Tuesday, June 30, 2009

Episod 11 - Hanya Kau di Hati

Sepuluh minit sebelum sampai ke destinasi, ketua pertukaran pelajar memberi sedikit taklimat mengenai penerbangan. Ada enam destinasi akan berlepas mengikut jadual penerbangan dan Luna sedia maklum hanya dia seorang berlepas ke kanada. Oleh itu, penerbangannya adalah yang terakhir iaitu pada jam 5.45 pagi. Penerbangan pertama adalah pada jam 4.35 pagi. Ketua yang lebih dikenali sebagai Amran menekankan juga aspek tatatertib semasa berada di negara orang. Sementara menurunkan beg-beg dari bas, Amran memohon supaya kad pengenalan dan pasport diperiksa dan memohon ke kaunter untuk check-in, selepas itu masing-masing menunggu giliran untuk dipanggil berlepas.

Pada masa inilah suasana menjadi sedih kerana terpaksa meninggalkan orang tersayang. Kebetulan terdapat ibu bapa yang datang melihat anak mereka terlepas, tidak lupa juga kawan-kawan serta tentunya teman istimewa bagi mereka yang sudah mempunyai pasangan hidup. Luna hanya melihat mereka dengan perasaan terharu, kalau ibu bapanya tiba pasti juga dipeluknya namun tidak mungkin mereka tiba kerana kampungnya jauh dari sini. Sementara melihat gelagat pelajar lain, dia dikejutkan dengan kehadiran Isabell, Suraya dan Justin.

“Hi Luna, so how do you feel?”,tanya Isabell yang kemudian duduk disisi Luna. Suraya pula berada disebelah. Sementara Justin meminta izin ke tandas membasuh muka.

“Hi bel, happy tapi sedih juga tinggalkan korang, enam bulan tu macam-macam boleh berlaku tapi saya harap korang semua baik-baik, jangan pula rindu saya je..”,kata Luna saja membuat suasana ceria.

“Kitorang mesti lah rindu tapi jangan risaulah, e-mail kan ada, oh ya saya dan suraya ada sesuatu untuk kau, su cepatlah bagi..”, suraya mengeluarkan sesuatu dari beg.

“Luna, ini ada sesuatu untuk kau, bukalah tengok..”

“What is this? A diary and a pen?”

“Yup, kami mahu kau tulis setiap rutin kau di kanada, mana lah tahu boleh dijadikan kenangan terindah..”

“Nak tahu peribadi saya juga ke?”

“Mestilah, mana lah tahu kau dapat ‘boyfriend’ di sana...”, kata Isabell sambil tersenyum.

“Yelah tu, orang sini pun tiada siapa yang nak, ini kan pula mat salleh, speaking pun belum pass lagi ni..”

“Kau ni siapa cakap tiada, kau ja tak tahu...”, kata Suraya sambil memandang Isabell yang tersenyum.

“Korang ni orang dah nak berlepas, bergurau lagi ekk...”, katanya lalu menyimpan pemberian tersebut dalam beg yang dipikulnya.

“Mana Zasmond? Dia tak jumpa kau ke?”

“Tadi saya ada nampak dia, tapi dia sibuk urus penerbangan pelajar lain, saya kan terakhir, lagipun buat apa dia nak jumpa, saya pun tak tahu apa nak cakap.”

“Bunyi macam merajuk kalau tak pun putus asa, korang ada jumpa ka sebelum ni?”, kata Isabell kehairanan.

“Mana ada, tak adalah..”, kata Luna menafikan, dia tidak mahu mereka tahu yang dia dan Zasmond pernah berjumpa di pondok dekat perpustakaan.

“Ye ke? Zasmond ni pun satu, kalau suka cakap lah suka..”, kata suraya seperti menyalahkan Zasmond. Kebetulan Justin sampai dan terdengar nama Zasmond disebut.

“Kenapa dengan Zasmond? Korang sebut-sebut nama dia, nama saya tak sebut ke?”, dia tersenyum kambing.

