Wednesday, August 5, 2009

Episod 23 - Hanya Kau di Hati

Setelah dua minggu menghabiskan kertas peperiksaan, Luna berasa agak lega kerana dia tidak perlu lagi fikirkan soal kertas peperiksaan dan apa yang perlu dibaca. Hanya tinggal dua hari lagi dia akan balik ke kampungnya untuk bercuti selama dua minggu. Dia sememangnya merindui ayah dan ibunya yang mengharapkan dia berjaya. Dia juga merindui adik perempuannya yang kini melanjutkan pelajaran di kolej perubatan dan mengambil bidang kejururawatan. Tak disangkanya adiknya yang merupakan seorant atlit di sekolah akan meminati bidang jururawat namun dia bersyukur kerana adiknya kini sudah boleh berdikari. Sedang dia mengemaskan barang-barangnya, Isabell dan Suraya yang masuk ke bilik membawa makanan malam mereka, Luna sebenarnya tidak lapar tetapi dia terasa hendak memakan makanan barat iaitu burger. Pastinya Isabell dan suraya yang belikan kerana mereka berdua ni selalu rajin berjalan dan pastinya berdua.

“Luna, ni burger yang kau nak, rasalah sedap.” Isabell memberikan bungkusan burger yang masih panas.

“Thanks, harganya Rm2 kan, ni duitnya..”, Luna menghulurkan duit pada Isabell tetapi ditolak olehnya.

“Tak apalah kitorang belanja, airnya mana Su?”, tanya Isabell pada suraya yang sedang membalas mesej.

“Kejap..ni dia, kau suka air bandung kan, minumlah, yang ni special untuk Luna, kitorang belanja..” kata suraya pula tersenyum. Luna berasa serba salah tetapi kerana kawan-kawannya yang mahu belanja dia terima juga.

“Korang ni plan nak belanja saya lah ni, terima kasih banyak-banyak sebab belanja Luna.” Lalu dia mula memakan makanannya. Ketika mereka sedang berbual itu juga, suraya ternampak rantai pada leher Luna.

“Cantiknya rantai Luna..”

“Mana?” tanya Isabell juga ingin tahu.

“Di leher dia lah, Luna kitorang tengk boleh?”, Luna lalu membuka rantainya dan memberikan pada suraya.

“Emas putih ni, siapa bagi?”

“Mestilah Zas kan, kau ni su tanya lagi, tengok ni buah rantai ada huruf L dan Z, dah sah nama mereka berdua.” Isabell memandang Luna yang tersenyum.

“Bila Zasmond bagi kau Luna?”

“Ingat tak malam yang saya cakap nak pergi jumpa kawan nak ambi kertas soalan? Malam tu sebenarnya saya nak jumpa Zasmond.”

“Oh..sekarang dah pandai soroklah ni..”, kata Isabell pula.

“Patutlah malam tu Luna wangi, nak jumpa buah hati..” kata suraya pula sambil memandang isabell.

“Lah korang janganlan marah, saya malu nak bagitahu korang yang saya nak jumpa Zasmond, saya cakaplah jumpa kawan.” Kata Luna seperti memujuk.

“Kitorang tak marah lah, main-main je, Zasmond ni pandai juga dia ambi hati kau kan...pakai rantai ni baik-baik, tanda kasih sayang ni..”, Suraya memberikan kembali rantai pada Luna dan dia memakainya.

Mereka berbual panjang malam itu kerana Isabell akan balik esoknya, suraya pula hari yang seterusnya. Hanya Luna yang selalu akan balik lewat dari mereka.

* * *

Tiba gilirannya balik kampung, Luna dihantar oleh Zasmond ke stesen bas, selalunya dia akan minta tolong Justin tetapi oleh kerana Justin sudah balik bersama teman istimewanya, dia dan Luna hanya menaiki bas ke sana. Zasmond sebenarnya boleh memandu tetapi belum mempunyai lesen memandu. Semasa cuti inilah Zasmond mahu mendapatkan lesen dan berharap akan mendapat lesen dua bulan lagi. Sambil melambai tanda ucapan tinggal, kedua-duanya berharap akan bertemu lagi di semester akhir nanti dalam dua minggu lagi. Sementara itu, Nizza yang mengetahui Zasmond tidak balik ke rumah semasa cuti semester merasa gembira, kerana pasti dia ada peluang bersama Zasmond firkirnya.

Semasa turun untuk membeli makan malam, Nizza ternampak Zasmond juga sedang membeli makanan.

“Hi Zas, kau tak balik kampung ke?”, tanyanya memulakan perbualan.

“Eh Nizza, Zas yang patut tanya kenapa tak balik rumah? Saya biasalah memang selalu tak balik, time cuti nilah saya banyak kursus kepimpinan.”

