Sunday, August 9, 2009

Episod 25 - Hanya Kau di Hati

“Luna, awak dan Nizam tunggu sebentar ya, ada perkara penting saya nak sampaikan.” Kata Mdm Munira, semasa melihat Luna yang mengikuti jejak pelajar-pelajar yang lain keluar setelah kuliah selesai. Luna tahu pasti Mdm Munira mahu memastikan dia dan Nizzam bersetuju berkerjasama dalam pertandingan itu namun Luna masih merasa ragu-ragu samada mahu pergi atau tidak kerana dia belum memberitahu pada Zasmond.

“Luna..Luna..”, Mdm Munira memanggil Luna lalu Nizzam mencuit bahu Luna kerana menyedari Luna tidak memberi perhatian akan apa yang disampaikan Mdm Munira.

“Erm..minta maaf Mdm, saya tak sedar...”

“Luna, sebagai seorang yang bakal menjadi perhatian masyarakat dan mahu membela nasib yang tidak bersalah, awak tidak seharusnya berfikiran jauh, nanti keinginan awak menjadi peguam tak tercapai.”

Luna hanya mengangguk lalu memandang Nizzam yang tersenggih.

“Nizzam, awak dan Luna harus bekerjasama dalam perkara ini, kamu berdua mesti bersetuju pada perkara yang sama untuk sesuatu keputusan tetapi keputusan haruslah berdasarkan hujah yang bernas. Oleh itu, dalam beberapa hari ni, kamu berdua kenalah banyak meluangkan masa berbincang pada beberapa tajuk yang mungkin akan dikeluarkan. Luna, awak harus berhati-hati dalam mengawal emosi, tidak semestinya hanya perempuan yang harus dibela. Apa pun itu terserah pada kamu, kalau saya dapat pergi, saya akan bantu kamu dalam memberi idea. Itu sajalah, kamu berdua boleh pergi.”

Luna berjalan malas keluar kuliah diikuti Nizzam lalu Nizzam menyapa dan bertanya kelakuan Luna yang akhir-akhir ni banyak termenung.

“Luna, awak free tak sekarang?”, tanya Nizzam tetapi Luna tidak bersuara.

“Luna..”, sekali lagi Nizam memanggil Luna yang tidak memberi tumpuan, seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Kenapa Nizzam?”

“Kenapa? Luna, saya yang patut tanya awak ni kenapa? Ada masalah ke atau putus cinta?”

“Tak ada apa-apalah, awak ni..apa awak nak tanya tadi?”

“Awak ada ke mana-mana tak sekarang? Kalau tak ada jom pergi library kita bincang pasal contoh situasi ni.”

“Erm..ok, saya tak ada apa-apa lagi nak buat..”, kata Luna lalu mereka berdua berjalan beriringan ke library.

Sampai di tingkat 1, mereka mula mencari buku yang berkaitan undang-undang dan peraturan pembelaan. Semasa mereka sedang mencari buku, ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka dari jauh. Luna tidak menyedari kemesraan mereka disalaherti dan ini menjadi bukti bagi Nizza untuk merenggangkan hubungan dia dan Zasmond. Bagi Luna, dia dan Nizzam perlu ada sefahaman terutamanya bagi pertandingan yang memerlukan kerjasama mereka berdua tetapi dia tahu batas pergaulannya dengan lelaki lain lagipula Nizzam adalah satu-satunya lelaki yang rapat dengannya dalam kuliah. Bukan bererti mereka tertarik antara satu sama lain tetapi terikat kerana kursus mereka yang sama. Oleh sebab itu dia mahu memberitahu pada Zasmond tetapi tidak berkesempatan.

Kebetulan semasa Nizza dan kumpulan perbincangannya mahu beredar, Nizza ternampak Zasmond dan dua rakannya yang berjalan dari arah belakang. Dia memanggil Zasmond dan menyapanya dengan baik.

“Hai Zas...”

“Oh Nizza..Adie, korang cari tempat dulu la k..Nizza erm..pasal semalam tu sorri la, saya tak ada kredit nak balas, busy sikit, tak ada masa nak turun beli relod.”

“It’s ok, Nizza faham...erm, Zas, ada nampak Luna hari ini?”

“Zas belum jumpa dia lagi, ingat nak ajak dia makan tengahari tapi tak sempat, kenapa? Nizza nak jumpa dia?”

“Bukan, saya nak bagitahu Zas ni, Zas rasa yang duduk dekat sana tu, Luna ka?”

“Mana?”

“Dia duduk dengan lelaki berbaju biru, nampak tak? Mereka nampak mesra semacam je..”

“Ya itu Luna tapi mereka nampak serius saya tengok, mungkin mereka sedang berbincang.”

“Zas, mana ada berbincang berdua? Kalau ada pun kenapa mesti lelaki? Zas kena hati-hati, mana tahu Luna tu bermain kayu tiga dengan Zas...”

“Isk...tak mungkin la...”, Zas seperti termakan dengan kata-kata Nizza tetapi dia tahu tak mungkin Luna berlaku curang dengannya. Kemudian Nizza berkata lagi membuatkan kata-kata Nizza masuk akal.

“Zas, Nizza bukan bermaksud masuk campur lagipun Nizza tahu pasti Luna kata Nizza yang meracuni akal Zas tapi Zas kena tanya Luna betul-betul. Ok la Zas Nizza kena pergi ni. Fikir betul-betul.”

Nizza berlalu meninggalkan Zasmond yang keliru. Dia terduduk di situ memandang mereka. Sekali sekala mereka berdua memang nampak mesra tetapi sebenarnya Luna tertawa dengan sifat lucu Nizzam. Nizzam memang pandai ambil hati dengan jenakanya tetapi itu tidak bermaksud Luna ada hati dengannya. Lagipun Nizzam mesra dengan sesiapa sahaja. Beberapa minit kemudian Zasmond mendapatkan kawan-kawannya. Dia mahu melupakan soal Luna, dia tak percaya Luna akan berlaku curang padanya tetapi kata-kata Nizza seperti ada benarnya. Dia menjadi keliru dengan siapa yang betul dan siapa yang salah, apa yang pasti dia mahukan kebenaran dari Luna.

No comments:

Post a Comment