Thursday, July 9, 2009

Episod 13 - Hanya Kau di Hati

Sudah dua minggu berlalu sejak ketiadaan Luna. Suraya dan Isabell sudah dapat membiasakan diri dengan hanya mereka berdua dalam rutin harian. Mereka sebenarnya makin sibuk kerana sudah banyak ‘assignment’ dan projek yang perlu dilakukan. Peperiksaan akhir hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Mereka perlu mengumpul banyak ‘point’ untuk naik ke tahun 2. Bila tahun akhir nanti akan rasa sedikit lega kerana ‘pointer’ tahun 1 dan 2 sudah banyak membantu untuk menaikkan ‘pointer’ akhir kerana mereka tahu subjek tahun akhir pasti akan lebih sukar bagi mereka.

Petang sabtu, Suraya dan Isabell bercadang mahu bersukan. Semasa sedang berlari di balapan, mereka bertemu dengan Justin yang kebetulan sedang membetulkan tali kasutnya.

“Hi Justin...sorang saja kah?”, sapa Suraya selepas melihat Justin di tepi balapan.

“Hi..suraya, hi..Isabell...rajin hari ini...ya hari ini saya sorang saja...”

“Rajin nak hilangkan ‘stress’ ni...kasut baru nampak, bila beli?”

“Mana ada baru, saya cuci lah, nampak barukah hehe...”

“Kau cuci? Rajinnya..o ya mana Zasmond? Dia tak turun?”

“Kenapa cari Zasmond? Saya kan ada, kenapa nak minta tolong?”, tanya Justin sambil tersenyum kambing.

“Saja tanya pasal dia...dia ok kah sejak Luna ke kanada? Dia tak mengigau malam2 hehe...”

“Zasmond? Saya rasa biasa je, tapi dia selalu nampak happy sikit la dari dulu, mungkin sebab surat yang Luna bagi dia..”

“Ye tak ya juga, Luna ada bagi surat, ko tak curi2 baca ka surat tu? Apa Luna tulis?”

“Saya nak juga baca tapi tak tau lah mana Zasmond sorok, sebab sya dah cuba cari sekali je lah tapi tak jumpa, bila sya tanya apa isi surat tu, dia hanya cakap lain kali kau tau juga..saya pun malas la nak tanya...”

“Pandai juga Zasmond berahsia hehe...Ok la Justin, kitorang nak ‘jog’ dulu la..bye, besok jumpa time kuliah...”

“Ok..bye...”

* * *

Malam tu, Isabell membuka internet, dia memeriksa kalau-kalau Luna menghantar e-mail, ternyata e-mailnya sudah dibalas. Dia mengajak Suraya membaca e-mail Luna.

“Hi..gurlz, i’m here, sorry for not replay ur e-mail early, i’m a little busy, baru sekarang saya dapat balas sebab banyak sangat hal perlu diuruskan, now i have learn to speaking, u know, susah nak faham loghat orang putih kat sini, mulanya saya tiada kawan, seminggu kemudian saya bertemu dengan dua kawan Malaysia, tapi bukan sekuliah dengan saya, tapi saya syukur juga sebab saya dapat kawan sebilik yang baik, her name is Michella Hogen, mix american, ibu dia orang kulit hitam, ayah dia orang British, dia selalu bantu saya if anything happen and dia selalu bawa saya jumpa family dia...just that, dia jenis yang sosial, tapi nasib baik dia faham kita orang Malaysia, dia tak pernah bawa kawan lelaki balik bilik. My study here getting hard because of full english tapi i try to concentrate so that i can survive, scholarships cukup-cukup belanja jugalah, makan pun saya tak banyak sebab tak sedap macam kat Malaysia hehe..korang apa khabar? Everything ok? I began to miss u all walaupun baru 3minggu di sini...apa pun saya akan cuba bertahan dan buat yang terbaik..u all take care ok..bye...”

“Saya pun rindu dengan Luna, harap-harap dia ok..”, kata Isabell selepas habis membaca e-mail yang dikirim oleh Luna.

“Don’t worry bel, she will be fine, kita doa saja dia ok, kalau kau nak balas e-mail dia, cakap saya pun rindu tau, n take care juga..”, kata Suraya lalu menjawa panggilan yang diterimanya. Isabell lalu membalas e-mail Luna dan menutup internet. Dia kemudian membuat ‘assignment’ yang perlu dihantar minggu ini.

* * *

Jam sudah menunjukkan jam1 pagi, tetapi mata Zasmond belum mahu terlelap lagi. Dia teringat surat Luna, sudah 2kali dibacanya. Dia mengambil surat itu lagi selepas dia benar-benar pasti Justin sudah tidur dengan lena. Dia membuka surat itu lalu membacanya sekali lagi.

Zasmond,

Luna harap surat ini tidak mengganggu Zas, sebetulnya Luna segan untuk menulis surat ini tapi Luna harus berterus terang dengan Zas. Sebelum itu, Luna minta maaf kalau perjumpaan kita sebelum ini mengecewakan Zas, tapi itu bukan maksud Luna sebenar. Luna sebenarnya sedar Zas mempunyai perasaan terhadap Luna dari awal tapi Luna mengharapkan perasaan Zas itu sementara. Bukan Luna tidak mahu menerima Zas dalam hidup Luna, sebetulnya Luna gembira kerana masih ada lagi lelaki lain mahu mendekati Luna. Tetapi seperti yang Luna pernah beritahu, Luna takut Zas akan berubah hati. Luna tidak mengharapakan yang indah-indah dalam percintaan Luna tetapi Luna berharap sangat akan ada seseorang yang mencintai dan menerima Luna seadanya dan lebih-lebih lagi menghargai Luna dalam hidupnya.

Zasmond,

Luna sebenarnya sukakan Zas, dari awal pertemuan Luna mula rasa Zas lelaki yang baik dan penyabar. Tetapi perasaan suka itu Luna padamkan dalam hati, sebab Luna takut. Zas, kalau Zas bertemu dengan perempuan yang lebih baik dari Luna, terima lah dia tetapi jika Zas masih mahu menerima Luna selepas enam bulan, berilah Luna petanda. Luna sebenarnya ada tujuan pergi kanada sebab mahu melihat sejauh mana perasaan kita terhadap satu sama lain. Luna harap Zas faham maksud Luna, dan berharap persahabatan kita akan tetap ada biarpun Zas sudah berpunya nanti. Luna tidak mengharapkan sesuatu dari Zas, tetapi biarlah masa dan takdir-Nya menentukan. Itu saja dari Luna, semoga Zasmond mendapat jawapan dari Luna. Dan jaga diri baik-baik.

Ikhlas dari Luna...

Zasmond melipat kembali surat tersebut lalu menyimpannya dalam buku harian. Setiap kali dia membaca surat itu , dia merasakan Luna memberi harapan padanya. Dia juga akan berdoa agar masa dan takdir-Nya, dia bertemu semula dengan gadis itu. Baginya sudah terjawab, hanya Luna dalam hatinya. Dia menuju ke katilnya dan melelapkan mata.

No comments:

Post a Comment