Thursday, July 9, 2009

Episod 12 - Hanya Kau di Hati

Justin, Suraya dan Isabell berjalan ke arah kereta yang disewa oleh Justin. Mereka tidak terus balik tetapi menunggu kapal terbang yang Luna naiki berlepas. Dan pada masa itu juga kapal terbang ke kanada berlepas dengan hanya beberapa penumpang. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 18jam. Selepas itu barulah mereka balik ke asrama. Sementara itu, para ajk yang bertugas juga bersiap untuk balik setelah semuanya selesai.

Di asrama Isabell dan Suraya terus melelapkan mata kerana sudah seharian tidak tidur. Selalunya bila perut lapar barulah bangun mencari makanan. Justin juga demikian malah tidak sedar bila Zasmond tiba. Oleh kerana tanggungjawabnya harus dipikul Zasmond bersiap untuk menghadiri mesyuarat pada jam9.

* * *

Sudah hampir 5jam berada dalam badan kapal terbang, mata Luna belum juga mengantuk, mungkin kerana tekanan tinggi susah baginya melelapkan mata. Dia melihat sekeliling, penumpang tidak ramai, hanya 2 atau 3 orang sahaja warga Malaysia, yang lain semuanya warga asing yang mungkin bermastautin di kanada. Dalam hatinya banyak persoalan dan bermacam-macam perkara difikirkan di minda, bagaimana nasibnya di kanada kelak? Apa dia akan dapat belajar seperti dia berada di U, atau tekanan bertambah kerana faktor bahasa? Adakah dia akan berseorangan dan berjaya mengharungi cabaran di kanada? Bagaimana kalau dia tidak dapat melakukan apa saja tugasan yang diberi? Dia hanya mampu berdoa moga Tuhan menunjukkan jalan kepadanya.

Oleh kerana belum mengantuk, dia membuka begnya untuk mencari gula-gula yang dibelinya. Dan pada masa itulah baru dia terlihat akan diari yang diberi oleh rakan-rakannya dan menulis sesuatu kemudian menyimpan. Seketika itu juga dia teringat akan pemberian Zasmond yang dia simpan dalam bakul yang dibawanya. Dia mengambilnya dan berhasrat untuk membuka tetapi dia teringat akan janjinya pada Zasmond untuk membukanya semasa berada di kanada. Dia meletakkan kembali dalam bakul lalu cuba untuk melelapkan mata.

* * *

Petang itu, setelah membeli makanan untuk makan malam, Isabell dan Suraya terus ke bilik. Mereka pada mulanya bercadang untuk turun padang tetapi dibatalkan kerana hujan renyai-renyai. Di bilik mereka tidak banyak bercakap, mungkin masih terasa ketiadaan Luna, dalam hati masing-masing berharap semuanya akan seperti biasa.

Sementara itu, Justin dan Zasmond yang baru balik dari berjogging, singgah untuk membeli makanan sebelum balik ke bilik. Semasa mengambil duit itulah, dia teringat surat yang diberi Luna masih berada di poketnya. Nasib baiklah belum terendam seluar yang dipakainya.

“Zas, ini ada surat untuk kau, tak tahulah dari siapa, mungkin dari peminat ke..”, Justin berpura-pura tidak memberitahu surat itu dari Luna.

“Surat apa? Letak je atas meja, mana kau dapat surat tu?”, soal Zasmond yang langsung tidak tahu yang surat itu dari Luna.

“Entah, ada dalam poket saya...”

“Kau ni biar betul, entah-entah surat orang lain kau curi..”

“Mana ada curi, nama kau atas surat ni tapi tak tahulah pula, ada Zasmond lain ka di asrama ni...”, Zasmond melihat surat yang diletakkan atas mejanya sementara Justin ke bilik mandi. Surat itu memang atas namanya, dibelakang surat itu tertulis nama Luna. Dia lalu duduk di atas meja hendak membaca surat itu tetapi disimpannya di sebalik buku hariannya dalam laci. Dia mengambil makanan lalu makan.

“Sudah baca surat tu? Dari siapa?”, tanya Justin sebaik selesai mandi.

“Kau ni sengaja nak permainkan saya kan, kenapa tak cakap surat tu dari Luna? Kenapa dia bagi pada kau? Kenapa dia tak bagi sendiri pada saya?” soalan itu bertubi-tubi keluar dari mulut Zasmond kehairanan.

“Baru kau tau kau dah kena...memang dia nak bagi kau sendiri tapi kau tak muncul-muncul pun time kami ucap selamat, kau ke mana time tu?”

“Saya...saya...sibuk, kan ajk..memang ada niat nak jumpa dia tapi tak beranilah...”

“Saya dah jangka dah...dia suruh saya bagi surat tu, sebab dia takut tak dapat bagi langsung.”

“Ye ke? Kalau macam tu, terima kasih...”

“Apa Luna cakap dalam surat tu?”

“Kenapa kau nak tau pula? Belum baca lagi...lain kali la...”, lalu Zasmond berlalu untuk mandi. Justin cuba mencari surat tu tapi tak jumpa. Pasti disembunyikannya katanya dalam hati. Kerana tidak mahu timbulkan masalah, dia tidak lagi bertanya mengenai surat atau hal Luna, tapi dia yakin dalam hati Zasmond hanya ada Luna dan dia juga berharap dalam hati Luna hanya ada Zasmond...

No comments:

Post a Comment