Sunday, August 2, 2009

Episod 22 - Hanya Kau di Hati

Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan bagi Luna. Dia mahu menumpukan sepenuhnya dalam pelajaran namun kadang kala hati pasti akan selalu diganggu dengan perasaan emosi kasih sayang jika sudah berpunya. Luna akui dia rindu selalu bersama Zasmond tetapi kerana akhir-akhir ni Zasmond semakin sibuk, hanya melalui telefon sajalah penghubung mereka.

Selepas menghabiskan kertas pertama, Luna berjalan sendirian ke kantin untuk membeli minuman. Dalam perjalanan itu dia bertemu Nizza dengan dua rakannya. Dia terus menyapa.

“Hi Nizza..”

“Oh..hi..sorang je?”

“Ya, kau nak ke..”

“Oh ya..befora that, ni kawan saya, Farah dan Syika..kawan-kawan nilah perempuan yang saya cakap tu, tak sedar diri dan perasan..”, Luna terdiam mendengar kata-kata Nizza.

“Biasa ja pun, kenapa Zasmond suka dia? Saya rasa Nizza lagi padan dengan Zasmond.”

“Iya lah, macam mana Zasmond tu boleh terpikat dengan dia? Entah-entah betul kau cakap Nizza, dia guna sesuatu supaya Zasmond suka dia.”

Luna terus berlalu mendengar kata-kata kawan-kawan Nizza, dia seperti tidak percaya Nizza memburukkannya depan kawa-kawannya. Apa sebenarnya niat Nizza? Dia mahu supaya saya lepaskan Zasmond? Dia mahu agar hubungannya dengan Zasmond putus? Lepas tu apa? Dia nak Zasmond suka dia? Luna tertanya-tanya dalam hati, dia benar-benar keliru dan rasa tertekan. Kalau pun dia beritahu Zasmond dia pasti tak kan percaya.

Malam itu, Luna termenung di atas katil, banyak yang dia fikirkan, sampai Isabell dan Suraya memanggil pun dia tak sedar.

“Eh..Luna, kau ok ke? Kenapa macam susah hati ni? Exam susah ke?”, tanya Isabell.

“Tak lah, saya ok..ok..”

“Luna, kalau ada masalah bagitahu kitorang mungkin dapat tolong.”

“Kau gaduh dengan Zasmond ke?”, tanya Suraya pula.

“Bukanlah..”

“Habis tu?”

“Entahlah, saya susah nak terangkan..”

“Senangkanlah..”, kata Isabell tersenyum.

“Hari ini saya jumpa Nizza dan kawan-kawannya, tapi Nizza macam cakap sesuatu yang buruk tentang saya pada diorang, hinggakan diorang kata saya ni bagi sesuatu pada Zasmond supaya dia suka saya, lepas tu Nizza kata saya ni tak sedar diri dan perasan. Saya tak tahu lah kenapa.”

“Diorang cakap macam tu? Nizza tu melampaulah, kau tak bagitahu Zasmond ke? Zasmond kena tahu perangai buruk Nizza tu.”

“Saya rasa itu akan memburukkan lagi keadaan, sebab Nizza baik depan dia, mesti dia tak percaya Nizza cakap sesuatu yang buruk pada saya.”

“Kalau macam tu, biar saya yang bagitahu.”

“Jangan..biarkan saja, saya tak mahu ganggu Zasmond, lagipun Nizza macam nak saya bergaduh dengan Zasmond sebab dia, saya tak mahu macam tu.”

“Tapi Luna, kalau dibiarkan perempuan tu pasti buat perkara melampau lagi.”

“Tak apa lah suraya, isabell, biarkan saja dia, korang bacalah nota, besok kan exam..”

Isabell dan suraya berpandangan lalu ke meja masing-masing membiarkan Luna di katilnya. Esoknya sebelum melangkah masuk ke dalam kuliah mengambil kertas kedua, dia ternampak Zasmond berjalan beriringan dengan Nizza. Hampir seminggu dia tidak dapat bersama dengan Zasmond kerana Zasmond kata dia sibuk minggu ni tapi kenapa dia ada masa dengan Nizza? Adakah dalam beberapa hari ini mereka sering berjumpa? Fikirannya makin celaru, adakah Zasmond berbohong atau perjumpaan mereka hanya kebetulan? Dia menjawab soalan peperiksaan dengan hati yang tidak tenang hinggakan dia rasa dia tidak menjawab dengan betul.

Malam itu Luna tidak langsung menyentuh bukunya, lagipula besok memang tiada kertas untuknya. Perubahan Luna sedikit merisaukan Isabell dan Suraya. Mereka ingin berbuat sesuatu tapi tidak tahu apa. Kalau mereka memberitahu Zasmond, Luna mungkin akan marah. Oleh kerana itu, mereka hanya membiarkan Luna menenangkan dirinya, pasti Luna tidak akan membiarkan dirinya merosot.

Hari berikutnya, pagi-pagi lagi sebelum ke kuliah, Luna menghantar mesej kepada Zasmond dan mengharapkan balasan yang sama. Selalunya bila berpasangan pasti ada saja perkataan sayang diucapkan sepertimana Isabell dan Suraya. Namun Zasmond tidak juga membalasnya walaupun kini dia berada di dewan kuliah. Hati Luna masih tetap percaya mungkin Zasmond benar-benar sibuk dan dia tak mungkin berbohong padanya. Tengahari itu selepas menghabiskan kertas ketiga, Luna mendapat mesej dari Zasmond untuk berjumpa malam ini. Dia sedikit berdebar apa yang akan mereka bualkan. Akan tetapi dia gembira kerana setelah seminggu akhirnya dia dapat berjumpa dengan kekasih hati.

