Friday, June 19, 2009

Episod 4 - Hanya Kau di hati

Setelah balik dari menghadapi kertas terakhir peperiksaan, Suraya dan Isabel terus ke asrama mengemaskan pakaian dan barang-barang yang perlu dibawa ke rumah. Isabel memasang radio yang sudah 3 minggu tak digunakan.

“Bel, mana Luna?”, tanya Suraya setelah menyedari Luna tak ikut sama.

“Entah, tadi kita naik bas saya ada nampak dia masih ada di bawah, dia macam bagi isyarat balik dulu.”

“Ai, mana pula dia nak pergi ni, jumpa seseorang ke?”, tanya Suraya berseloroh.

“Dia mana ada seseorang, kau ni pandai-pandai je.”

“Tapi kan bel, ko rasa Luna ada hati tak dengan Zasmond tu? Zasmond macam takut semacam je, bukan takut macam nampak hantu tapi kau pun faham kan maksud saya.”

“Emm..susah nak tahu isi hati Luna tu, tapi kalau dia suka si Zasmond tu ok juga kan, Zasmond tu nampak baik dan hensem juga lah.”

“Jangan nak berangan, kau kan dah ada buah hati.”

“Takde lah gurau je, kau jadi tak ikut ayah saya ni?”

“Jadi lah, kenapa? Dia mara ke?”

“Tak lah, tanya je.”

Mereka meneruskan kerja masing-masing sementara Luna ke perpustakaan mengembalikan buku-buku yang dipinjamnya. Selepas itu, Luna ke papan notis untuk melihat kalau-kalau ada berita atau pengumuman terbaru. Biasalah hidup di Universiti mesti pandai cari maklumat sendiri. Dalam memerhatikan setiap notis yang ditampal, matanya tertumpu kempada satu tawaran terbuka kepada pelajar-pelajar tahun 1 dan 2 iaitu tawaran menjadi pelajar pertukaran ke beberapa Universiti luar negara yang terpilih selama 1 semester iaitu 6 bulan. Kelayakan adalah sekurang-kurangnya mendapat pointer 3.75 untuk peperiksaan terbaru dan sudah mengambil MUET. Dia mengambil borang sebelum balik ke asrama.

“Wow...bestnya kalau dapat study luar negara”, kata Isabel setelah melihat iklan tawaran yang dibawa Luna.

“Tapi kelayakannya tinggilah, kau rasa kita dapat masuk ke?”, kata Suraya pula.

“Tak salah kalau kita try isi dulu, dapat ke tak lain cerita.” Kata Luna meyakinkan mereka.

“Betul juga cakap kau tu, kalau macam tu saya nak satu borang la, kau tak nak ke su?”

“Tapi kalau kita dapat kena tinggal di luar negara selama 6 bulan, mesti saya rindu dengan buah hati saya, line luar negara kan mahal.” Kata Suraya berat hati nak isi tawaran tersebut.

“Ok juga tu, saya pun mesti rindu buah hati saya dan family saya.”

“Korang ni, saya tak paksalah korang isi, lagipun time cuti kan boleh fikir-fikir lagi.”

“Ok lah saya ambil borang ni, mana tau tetiba nak join, kau su tak nak ke?”, tanya Isabel pada suraya yang masih lagi memandang borang yang diberikan Luna.

“Ntahlah saya macam tak minat.”

“Ambil je la dulu, boleh bincang dulu dengan family and buah hati kau dulu.”, kata Isabel memandang Suraya sambil tersenyum. Suraya akhirnya mengambil borang itu dan menyimpannya di fail.

“Dah siap susun barang? Laju je kalau nak balik kan...”, kata Luna berseloroh sambil melihat beg dan beberapa bungkusan yang bersusun.

“Balik mestilah nak cepat, Su dah siap ke? Jomlah ayah saya dah miskol-miskol ni.”

“Dah...jom, bye Luna, take care, jangan lupa kunci pintu tidur malam ni..”, lalu mereka berpelukan.

“Ok la Luna, besok baik-baik jalan k, kol kalau ada apa-apa...bye...”

“Ok, korang pn take care...bye...”, Isabel juga memeluk Luna lalu mereka berbalas lambaian.

No comments:

Post a Comment