“Kawan kau nilah, buat kawan saya ni tertunggu-tunggu, Justin kau mesti tahu kan yang Zasmond ada hati dengan Luna?”

“Sebenarnya dia memang ada hati dengan Luna tapi dia tu penakut, saya pun tak tahulah kenapa dengan dia tu, dia belum datang jumpa kamu ke?”

“Tak nampak batang hidung pun...”

“Manalah Zasmond ni, jam 5.25 sudah, jam berapa penerbangan kau Luna?”

“Jam 5.45, takpelah dia mungkin sibuk, tadi pun dia sibuk urus hal lain.”

“Sebelum terlupa, jangan lupa beli sesuatu untuk kami tau..”, kata Isabell, dalam hati teringin juga seperti Luna dapat ke luar negara.

“Belum sampai sana, kau dah minta beli, dia ni memang Luna, dia ada hati nak ikut kau..”, Kata Suraya sengaja.

“Kalau kau nak ikut masuk jelah dalam beg Luna tu, besar ni beg boleh masuk ni badan kau yang kecil tu..”, kata Justin pula.

“Korang ni janganlah jeles, orang cakap dengan Luna, korang pula menyampuk..”,kata Isabell geram tapi dia tahu mereka bergurau, Luna hanya ikut tersenyum. Sebenarnya dalam hati Luna memikirkan Zasmond. Adakah dia akan datang jumpa dia sebelum dia berlepas? Atau dia sudah tawar hati kerana kata-kata yang pernah dilafazkannya pada Zasmond? Atau mungkin dia sudah tidak peduli lagi terhadapnya. Dia betul-betul merasa bersalah, dia sebenarnya tidak bermaksud seperti itu tetapi dia mahu Zasmond tahu yang dia takut jika Zasmond juga berbuat yang sama selepas menerimanya.

“Luna, giliran kau berlepas ni..”, kata-kata Suraya mengejutkannya dari lamunan. Dia cepat-cepat berdiri dan mengeluarkan sesuatu dari begnya.

“Justin, saya nak minta tolong kau bagi ni pada Zasmond, saya rasa dia takan jumpa saya..”, Luna memberi sepucuk surat pada Justin.

“Kalau macam tu, jangan risau, saya akan beri pada dia, siaplah Zasmond tu dia buat kau tertunggu-tunggu.” Kata Justin lalu menyimpan surat itu di poketnya, nasib baiklah surat itu kecil.

“Takpelah, saya pergi dulu ya, Suraya, Isabell saya dah nak masuk balai berlepas, korang jaga diri baik-baik tau, rajin-rajin juga turun padang jogging jangan study ja..”, kata-kata terakhir dari Luna lalu mereka berpelukan, tanpa disedari air mata mereka mengalir, Justin yang memandang mereka juga nampak sedih.

“Kau pun jaga diri baik-baik tau, jangan bercampur dengan orang-rang jaha di sana, hati-hati kalau nak berkawan, kau tu seorang ja, harap-harap kau jumpa pelajar senegara kita.” Kata Suraya.

“Luna, jangan lupa e-mail...”, hanya itu yang mampu keluar dari mulut Isabell kerana dia rasa hendak menangis. Lalu mereka berpisah disitu. Luna masuk balai berlepas. Suraya, Isabell dan Justin melambai lalu pergi.

Semasa dalam balai berlepas itulah Luna bertemu dengan Zasmond. Rupanya dia menunggu Luna disitu.

“Luna...Saya minta maaf, kau jaga diri baik-baik k, ini ada sesuatu untuk kau. Sampai di kanada baru buka k, janji tau..”, kata Zasmond lalu Luna mengambil bungkusan kecil dari Zasmond.

“Zas, saya pun nak minta maaf, saya...”, Luna tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana terdengar panggilan terakhir untuk penerbangannya. Lalu mereka hanya berpandangan dan berpisah disitu.

No comments:

Post a Comment