Sunday, August 9, 2009

Episod 26 - Hanya Kau di Hati

Hari sabtu selalunya Luna akan keluar dengan Zasmond tetapi tidak ada pun ajakan Zasmond, malah mesej yang dihantarnya semalam belum dibalas lagi. Mungkin Zasmond sibuk hari ini fikir Luna lalu dia duduk di mejanya melihat jadual dan ‘to-do-list’ yang dibuatnya semalam. Suraya dan Isabell masih lena di katil kerana jam sebenarnya baru menunjukkan jam6.15 pagi. Kemudian dia terdengar suara Suraya yang terjaga.

“Dah jam berapa ni Luna?”, tanya Suraya yang hampir-hampir tidak dapat membuka matanya kerana masih mengantuk.

“Baru jam6.30, sambunglah tidur kalau mengantuk lagi.” Katanya lalu tersenyum melihat gelagat suraya.

“Awalnya kau bangun..”, lalu suraya tidur semula.

Luna sebenarnya tidak dapat tidur dari semalam. Dia banyak memikirkan hubungannya dengan Zasmond. Dia merasa seperti Zasmond tidak melayannya lagi tetapi dia masih berfikiran postif untuk sesetengah perkara memandangkan Zasmond adalah pemimpin untuk beberapa persatuan malah dia adalah presiden pelajar di universiti ini. Apa pun tanggapannya terhadap Zasmond, hanya lelaki itu berada dalam hatinya.

* * *

Sementara itu Zasmond yang baru terjaga seperti malas mahu meninggalkan katilnya. Mesej yang dihantar Luna semalam tidak dibalasnya. Dia rasa sangat keliru dan tertanya-tanya. Benarkah apa yang disampaikan Nizza berkenaan Luna? Benarkah Luna mula bermain kayu tiga di belakangnya? Kenapa mesti dia bersama dengan lelaki lain? Tanggapannya mereka hanya sedang dalam perbincangan tetapi bila difikirkan ada betul juga kata-kata Nizza. Makin difikirnya makin dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

“Hei..dah bangun pun...apasal ni, tiada semangat, tak pergi mana-mana kah?”, kehadiran Justin sedikit melupakan hal Luna dalam fikirannya. Justin yang baru balik dari berjongging terduduk di bawah lantai berhampiran katilnya kerana merasa penat.

“Baru bangun la..tak tahu lagi, kenapa tanya? Nak ikut?”

“Isk..mana boleh saya kacau daun kalau kau nak keluar dengan Luna..”, katanya tersenggih menampakkan giginya yang putih.

“Saya tak keluar dengan Luna hari ini...”

“Habis tu kau nak keluar dengan siapa?”

“Tak ada siapa-siapa, saya rasa malas nak pergi mana-mana lagipun banyak kertas kerja perlu disiapkan.” Terang Zasmond seperti menyembunyikan sesuatu dari Justin.

“Macam lain je bunyi, kau gaduh dengan Luna ke? Selalu kau tak sabar nak keluar dengan dia hujung minggu.”

“Tak lah, dia pun kata ada banyak kerja nak buat hari ini.”

“Oh..ok lah, saya nak pergi mandi sebab saya nak keluar hari ini...”, Justin berdiri mengambil tualanya lalu ke bilik air, Zasmond hanya memandang dengan mata tetapi fikiran yang jauh, dia sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukannya, kertas kerja yang perlu dibuat hanya satu. Mungkin dia patut tenangkan fikiran buat sementara waktu.

* * *

“Luna betul ke kau tak nak ikut kitorang pergi tengok wayang?”, tanya suraya yang sedang memilih pakaian yang patut dipakainya.

“Saya tak rasa nak pergilah, korang jangan pedulikan saya, saya ok..”

“Luna, kau ok ke? Macam ada sesuatu yang tak kena, kau dengan Zasmond ok? Selalu kau keluar dengan dia.” Isabell mendekati Luna yang bersandar di atas katil.

“Ok..ok..dia sibuk sikit hari ini, lagipun Luna pun banyak kerja nak buat, taulah saya akan mewakili sekolah ke pertandingan nanti kan..”

“Saya lupa nak tanya pasal tu, bila pertandingan tu?”

“23hb ni...”

“Maknanya ada lebih kurang 9hari lagi lah..”

“Yap..tapi kami bertolak petang sabtu sebab ada taklimat lagi hari esoknya..”

“Oh...wah bestnya kau dapat jalan lagi kan..”

“Kalau ada masa, belilah ole-ole untuk kitorang..”, kata Isabell pula, mereka berdua tersenyum.

“Ya, saya takkan lupa korang, beli gula-gula pun kira oklah kan...”,kata Luna bergurau.

“Bolehlah, yang penting ia tak ada dekat sini..”

“Kau ni, susahkan orang je, cepatlah kita dah lambat ni..”

“Bye Luna, kalau nak minta beli apa-apa mesej ya..”

“Ok..enjoy...”, setelah rakan-rakannya hilang dari pandangan mata, Luna mengeluh, dia bercadang berbaring di atas katil, namun terasa bosan kemudian, dia duduk di mejanya, juga seperti ada sesuatu yang tak kena. Luna melihat handphonenya, tiada apa-apa pesanan mahupun panggilan tak berjawab. Dia tertanya-tanya dalam hati kenapa sampai sekarang Zasmond tidak membalas mesejnya. Perlahan-lahan dia menaip sesuatu kemudian menghantar mesej itu pada Zasmond.

* * *

Zasmond yang baru lepas mandi terdengar handphonenya berbunyi. Dia mengambil handphone itu kemudian duduk di atas katil.

“Zas ok? Kenapa tak balas mesej Luna, Zas sakit?”

“Zas, ok, sori, semalam tidur awal, penat, sekarang ni Zas tengah bersiap nak pergi meeting, nanti malam ada masa Zas mesej Luna k..”

Zasmond mula rasa bersalah kerana berbohong pada Luna. Tetapi buat masa ini dia seperti belum bersedia berjumpa dengan Luna. Kemudian dia meletak handphonenya di atas katil sementara dia mencari sesuatu untuk dipakai. Lima minit kemudian dia terdengar lagi mesej masuk, dia fikir Luna tapi sebenarnya bukan.

“Hi..Zas, awak busy tak? Nizza nak minta tolong Zas ni..”

“Taklah, apa dia?”

“Susahlah nak cakap, kita jumpa boleh?”

“Dekat mana?”

“Perpustakaan...kita jumpa dalam sejam dari sekarang.

“Ok.”

Zasmond bersiap-siap berjumpa dengan Nizza, dia rasa tidak keberatan pula berjumpa dengan gadis itu.

* * *

Luna yang masih lagi menatap mesej Zasmond berasa tidak senang hati. Tapi apa pun dia gembira kerana Zasmond membalas mesejnya.

No comments:

Post a Comment