Thursday, August 6, 2009

Episod 24 - Hanya Kau di Hati

Selepas bercuti dua minggu Luna, Isabell dan Suraya bertemu semula di asrama mereka yang nampak berhabuk mungkin kerana cuaca yang panas. Sambil mengemas semula almari dan katil mereka bercerita.

“Luna, saya dengar Zasmond dah dapat lesen memandu, betul ka?” tanya Isabell

“Ai, macam mana korang tahu?”

“Kitorang ada spy...”, balasnya tetapi sebenarnya dia tahu dari Justin yang kebetulan mereka terjumpa semasa menaiki bas ke universiti.

“Yela tu, ya memang dia dah dapat, tapi tak ada kereta dia nak pandu.”

“Sewalah macam Justin, saya rasakan bel, tak lama lagi kawan kita ni mungkin akan selalu keluar dengan teman lelakinya...”, Suraya berjenaka, dan seketika itu juga mereka tertawa termasuk Luna yang merasa agak lucu.

“Pandailah, mana ada, saya rasa dia tiada masa lah nak bawa saya jalan-jalan, dia kan banyak meeting.” Terang Luna seperti kata-katanya itu akan jadi benar.

“Kalau saya jadi Luna, saya akan selalu bawa ‘boyfriend’ saya jalan-jalan sebab dekat, bukan macam saya ni, si dia jauh di sarawak...” kata Isabell pula merasa Luna bertuah.

“Patutnya korang bersyukur tau sebab walaupun ‘boyfriend’ korang jauh, mereka setia dan tunggu korang, saya tak tahu lah..”, Luna tak sedar yang kata-katanya akan menghairankan kawan baiknya.

“Kenapa Luna cakap macam tu? Zasmond curang ke?”

“Tak lah, saya cakap ja, dijauhkanlah...”, kata Luna kemudian berselindung. Tetapi memang benar dia takut jika Zasmond berubah hati dan jatuh hati pula pada adik angkatnya namun dia berharap Zasmond bukan seperti itu.

“Kau ni Luna, tak baik cakap macam tu nanti betul-betul terjadi, dijauhkan...”

“Ya betul tu..dijauhkan..”, kata suraya mengulangi ayat mereka dan itu membuatkan mereka tertawa lagi. Selepas berkemas, mereka bersiap untuk makan malam dan memulakan semester baru mulai dari esok.

Esoknya ketiga-tiga mereka ke sekolah masing-masing untuk melihat jadual kuliah. Mereka tidak lagi dapat selalu bersama semasa kuliah tapi kerana satu bilik mereka tidak merasa itu adalah penghalang kepada keakraban mereka. Selepas kuliah pagi itu, Luna sudah tidak sabar berjumpa dengan Zasmond. Mereka berjanji akan makan tengahari bersama. Luna menuju ke kafe biasa dan mendapati Zasmond sudah menunggunya.

“Hi Zas, lama tunggu? Sorry kalau Luna lambat.”

“It’s ok, sebenarnya Zas yang awal, rindu kat buah hati Zas yang ada di depan ni..”, katanya memandang Luna dan menyebabkan Luna tunduk malu.

“Zas ni, ada ja la, jomlah pilih makanan..”

“Zas dah pilih, mesti Luna suka, kejap lagi sampai lah tu..kejap ya, Zas ambilkan minuman..”, kebetulan itu juga makanan mereka sampai dan Luna merasakan Zasmond makin tahu tentang kegemarannya.

“Hah, dah sampai pun, ni minuman Luna, jom kita makan...”, kata Zas lalu meletakkan minuman mereka di atas meja.

“Thank you untuk semua ni..ini mesti ada balasan kan..”, tanya Luna menduga..

“Mestilah ada, tunggu nanti malam lah Zas mesej, sekarang tak boleh, nanti orang dengar..makan lah.”

Luna hanya tersenyum, dia berasa bahagia bersama Zas dan dia harap Zasmond juga bahagia bersamanya. Mereka berbual sambil menghabiskan makanan mereka. Semasa mereka makan, ada mata lain yang melihat mereka, nampaknya mata ini berasa betul-betul cemburu. Kegembiraan mereka menjadi kegeraman Nizza. Namun dia akan tunggu masa yang sesuai untuk bertindak jahat.

Hari seterusnya, semasa kuliah undang-undang, dengan sebulat suara, Luna akan dipilih untuk menyertai Pertandingan Pidato Keadilan Peringkat Universiti untuk kategori perempuan manakala kategori lelaki adalah Nizzam yang juga kawan Luna. Pertandingan itu akan diadakan dalam tiga minggu dari sekarang dan diadakan di Kuala Lumpur.

