Sunday, June 28, 2009

Episod 10 - Hanya Kau di Hati

Semasa sedang menulis sesuatu di buku kecil yang selalu dibawanya kemana-mana, dia teringat akan kata-kata Zasmond yang cuba untuk meluahkan perasaannya dan dia merasakan dia telah melukai hati lelaki tersebut. Bukan dia tidak mahu menerima luahan hatinya tetapi dia sendiri tidak tahu kenapa dia masih merasa takut akan masa silamnya. Dia tidak mahu kembali lagi ke masa dulu, tapi apa pun yang berlaku mungkin ada sebab dan hikmah disebaliknya. Dia bersyukur kerana masih kuat dan berjaya menyambung pelajarannya pada saat ini.

Oleh kerana merasa bersalah akan tindakan dan kata-katanya pada Zasmond, dia menulis sesuatu untuknya dan berharap lelaki itu memahaminya. Tidak berapa lama kemudian muncul dua rakannya yang membawa sebungkus makanan ringan yang dibeli dari mini mart asrama, mujur dia sempat menghabiskan ayat-ayat terakhirnya pada kertas itu lalu memasukkan pada sepucuk surat.

“Wah, bersihnya bilik, kipas tak berhabuk, lantai dah sapu, cermin dah kilat, makanan sudah tersedia, kau seorang je ka yang buat?”, Suraya seperti tidak percaya akan apa yang dilihatnya. Luna hanya tersenyum.

“Beg-beg pun sudah kemas, ni je kau bawa?”,tanya Isabell bila menyedari hanya dua beg sederhana besar berada di sisi katil Luna.

“Betul ke kau buat semua ni Luna? Bila masa kau berkemas and bila masa kau bersihkan bilik?”, suraya masih hendak tahu.

“Korang fikir saya upah orang lain bersihkan bilik? Ya saya buat seorang, kemas baju-baju dan yang perlu dibawa sekejap ja, bersihkan bilik pun taklah susah mana pun, at least saya tinggalkan bilik ni dalam keadaan bersih.” Kata Luna lalu duduk di katilnya.

“Bagus betul kawan kita ni kan su, rajin, cantik, pandai, sopan, apa lagi? Bertuah lelaki yang dapat dia.” Kata Isabell sambil memandang Suraya.

“Memang bertuah, kalau saya lelaki saya pun mungkin terpikat.” Kata Suraya mengiya lalu mereka tergelak kecil.

“Ah, nak mengusiklah tu, apa pun terima kasih daun keladi, lain kali saya tak nak rajin lagi. Korang beli apa tu? Bukan korang minta belanja ke?”

“Iya tapi ini sebaga tambahan, malam ni kan berjaga.”

“Korang tak payah lah berjaga, dapat tahan kah tak tidur sampai jam2 pagi?”

“Sebenarnya cik Luna kitorang nak ikut ke ‘airport’, boleh kan?”

“Tak kisah, yang penting korang bertahan, alamatnya besok pagi korang tidur sampai tengahari la ni...”

“Apa salahnya, besokkan tak ada kuliah.” Isabell melihat jam di handphonenya, hanya tinggal 12jam lagi mereka akan bersama sebelum berpisah.

“Kalau macam tu, pas ni kita bergambar, makan-makan sampai malam, ok?”

“Ok..jom mulakan..”, mereka meneruskan aktiviti, sambil memasang radio dengan bunyi yang perlahan, mereka bercerita kisah cinta tetapi tidak bagi Luna.

* * *

Sementara berehat di bilik, Zasmond mengambil sebatang pen dan kertas lalu menulis sesuatu kepada Luna. Kelihatan Justin sudah tidur lena. Inilah saatnya untuk dia menulis sesuatu untuk Luna. Walaupun dia mungkin tidak diterima tetapi niatnya bukan untuk memaksa, dia hanya mahu Luna tahu yang dia ikhlas mahu mendekati Luna. Dia merasakan gadis itulah yang dicarinya. Tetapi jika Luna tidak mahu menerimanya, dia tidak akan berkecil hati kerana prinsip hidupnya mahu berjaya dahulu barulah mahu mempunyai pasangan hidup. Namun jauh di sudut hati kecilnya mahu menunggu Luna biarpun dialah lelaki terakhir pilihannya. Apa pun dia akan mendoakan kebahagian Luna.

Jam hampir menunjukkan jam1 pagi. Zasmond membangunkan Justin yang tidur lena lalu dia bersiap lebih dulu kerana Ajk perlu awal turun dan menguruskan kelengkapan sebelum bertolak ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Mereka mahu semuanya siap sebelum jam2 pagi. Oleh kerana hanya 50 orang pelajar berjaya diterima, hanya sebuah bas digunakan dan sebuah van kecil untuk Ajk yang bertugas. Sementara para pelajar yang terpilih menaiki bas khas, Justin telah meminjam kereta kawan sekuliah yang tinggal di bilik sebelah mereka. Justin bersama Suraya dan Isabell akan mengikuti bas dari belakang. Suasana seperti sebuah perpisahan tetapi ada juga pelajar yang tidak sabar mahu menaiki kapal terbang dan sampai ke destinasi. Bagi Luna, inilah saat yang tidak mungkin dilupakan, dia merasa berdebar tetapi tidak tahu kenapa. Telefon berdering sana sini dalam bas tersebut mungkin panggilan dari orang tersayang dan ibu bapa. Perjalanan ke ‘airport’ mengambil masa dua jam. Dan ada yang mengambil kesempatan tidur kerana berjaga sepanjang siang untuk bersama rakan-rakan. Luna turut memejam matanya untuk berehat.

No comments:

Post a Comment