertanya, dia hanya mengatakan dia masih kenyang dan rasa tak lalu makan. Namun apa pun dia tidak sekali-kali mahu buruk sangka terhadap Zasmond kerana dia tahu Zasmond tak akan bohong padanya. Sedang dia termenung, handphonenya didatangi mesej dan dia melihat mesej dari Zasmond lalu membacanya.

“Luna, I’m sory sebab tak teman Luna makan, are u ok? Isabell mesej Zas yang Luna tak makan..”

“I’m ok, dun wory, Luna malas nak turun makan je lagipun petang tadi Luna makan burger..”

“Oh ok..jangan sampai gastrik pula, Zas tak mahu Luna jatuh sakit.”

“Luna tahu jaga diri, apa pun thanks sebab ambil berat pasal Luna.”

“Mestilah Zas ambi berat, Luna kan buah hati Zas, Zas betul-betul sayang Luna tau.”

“Luna pun sayang Zas juga, Nizza macam mana?”

“Nizza? Dia ok, dompet dia dah jumpa dekat tangga, dia ambi duit Nizza dalam rm50, nasib baik duit je diambil, kalau ic hilang tak tahulah..”

“O..kecian dia, harap dia ok, lagipun Zas ada bila dia perlukan Zas..”

“Ai, macam lain bunyi, cemburu ke?”

“Tak lah..”

“Cemburu tu tandanya sayang tau...ok lah, Zas belum mandi ni, assignment pun belum siap, kita jumpa esok k..bye sayang.”

Luna tidak membalas lagi mesej Zas. Dia rasa tidak senang hati dan kehadiran Nizza benar-benar menguji kepercayaannya terhadap Zasmond. Tapi selagi Zasmond menyayanginya dia akan terus percaya padanya.

No comments:

Post a Comment