Saturday, August 15, 2009

Episod 28- Hanya Kau di Hati

Sudah tiga hari Luna mengurungkan diri dalam bilik. Lepas sahaja kuliah, Luna terus balik ke bilik. Isabell dan suraya sudah banyak kali bertanya kenapa Luna seperti itu tetapi jawapan Luna hanya satu, tak ada apa-apa. Makanan juga hanya minta dikirimkan itupun selepas dipaksa makan oleh rakan baiknya. Apapun tekaan isabell dan suraya tidak dihiraukan. Nizzam yang mahu mengajaknya berbincang juga ditolak dengan alasan sibuk.

Luna sebenarnya masih terbayangkan Zasmond memapah Nizza. Hingga sekarang mesej yang dihantarnya untuk bertanyakan keadaan Nizza masih tidak dibalas. Adakah Zasmond sudah tidak memperdulikannya lagi? Dia jadi keliru, kehadiran Nizza membuat Zasmond berubah hati. Tapi dia tak boleh salahkan Nizza, mungkin mereka dulu pernah ada hubungan dan terputus. Sedang memikirkan banyak perkara, handphonenya berbunyi menandakan mesej masuk, disangkanya Zasmond tetapi Nizzam.

“Luna, sorry, if i ganggu u, busy ke? Are u ok?”

“Hi..tak ganggu, i yang patut cakap sorry sebab selalu skip discuss kita, i ok, thanks..”

“Baguslah kalau macam tu, actually nak ajak Luna discuss 4 the last time, how about tomorrow?”

“Boleh juga, jam berapa?”

“Lunch time, i belanja..”

“Erm..oklah, besok kita jumpa.”

Esoknya selepas kuliah, Nizzam dan Luna berjalan beriringan ke kafeteria. Namun belum pun sempat mencari tempat duduk, Luna ternampak Zasmond, Nizza dan dua kawannya sedang menikmati makanan. Oleh kerana tidak mahu, Zasmond nampak dia ada di situ, dia keluar dia mengajak Nizzam beredar dari situ.

“Luna, kenapa ni? Kata lapar..”

“Luna minta maaf, erm..Nizzam boleh tak kalau Luna tak makan? Luna tunggu Nizzam di pondok dekat kuliah..”, kata Luna sambil berlalu tanpa menunggu jawapan dari Nizzam.

Nizzam serba salah dan merasa hairan kenapa tiba-tiba Luna bertukar fikiran. Oleh karana sudah berjanji, Nizzam kembali ke kafeteria dan membungkus dua makanan. Semasa dia berbaris untuk membayar makanan yang dibawanya, dia ternampak Nizza, pelajar tahun satu yang terkenal dengan kesombongannya. Kemudian dia memerhati satu-satunya lelaki di sebelahnya, itu presiden pelajar, walaupun dia tidak begitu kenal lelaki tersebut di hati Luna tetapi Luna ada pernah mengatakan teman lelakinya selalu sibuk. Dan dia pasti itulah orangnya, tetapi kenapa Luna lari?

Sampai di pondok, dia terlihat Luna baru lepas menangis. Dia jadi hairan tetapi dia buat-buat tak tahu.

“Erm...awak ok? Saya ada bawa makanan untuk kita makan di sini, saya tak rasa nak makan sorang-sorang sebab saya kan dah janji nak belanja awak.”

“Ok...”

“Betul ok? Kenapa macam baru lepas menangis?”

“Tak adalah, mata masuk habuk ni...baik betul awak bawa makanana untuk saya, saya tak kisah kalau pun awak tak belanja.”

“Tapi saya kena tepati janji juga, jom makan, saya harap awak suka makanan yang saya beli.”

“Saya tak kisah makan apa-apa je..”

Mereka mula makan sambil sedikit perbualan kosong. Selepas makan mereka mula serius berbincang mengenai pertandingan. Ada beberapa tips yang Nizzam dapat dari bekas pelajar yang pernah ke Pertandingan Pidato Keadilan Peringkat Universiti dan mendapat naib johan. Ini juga salah satu perbincangan mereka.

Ketika mereka dalam perbincangan itulah, Zasmond ternampak mereka berdua. Nizza dan dua kawannya juga ada bersama. Oleh kerana mahu bersemuka dengan Luna, Zasmond menyuruh Nizza dan kawan-kawannya beredar. Tetapi Nizza mengikut Zasmond dari belakang.

