Friday, July 24, 2009

Episod 19 - Hanya Kau di Hati

Semasa berjalan menuju ke kantin Nizza ternampak Zasmond juga hendak menuju ke kantin. Kebetulan dia keseorangan kerana Justin kena berjumpa dengan pensyarah am. Nizza segera mendapatkan Zasmond yang berjalan agak laju.

“Zas...hi...kau nak ke kantin ke?”

“Eh Nizza, ya, jomlah join makan dengan kami.”

“Kami? Siapa lagi?”

“Luna dengan kawan-kawannya..”, Nizza memandang sekilas ke arah kantin dan ternampak Luna. Dia rasa seperti benci dengan nama Luna.

“Tak apa lah, kau pergilah dulu...”, kemudian dia berpura-pura sakit perut.”

“Kenapa ni? Nizza..”, Nizza berpura-pura pengsan dan menjatuhkan diri tapi dia tahu pasti Zasmond akan memeggangnya. Zasmond sedikit panik lalu memapah Nizza ke arah kerusi yang kebetulan berhadapan dengan kantin.

“Nizza..Nizza..kau ok ke? Ni mesti tak sarapan pagi..sakit perut ke? Muka memang nampak sikit pucat..”

“Minta maaf susahkan Zas, saya tak tahulah tiba-tiba rasa pitam.” Zasmond mengambil air yang disimpannya dalam beg. Sementara itu Nizza memandang ke arah Luna dan kawa-kawannya yang sedang memerhati mereka, dia sebenarnya mahu Luna cemburu pada dia.

“Ni air..”, Nizza mengambil air lalu meminumnya seteguk lalu memberikan botol kepada Zasmond. Dia memeggang tangan Zasmond dan memintanya duduk sebentar.

“Kau dah ok?”

“Ya, saya rasa sikit ok, air Zas bagi tu mujarab”, katanya sambil memandang Zas. Zasmond hanya tersenyum dan berasa lega Nizza sudah baik.

“Kau ni ada-ada je, jomlah join kitorang makan, saya belanja.”

“Betul ke? Ok.” Lalu Nizza mengikut Zasmond ke kantin. Sementara itu Luna dan kawan-kawannya yang melihat peristiwa seperti lakonan itu berasa sedikit geram.

“Luna, siapa perempuan tu? Macam mengada-ngada pula.” Kata Isabell. Mereka memerhatikan gelagat mereka dari jauh terutamanya perempuan disebelah Zasmond.

“Bukan mengada-ngada ja, dia macam nak tunjuk sesuatu, macamlah Zasmond terpikat kat dia.” Kata suraya pula. Luna hanya diam lalu bersuara.

“Itu Nizza, adik angkat Zasmond waktu di sekolah dulu, entahlah saya pun rasa macam tu juga tapi tak boleh lah tuduh bukan-bukan, Zasmond kata dia baik.”

“Kenapa pula Zasmond bawa dia ke sini?”

“Tak apalah, mungkin Zasmond nak kenalkan dia pada korang, ambil kerusi yang lagi satu untuk dia.” Katanya meminta Isabell mengambil kerusi di belakangnya yang kebetulan kosong.

“Hi semua, Luna pasti dah cakap kan, ini Nizza, adik angkat saya, Nizza ini, kawan Luna, Isabell dan Suraya.” Mereka bersalaman tetapi Nizza langsung tak senyum padanya.

“Ok lah, kami ambil makanan dulu la, erm Luna tolong simpan dulu beg saya.” Luna mengambil beg Zasmond. Kemudian Zasmond dan Nizza menuju ke kaunter makanan.

“Pelik betullah perempuan tu, langsung tak senyum tapi bila pandang Zasmond dia terus senyum lebar.”

“Yelah, Luna, kau kena hati-hati, entah-entah dia ada hati dengan Zasmond.” Luna diam mendengarkan itu tetapi dia tahu Zasmond takan menyakiti hatinya hanya kerana perempuan itu. Selepas mengambil makanan, mereka makan bersama sambil bercerita. Tetapi Nizza diam dan rasa geram sebab Zasmond melayan Luna lebih dari dia. Sepanjang makan itu, tak banyak cerita diutarakan, hanya Zasmond yang bertanya-tanya dan memberitahu perkembangan terkini.

No comments:

Post a Comment