Sunday, June 28, 2009

Episod 9 - Hanya Kau di Hati

Pagi-pagi lagi Luna bangun dan bersiap. Hari ini merupakan hari terakhir dia bersama Isabell dan Suraya sebelum dia berlepas jam4 pagi esok. Dia membangunkan Isabell dan Suraya kerana ada kuliah bersama Dr. Amir, pensyarah etika undang-undang. Luna tidak ikut sama kerana perlu berkemas lagipula kebanyakan pensyarah sudah sedia maklum akan pelajar-pelajar yang menyertai pertukaran pelajar asing. Isabell dan Suraya kelihatan tidak bersemangat untuk ke kuliah ketika melihat Luna berkemas lalu kedua mereka duduk di atas katil Luna dan memandangnya.

“Kenapa kamu belum jalan lagi, nanti terlewat ke kuliah...”

“Luna, kitorang tak ada semangat nak pergi kuliah tanpa kamu la...”

“Isabell, janganlah macam ni, apa pun kamu mesti biasakan diri juga, bukannya saya pergi selamanya..”

“Kalau kitorang tak pegi kuliah hari ni boleh tak?”, Suraya mencela.

“Janganlah sebab saya korang tak pegi kuliah, nanti lepas habis kuliah korang teruslah balik ke sini, kita sembang2 sampai pagi sambil makan2, ok?”, Luna berusaha memujuk kawan-kawanya ke kuliah, dia tidak mahu mereka ponteng hanya sebab dia tiada. Suraya dan Isabell berpandangan lalu tersenyum.

“Ok, kitorang setuju, kau kena belanja kami tau..”

“That’s right, hari ni terasa nak makan aiskrim.”

“Yelah, saya belanja, korang pergilah kelas, saya urus semuanya ok?”, mereka mengangguk lalu Suraya dan Isabell pergi mendapatkan bas. Luna sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dirancangnya, dalam mindanya hanya memikirkan apa yang perlu dibawa ke kanada.

* * *

Selepas kelas, Suraya dan Isabell bercadang ke mini mart untuk membelikan sesuatu untuk dibawa bersama Luna. Mereka memilih pen yang mempunyai tempat dan sebuah buku dairy. Mereka mahu Luna mencatitkan rutin Luna semasa berada di negara orang untuk dijadikan kenangan. Pada masa yang sama mereka bertembung dengan Justin dan Zasmond yang kebetulan juga berada disitu.

“Hi justin...kau pun ada di sini? Mana Zasmond?”,tanya Suraya semasa melihat Justin membelek baju jersi berwarna merah.

“Hi Su...hi Bell...Zasmond? Ada di sebelah...korang beli apa? Macam dairi je, siapa nak guna, kau ke?”, tanya Justin yang ternampak suraya membawa buku dairi. Lalu muncul Zasmond yang terdengar perbualan mereka.

“Mana ada, beli untuk seseorang...”

“Mesti Luna, mana dia?”

“Dia berkemas, kitorang nak makan-makan malam ni...”

“Tak jemput kitorang ke? Hehe...”, Justin memandang Zasmond.

“Boleh juga tapi kena jadi ‘girl’ dulu la hehe...”,kata Suraya berjenaka.

“Hi...Zasmond, beli apa ni, cantiknya...o saya tahu, mesti untuk...”,kata Isabell lalu memandang suraya dan mereka ketawa tapi bukan bermaksud merendahkan tetapi tidak menyangka Zasmond akan membelikan sesuatu untuk Luna. Ianya patung kecil bertulis sesuatu ‘Gud Luck and remember me...”

“Owh..romantiknya, untuk saya tak ada ke?”, kata Isabell saja mengusik, Zasmond hanya tersenyum.

“Erm..boleh tak korang tolong bagi pemberian ni?”, tanya Zasmond. Isabell dan Suraya berpandangan seperti ada rancangan sesuatu.

“Zas, macam ni lah, apa kata kau bagi sendiri, barulah romantik...”

“Saya dah cakap dah, korang jangan tolong, saya pun setuju dia kena bagi sendiri.” Kata Justin menyebelahi suraya dan isabell.

“Tapi saya tak beranilah..”

“Zas, kau mesti berani, saya tahu kau ada hati pada Luna, untuk membuktikan kau kena bagi sendiri, korang ikut lah kitorang hantar Luna di ‘airport’ jalan jam2 pagi ni..”, kata Isabell pada Zasmond yang memandang Justin, seperti ada sesuatu disembunyikan.

“Kalau korang nak tahu, sebenarnya dia ni salah seorang ajk yang urus peserta pertukaran pelajar, dia mestilah pegi.” Justin tahu Zasmond memandang geramm padanya.

“Betul ke, kalau macam tu, kita jumpa di ‘airport’..”, Suraya berlalu untuk membayar dairi dan pen yang dipegangnya.

“Ya, itulah sebaik-baiknya, Justin jaga Zasmond, jangan dia lari...”,kata Isabell, mereka tergelak. Zasmond keliru tetapi tidak tahu apa nak dilakukan. Lalu dia akur. Mereka berpisah disitu.

No comments:

Post a Comment