Kerana berita baik ini, dia mahu berjumpa dengan Zasmond untuk memberi kejutan akan penyertaannya. Namun semasa menunggu Zasmond di tempat biasa, dia melihat Nizza ada bersamanya. Dia berasa kurang senang dengan kehadiran Nizza bukan kerana dia benci tetapi dai takut.

“Hi Luna, sorry Zas lambat, tadi terserempak dengan Nizza, Zas bawa dia sekali makan dengan kita, Luna ok kan?”

“Ya, apa salahnya, duduklah Nizza..”

Nizza duduk disebelah Zasmond membuatkan Luna berasa tergugat. Zasmond pula tidak kisah kerana dia dan Luna memang duduk berhadapan. Nizza senyum pada Luna tetapi kemudian menjeling. Luna tidak ambil peduli sebaliknya melayan dia seperti biasa.

“Korang tunggu ya, biar Zas yang ambil makanan, Luna macam biasa kan, Nizza nak makan apa?”

“Macam biasa lah..”, dia sengaja berkata seperti itu agar Luna fikir dia dan Zasmond selalu makan bersama.

“Macam biasa?”, Zasmond bertanya kerana dia tidak tahu pun kegemaran Nizza.

“Makanan yang Nizza makan selalu bila kita makan bersama time cuti..”

“O ya..ok korang tunggu ya...”, Zasmond berlalu meninggalkan tanda tanya yang ada di kepala Luna. Tetapi dia buat seperti biasa.

“Erm Nizza tak balik cuti ka minggu lalu?”, Luna bertanya untuk memulakan perbualan.

“Tak, banyak keja, lagipun Zasmond ada jaga Nizza.” Sengaja Nizza berkata itu. Tetapi Luna tidak bertanya lagi.

“Apalah yang buatkan Zasmond ni terpikat kat kau..”, Luna tergamam Nizza berkata itu tetapi dia berpura-pura mencari kelibat Zasmond.

“Mungkin sebab kau ni cepat percaya dan senang dipermainkan tak..”, Nizza berkata lagi.

“Nizza, saya tak mahu bergaduh, boleh tak kita diam saja?”, Luna mula memberani mempertahankan diri.

“Wah, dah pandai menepis kata-kata Nizza, bagus itu persaingan yang hebat tapi tak cukup menakutkan saya.”

Luna membiarkan saja Nizza dengan kata-katanya dan memandang Zasmond yang sedang berjalan ke arah mereka dengan minuman manakala seorang pekerja membawakan makanan mereka.

“Zas, lupa kah, minuman kegemaran Nizza kan jus..”, Nizza bermanja-manja depan Zasmond membuatkan Luna geram dalam hati.

“O ya terlupa la, erm Luna, boleh tak sekali ni Luna cuba air laici ni, sedap..”, Zasmond memandang Luna.

“Ya, boleh, saya kan boleh minum air apa saja..”, kata Luna lalu dia memberikan jus itu pada Nizza yang tersenyum puas tanpa disedari oleh Zasmond. Hanya Luna sahaja yang tahu niat Nizza.

“Ok lah, jom kita makan...”, ajak Zasmond lalu mereka makan. Walaupun Nizza duduk di sebelah Zasmond, namun pandangannya tetap pada Luna yang duduk didepannya, sekali sekala mereka berdua berbual membuatkan Nizza tak puas hati dan sekali sekala itu juga Nizza menyampuk tetapi hanya bercakap pada Zasmond. Pada mulanya, Luna berniat untuk memberitahu Zasmond yang dia terpilih mewakili pertandingan pidato tetapi oleh kerana kehadiran Nizza, dia memutuskan untuk memberitahu Zasmond pada masa yang sesuai.

Selesai makan tu, mereka beredar dari situ. Mulanya Luna mahu mengajak Zasmond ke perpustakaan tetapi cepat-cepat Nizza menyatakan niat mahu Zasmond temankan dia ke pusat pelajar untuk mengurus hal kewangaannya yang disekat. Zasmond berbelah bahagi kerana dia juga mahu meluangkan masa bersama Luna tetapi kerana berjanji mahu mengurus apa sahaja masalah Nizza dia jadi keliru.

“Tak apa Zas, saya ok, Zas uruskan dulu masalah Nizza ya..”, katanya lalu terpandang Nizza yang menjeling ke arahnya.

“Betul Luna ok? Nanti lepas urusan Nizza selesai, Zas cari Luna ok..”,katanya lalu mereka berdua berlalu meninggalkan Luna. Oleh kerana seperti tidak bersemangat ke perpustakaan, Luna balik terus ke asramanya tanpa pengetahuan Zasmond.

No comments:

Post a Comment