“Luna...”, Zasmond memandang ke arah mereka dengan rasa geram. Luna agak terkejut dengan kehadiran Zasmond.

“Zas...zas datang jumpa Luna ka?”, tanya Luna seperti gembira dengan kehadiran Zasmond tetapi dia tidak tahu Zasmond mahu memarahinya.

“Ya..dan siapa lelaki ni Luna? Kenapa Luna bersama dengan dia? Selama ini Zas ingat Zas dalam hati Luna tetapi rupanya Luna tipu zas...kalaupun Luna nak tipu Zas kenapa tak rahsiakan, kenapa mesti nak tunjuk pada Zas..nak sakitkan hati Zas?”

“Zas, dia dan Luna tak ada apa-apa, kami sedang berbincang...”

“Sudahlah Luna, Luna nak bincang cara apa pula untuk sakitkan hati Zas lepas ni kan...”, Zasmond memotong kata-kata Luna kerana terlalu marah.

Air mata mengalir di pipi Luna, seakan-akan ada benda tajam menusuk hati Luna. Tuduhan itu begitu menyakitkan hati Luna, namun dia sempat terlihat Nizza yang sedang tersenyum-senyum.

“Zasmond, awak jangan salah faham, saya dan Luna sedang berbincang mengenai pertandingan...”

“Nizzam, tak perlu terangkan...”, kata Luna memotong, kemudian dia mendekati Zasmond.

“Zas, Luna tak pernah curang pada Zas, selama ini Luna merindui Zas, tetapi Zas tak pernah pun balas mesej-mesej yang Luna hantar...dan kenapa Zas bersama dengan Nizza?”, Zasmond memandang Nizza yang jauh di belakang.

“Kenapa? Saya tak boleh bersama dengan adik angkat saya? Luna, kerana dialah saya tahu Luna ada hubungan dengan lelaki ini, Zas tak sangka Luna sampai hati menyakiti hati Zas.”

“Zas..zas, Nizza yang tipu kita zas, Luna tahu ini mesti rancangan dia untuk pisahkan kita, zas tak tahukah Nizza ada hati dengan Zas, dia nak kita bergaduh..”

“Luna...kenapa pula tuduh dia? Mungkin betul kata Nizza, Luna memang tak suka dia kan, Luna tak pernah pun mahu menerima Nizza sebagai adik angkat Zas sebab Luna cemburu kan..Luna kan tahu dia hanya adik angkat Zas...Zas tak rasa lagi perhubungan kita berterusan, mungkin..”

“Jangan Zas, Luna sayangkan Zas, Luna akan terangkan kenapa Luna bersama dengan Nizzam.”

“Jadi namanya Nizzam? Tak perlulah Luna, Zas dah tahu siapa dia, Zas betul-betul tak sangka Luna curang pada Zas, Zas ingat Luna berlainan dari perempuan lain. Zas benar-benar sayang Luna tetapi Luna sanggup tipu Zas. Zas tak mahu lagi perhubungan kita berterusan...mulai dari hari ini kita putus..”, kemudian Zasmond berlalu.

“Zas, zasmond...jangan tinggalkan Luna Zas..”, Luna memanggil Zasmond tetapi tidak dipedulikan. Luna mahu mengejar Zasmond tetapi bila Nizza berjalan bersamanya dia seperti putus asa kerana dia tahu Zasmond tidak akan mendengarnya kalau Nizza ada. Nizzam membawa Luna kembali duduk. Dia rasa bersalah kerana dia menjadi sebab mereka berpisah. Nizzam hanya mampu meminta maaf. Dia sebenarnya tidak suka melihat perempuan menangis dan dia betul-betul rasa kasihan pada Luna kerana disaat-saat Luna perlu memberikan tumpuan hal yang lebih penting, hal peribadi pula menekan jiwa. Luna tahu saat ini pasti akan muncul tetapi dia tidak menyangka Zasmond terus memutus hubungan padanya. Apapun dia tidak harus mengabaikan tanggungjawab yang harus dipikulnya. Walaupun rasa berat dan tertekan, dia tabahkan diri dan meneruskan perbincangan kerana mungkin lain hari tiada masa lagi untuk berbincang. Hari sabtu nanti mereka perlu teruskan perjuangan.

No comments:

Post a Comment