Friday, June 19, 2009

Episod 2 - Hanya Kau di hati

Dari assignment pertama mereka mengadakan pertemuan pertama dan dari situ mereka mengenal karakter dalam kerjasama mereka. Persahabatan antara mereka hari ke hari bulan ke bulan semakin akrab, mereka bukan sahaja berkumpulan dalam kuliah sejarah tetapi juga dalam beberapa kuliah yang lain. Di antara mereka berlima, hanya Luna dan Zasmond sahaja yang belum berpunya, kerana itu mereka sering diusik dan dipasang-pasang. Luna dan Zasmond tidak merasa kecil hati atau marah kerana mereka tahu itu adalah sekadar gurauan lagipula persahabatan lebih penting dari segalanya.

Walaubagaimanapun, zasmond tahu hatinya selalu berdebar dan terpaut dengan sikap Luna yang jujur dan bersahaja malah suka tersenyum dari banyak bercakap. Luna juga tahu di dalam hatinya sudah mula berbunga indah kerana kemunculan lelaki yang mungkin mencairkan hati namun dibuangnya jauh-jauh perasaan itu kerana dia tidak mahu kisah silamnya berulang lagi. Baginya lelaki memang pandai mengambil hati tetapi tidak pernah ingin memahami kaum sepertinya. Namun dia tidak membenci lelaki Cuma belum terbuka hatinya menerima sesiapapun. Apapun cerita hidupnya dia ingin melupakannya, kerana yang penting sekarang adalah pelajaran. Dia tidak kisah berkongsi dan saling membantu kerana kelima-limanya memang komited dalam assignment.

Hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi peperiksaan akhir semester 1 akan bermula. Masing-masing mulalah membuat nota sendiri. Pertemuan antara mereka tetap ada untuk sesi perbincangan dan membuat study group. Kadang kala study berkumpulan lebih baik dari seorang yang penting ada niat di hati untuk belajar dan saling membantu.

Petang itu, mereka akan mengadakan lagi pertemuan untuk membincangkan projek akhir berkumpulan. Kelihatan hanya Luna di tempat biasa iaitu di ruang legar sekolah. Ketika sedang menunggu, Luna terasa hendak membeli minuman. Dia berdiri dan berjalan ke arah ‘freezer’ yang berisi berjenis-jenis minuman. Semasa hendak memilih barulah dia sedar dia tiada duit syiling. Maka dibatalkannya niat membeli minuman dan duduk semula. Rupanya dari jauh Zasmond memerhatikannya.

Dia sebenarnya tidak berani mendekati Luna. Dia berniat hendak menunggu Justin barulah mereka bersama ke pertemuan itu tetapi hatinya seperti mahu membawa dia kepada Luna. Sebelum itu dia memeriksa kalau-kalau ada duit syiling dalam simpanannya. Seperti menyokong niat di hati, duit syiling itu cukup untuk membeli dua tin minuman maka dia ke arah ‘freezer’ dan melihat jenis minuman yang ingin ditekan Luna. Dari jauh dia dapat melihat tangan Luna menunjuk ke arah minuman paling hujung iaitu soya. Semasa dia berada di ‘freezer’ itu Luna tidak menyedari kehadiran Zasmond kerana dia membelakangi ‘freezer’ tersebut. Setelah mendapatkan dua tin minuman dia mendekati Luna lalu menyapanya.

“Hai...boleh saya belanja kamu minum?”, tanya Zasmond lalu memberikan tin soya kepadanya.

Luna sedikit terkejut dengan kehadiran Zasmond. Debar di hati tetap ada tetapi yang membuat dia terkejut ialah Zasmond seperti tahu dia ingin membeli minuman itu.

“Saya minta maaf kalau menggangu tumpuan kamu mengulangkaji”, kata Zasmond setelah menyedari Luna tidak bersuara dari tadi. Tetapi sebenarnya Luna merasa hairan kenapa hatinya berdebar selalunya tidak kuat seperti ini. Kerana dia tidak mahu Zasmond merasa bersalah lalu Luna meredakan keadaan.

“Tak apa, saya sebenarnya terkejut kamu tahu minuman kegemaran saya. Apa pun terima kasih”, kata Luna lalu mengemas bukunya. Dia mula membuka minuman tersebut.

“Erm...mana Suraya dan Isabell?”

“Mereka lambat sikit, masih lagi di library mencari buku rujukan, erm..Justin tak ikut kamu?”

“Kami sama-sama tadi tapi dia meminta izin mahu jumpa pensyarah dulu, kejap lagi dia datanglah tu”

Luna hanya mengangguk dan terus melayan minumannya, dia tidak sangka Zasmond akan belanjanya minum. Masing-masing melayan perasaan di hati kerana tidak tahu apa lagi hendak dicakapkan lalu untuk tidak terasa kekok Zasmond memulakan lagi perbualan.

“Luna...”

“Kalau saya bertanya boleh?”

“Boleh, apa dia?”

“Saya harap kamu tak marah...erm..kenapa belum ada teman istimewa?”

“Saya? Entahlah, saya belum jumpa orang yang sesuai lagi mungkin”,katanya tanpa memandang Zasmond yang memandang ke arahnya. Dia mula merasakan kelainan pada Zasmond. Hati juga mula berdebar dengan agak laju.

“Kamu sendiri kenapa belum cari teman istimewa?” balas Luna lalu mengalihkan pandangan ke arah lain setelah menyedari Zasmond memandangnya agak lama.

“Saya baru saja jumpa orang tu tapi saya segan nak cakap sebab takut tak diterima.”

“O..siapa orangnya?”, tanya Luna memberanikan diri, dalam hatinya seperti tahu siapa dimaksudkannya tetapi dia harap sangkaannya salah.

“Sebenarnya...”, tidak sempat dia meneruskan kata-kata setelah terdengar handphone Luna berdering. Luna meminta izin menjawab. Rupanya itu Suraya. Dia bertanya kalau-kalau Luna mahu membeli minuman. Dia meletakkan handphnenya di dalam beg selepas menghabiskan perbualan.

“Minta maaf, apa kamu nak cakap tadi?”

“Tak ada apa-apa lah. Lain kali saya beritahu.”, katanya setelah menyedari Justin sudah menuju ke arah mereka.

“Hi Luna...korang bual apa ni, Zasmond cuba pikat kmu ke?” kata Justin berseloroh, Zasmond merasa malu lalu dia memukul Justin dengan buku. Bukannya pukul kuat pun, saja je nak buat gaya tak suka diusik.

Luna hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Dalam masa yang sama Suraya dan Isabell datang. Lalu mulalah usikan datang bertubi-tubi ditambah lagi dengan tokok tambah dari Justin. Luna pula yang merah pipi. Begitulah mereka ketika berjumpa tetapi selepas itu serius dalam melaksanakan tugas. Zasmond masih memandang Luna tanpa sesiapa menyedari. Dalam hatinya, gembira tapi takut jika dia kehilangan gadis didepannya.

No comments:

Post a Comment