Friday, June 19, 2009

Episod 3 - Hanya Kau di hati

Minggu peperiksaan merupakan minggu tekanan bagi semua pelajar. Di mana-mana ada peluang pasti ada saja cara untuk menghafal atau membaca nota. Berada di bilik hampir 24 jam pula sudah, menjadi kebiasaan yang tidak perlu dipersoalkan, jangankan berbuat bising malah bercakap dengan nada tinggi juga pasti menjadi mangsa teguran. Biasalah kalau suasana menjadi tegang, hanya beberapa saja pelajar yang turun ke padang bermain pada waktu petang untuk melepaskan tekanan.

Namun apa yang pasti persahabatanlah yang terpenting pada masa ini, kerana sahabat memahami situasi kita. Begitu juga dengan Suraya, Isabell dan Luna, mereka tidak akan mementingkan diri, jika salah seorang perlukan bantuan pasti akan ditolong, jika ada diantara yang sakit maka perhatian akan menjadi ubat pada kesakitan itu. Peperiksaan yang berlangsung selama 3 minggu itu apsti akan berlaku macam-macam perkara. Hanya perlu berjaga-jaga untuk menghadapi berbagai perkara itu. Biarpun bersaing antara satu sama lain tetapi persahabatan tidak akan menjadi taruhan. Zasmond dan Justin juga begitu. Saling membantu di dalam kelemahan masing-masing. Percintaan di masa ini pula tidak perlu lah dihuraikan, semua orang pasti sudah tahu apa akan berlaku kalau ada yang kebetulan putus cinta. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, adalah lebih baik memahami antara satu sama lain. Begitulah yang dilakukan antara lima sekawan ini.

Sekali sekala kelima-lima mereka ini akan meluangkan masa untuk mengadakan study group dan makan bersama. Dari setiap pertemuan itulah perasaan Zasmond semakin kuat, tetapi Zasmond hanya memendamkannya, dia tidak mahu sesiapapun tahu dan dia memang pandai menyembunyikan perasaan itu malah setiap kali Justin bertanya padanya dalam nada gurauan, dia pasti akan menafikannya. Luna dalam diam sudah menyimpan no hp lelaki itu, mungkin ada kegunaannya kemudian hari tetapi dia tidak pernah terniat untuk menganggu Zasmond.

Hanya tinggal lima hari saja lagi peperiksaan akan tamat. Cuti semester sudah mula dibualkan oleh kebanyakan pelajar kerana sesetengahnya sudah mula berkemas untuk pulang malah ada yang sudah balik ke rumah kerana jadual peperiksaan sudah habis. Sesetengah lagi masih dalam keadaan tekanan. Tekanan melihat pelajar lain pulang ke rumah dan tekanan belajar di saat cuti makin dekat. Namun ada juga pelajar yang tidak kisah balik lambat mungkin kerana setipa hujung minggu balik ke rumah. Bagi lima sekawan ini masih ada satu kertas lagi perlu ditempuhi. Tetapi dalam hati tidak sabar hendak pulang ke rumah.

* * *

Suatu petang, semasa mengulang kaji pelajaran untuk kertas terakhir, Justin menerima panggilan dari seseorang. Dalam hati Zasmond pasti buah hati. Terkadang dia cemburu juga sebab Justin sudah mendapatkan gadis idaman tetapi dia tidak peduli sangat kerana dia tahu belum sampai baginya lagi untuk mencari cinta.

“Tak sabar nak jumpa kau Ivy”, kata Justin sengaja memperdengarkan Zasmond apa yang dirasa dalam hatinya. Kemudian dia melihat Zasmond yang dari tadi tidak bergerak dari tumpuannya membaca buku setebal 1 inci.

“Zas, kau tak terfikir ke nak cari teman istimewa?”, soal Justin secara tiba-tiba setelah menyedari Zasmond tidak mengendahkannya. Kali ini agak serius juga pertanyaan Justin. Zasmond berpaling lalu hanya mengangkat bahunya.

“Betul ke tak ada hati dengan Luna?”, soal Justin lagi seperti ingin mengetahui rahsia hati Zasmond yang tersembunyi dalam hati.

Zasmond diam seketika merenung sesuatu, dia membayangkan wajah Luna yang nampak tenang dan menawan hatinya. Baginya kecantikan bukan lah segala-galanya dan Luna pula bukan kategori gadis cantik. Tetapi entah kenapa setiap kali dia memandang wajah gadis itu, dia merasa seolah-olah ada sesuatu yang menarik tentang dirinya lagipula dia suka gadis yang bersahaja seperti Luna. Inikah dinamakan cinta, semuanya nampak indah dari sebenar.

“Pernahkau kau rasa hati berdebar apabila berjumpa dengan seseorang? Kemudian perasaan itu menjadi suka dan terasa takut kehilangannya serta ingin selalu bertemu dengan gadis itu?”, tanya Zasmond tanpa memandangnya.

“Itukah yang kau rasa?”, Justin bertanya lagi tetapi Zasmond diam.

“Zas, itulah yang saya rasa ketika bertemu dengan Ivy masa dulu. Bila saya beritahu, kau seperti tak percaya kan sebab kau tak rasa, sekarang baru kau rasa. Selepas itu juga saya terus berdepan dengan Ivy dan meluahkan perasaan padanya, hati saya gembira dia menerima saya.” Kata Justin lalu menatap gambar Ivy yang menjadi ‘screen saver’ handphonenya. Zasmond hanya diam seperti berfikir sesuatu. Lalu Justin berkata lagi.

“Zasmond, kalau kau betul-betul suka Luna, kau kenalah terus terang padanya, sampai bila-bila pun dia tak kan tahu perasaan kau kalau kau terus pendam dalam hati.”

“Entahlah, saya macam tak berani lah berdepan dengan dia, apa lagi nak cakap suka pada dia, macam mana kalau dia tak terima, kan nanti bukan saya saja yang malu, dia pun tak kan berani jumpa saya lagi.”

“Kau ni belum cuba dah putus asa lah.”

“Biarlah masa yang menentukan, lagipun ni kan tengah exam.”

“Yelah...jangan terlepas sudah”, itu saja yang Justin dapat katakan. Zasmond hanya diam dan meneruskan pembacaannya. Apa pun Justin harap dia tak dikecewakan nanti.

* * *

No comments:

Post a Comment