* * *

Sementara itu, Zasmond yang sedang menghantar mesej pada Luna ketika itu berada di sebuah kedai untuk membelikan sesuatu pada Luna. Rupa-rupanya hari ini merupakan hari ulangtahun mereka bersama. Dia ke bandar bersama Justin. Setelah mereka balik dari bandar dan oleh kerana Justin ada kertas pada petang itu, dia menurunkan sahabat baiknya di perpustakaan. Sampai di perpustakaan Zasmond segera masuk ke dalam mencari tempat yang baik untuk mengulangkaji. Kalau dia balik ke asrama, belum tahu lagi dia dapat ulangkaji, selalunya godaan seperti katil menyebabkan otak tidak rajin berfungsi. Beberapa minit kemudian, dia disapa oleh Nizza.

“Hi..Zas, tak sangka jumpa kau di sini, hari ini tiada paper ke?”

“Eh Nizza..tak, besok baru ada, kau sorang ke?”

“Tak, dengan kawan-kawan, diorang ada di sana tu, kami tengah buat study group, saya ternampak Zasmond sorang-sorang.”

“Oh..saya malas nak balik bilik, pasti tak dapat belajar, hari ini Nizza tiada paper juga?”

“Tadi pagi ada, sekarang nak ulangkaji untuk besok..erm, Zasmond boleh saya tanya sesuatu?”

“Apa dia?”

“Malam ni Zas free tak, Nizza ingat nak ajak Zas makan malam, kali ini Nizza belanja, dah lama Nizza nak ajak Zas tapi tiada peluang nak cakap.”

“Malam ni tak boleh la Nizza, ada hal penting, lain kali la ok, saya bawa Luna sekali..”

“Luna? Kenapa dia mesti ada?”

“Kenapa?”

“Erm tak ada apa-apa lah, kalau malam ni tak boleh, tak apalah, lain kali saya ajak mesti dapat ok?”

“Ok...erm..pergilah study..”, Nizza berlalu dengan senyuman tetapi dengan perasaan geram. Pasti hal penting itu ialah Luna fikirnya. Zasmond pula tak tahu niat Nizza, yang pastinya malam ni khas untuk mereka berdua.

Malam itu selepas mandi, Luna mendapat mesej dari Zasmond yang mahu berjumpanya di kafe. Luna merasa sedikit berdebar, apakah Zasmond akan melukakan hatinya malam ini? Namun kerana ingin tahu juga dia setuju berjumpa dengannya dalam lima belas minit lagi. Dalam masa bersiap Isabell dan Suraya bertanya-tanya tujuan Luna bersiap seperti hendak keluar. Luna hanya mengatakan mahu berjumpa dengan kawan kelasnya untuk mendapatkan soalan ramalan untuk besok walaupun sebenarnya tidak ada.

Sampai di depan kafe, Luna tercari-cari kelibat Zasmond namun tidak ada, dia menunggu di depan kerana tidak tahu lagi ke mana harus dia berada. Beberapa minit kemudian Zasmond menyapa dari belakang. Luna agak terkejut tetapi rasa gembira kerana dapat berjumpa dengannya. Zasmond mengajak Luna mencari tempat yang paling hujung dan sementara Luna duduk, Zasmond membeli minuman kegemaran mereka.

“Luna betul tak mahu makan?”, tanya Zasmond lalu meletak minuman air bandung kegemaran Luna.

“Tak, Luna dah makan tadi, Zas makanlah.” Lalu Zasmond duduk berhadapan Luna.

“Zas sebenarnya tak lapar, bila tengok Luna lagi lah Zas tak lapar.”

“Zas ni ada je lah.” Lalu keduanya tersenyum.

“Luna, tau tak hari ni hari apa?”

“Hari apa?”

“Hari ni kan hari ulang tahun kita bersama, dah setahun kita bersama, tarikh nilah Luna terima Zas, ingat tak?”

“Iya lah, Luna betul-betul lupa, patutlah Zas ajak jumpa, minta maaf Luna lupa tapi Luna gembira sebab Zas ingat tarikh kita.”

“Mana boleh Zas lupa, tak apa, yang penting Luna sudi jumpa Zas.” Kemudian Zasmond mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu memberikan pada Luna.

“Apa ni?”

“Bukalah tengok.”

“Rantai, cantiknya, mana Zas beli, mahal ka? Luna tak beli apa-apa pun tuk Zas.”

“Zas tak minta apa-apa dari Luna. Suka tak?”

“Suka, buah rantai ni ada huruf L dan Z, mesti nama Luna dan nama Zas kan?”

“Ya, biar saya pakaikan...”, Zasmond memakaikan Luna rantai yang dibelinya pada leher Luna dan ia kelihatan cantik kerana warna emas putih sesuai dengan warna kulit Luna. Sementara mereka berbual-bual dan menikmati saat berdua, kelihatan dari jauh ada orang yang perhatikan mereka.

“Nizza, itu bukan Zas ke?”, Nizza dan kawan-kawannya yang sedang membeli makanan ternampak mereka. Nizza nampak begitu geram.

“Rupanya sebab Luna Zas tak tolak ajakan saya, tak apa tengok lah Luna apa yang akan saya lakukan.” Dengan geram mereka berlalu selepas membeli makanan. Pasti hari-hari berikutnya sukar bagi Luna tapi dalam hatinya hanya mengharapkan ada kepercayaan dan cinta yang kuat antara dia dan Zasmond.

No comments:

Post a Comment