“O..saya malas nak balik sebab tiada siapa dekat rumah, ayah ibu kata mereka sekarang di Singapura, ayah ada seminar.” Katanya seperti meluahkan perasaan. Zasmond tahu Nizza anak tunggal sebab itu juga semasa mereka di sekolah dahulu, Nizza menjadikannya abang angkat. Dia pernah sekali berkunjung ke rumah Nizza semasa bercuti di rumah pakcik saudaranya. Itupun sebab Nizza yang mengajaknya ke rumah berjumpa ibu bapanya.

“Nizza sorang ke atau dengan kawan?”

“Sorang, kenapa?”

“Kalau macam tu jomlah makan dengan Zas, tapi saya tak dapat nak belanja Nizza sebab Zas dah beli makanan.”

“Tak kisah lah, kita kebetulan juga jumpa kan, Zas duduk mana?”

“Hujung sana tu, jomlah.” Zasmond mengajak Nizza duduk bersamanya, mereka duduk berhadapan. Sambil berbual hal pelajaran dan isu-isu pelajar, timbul keinginan di hati Nizza bertanya tentang perempuan yang disukai Zasmond.

“Zas, boleh saya tanya, kenapa Zas suka pada Luna?”

“Kenapa tanya macam tu? Zas pun sebenarnya tak tahu, ada sesuatu tentang Luna yang membuatkan hati Zas selalu mahu mendekati Luna.”

“Apa kurangnya Nizza? Tak, maksud saya kan kita pernah bersama, Zas tak rasa kah ada sesuatu pada Nizza seperti Zas rasa pada Luna?”

“Nizza, kau memang baik, sporting, open and caring tapi Zas hanya anggap Nizza adik angkat Zas lagipun kan dulu Nizza juga harap tiada cinta antara kita.”

“Iya..ya..lupakanlah, so Zas kenal la siapa Luna? Maksud saya, kita kan kenalah tahu hati budi dulu barulah nak berpasangan kan..”, Nizza mengawal perkataannya agar Zas tidak rasa hairan dengan pertanyaannya. Tapi Zasmond sebenarnya tidak merasa pun Nizza ada niat jahat malah dia merasa gembira jika Nizza ingin tahu tentang Luna.

“Dah setahun kami berkawan, banyak jugalah saya tahu tentang Luna, tapi kadang-kadang susah juga mahu memahami Luna tu sebab dia suka sangat pendam perasaan, dia suka selesaikan hal sendiri dan kadang-kadang Luna berfikiran negatif. Tapi banyak benda saya suka tentang Luna.”

“Ada tak dia cakap apa-apa tentang Nizza?”

“Tak pernah, sekali jelah itupun diawal korang jumpa, dia ingat kita dulu pasangan kekasih..”, Zasmond tersenyum dengan katanya, dia tak fikir Luna akan berkata begitu.

“Ye ke? Memang tak patut, kita kan hanya kawan..”, kata Nizza pula berpura-pura melebarkan senyuman tetapi dalam hati ada perasaan geram.

“Jadi selama ni Zas tak tahu yang Luna tu benci Nizza?”, tanyanya lagi lalu Zasmond memandang serius pada Nizza.

“Kenapa pula Luna benci Nizza?”

“Tak tahu mungkin dia takut kita akan menjadi pasangan kekasih seperti yang dia fikir.”

“Mengarutlah, kau ni Nizza jangan lah berfikiran negatif macam dia juga.”

“Zas, kau tak tahu, setiap kali kami terserempak, Luna selalu kata dia benci saya, kan Zas pernah nampak dia pernah halau saya.”

“Waktu tu dia badmud, tak mungkinlah, kalaupun dia benci Nizza, kenapa Nizza tak ambi hati dia?”

“Nizza dah cuba tapi dia tak nak terima, tapi Nizza tak kisah, Nizza tak benci dia juga, Nizza akan cuba berbaik lagi pada dia..”

“Terima kasih, saya akan nasihatkan dia untuk berbaik pada Nizza, jangan risau, dah hampir jam9 ni, jomlah balik, nanti ada masa kita makan bersama.”

Nizza berasa gembira, dia dapat juga mempengaruhi Zasmond untuk percaya padanya. Rancangannya untuk memisahkan mereka dan mendapatkan Zasmond pasti akan berjaya. Zasmond berasa sedikit hairan kenapa Nizza kata Luna benci dia, tapi dia tidak menghiraukannya, apa pun dia akan pastikan tiada perkara buruk berlaku.

Dalam masa dua minggu inilah Zasmond belajar dan mendapatkan lesen memandu yang sah. Kadang-kadang Nizza mengajaknya keluar tetapi memandangkan dia merindui Luna, dia tak mahu berlaku curang walaupun dia keluar dengan Nizza hanya sebagai kawan. Luna merasa geram juga tetapi dia tidak akan memaksa Zasmond kalau dia tidak mahu keluar berdua kerana dia takut rancangannya akan diketahui oleh Zasmond. Tetapi makan malam mereka selalu terserempak dan makan bersama.

No comments:

Post a Comment