Tuesday, June 23, 2009

Episod 7 - Hanya Kau di Hati

Selepas hadir ke temuduga pada pagi itu, Luna terus bergegas ke kuliah. Nasib baik pensyarah belum ada, dia terus ke tempat Isabell dan Suraya.

“So, macam mana temuduga? Ada harapan?”, soal Isabel, sebaik Luna duduk di tengah mereka.

“Banyak orang ka yang pegi temuduga tu?”, soal Suraya pula.

“Temuduga ok ja, tapi kena speaking pula, banyak jugalah orang nak try ambi tawaran ni...”

“Siapa yang bagi temuduga?”

“Entahlah..tak kenal, mungkin orang luar atau mungkin pensyarah juga.”

“Bila keputusan akan keluar?”

“Dia kata dalam dua minggu atau kurang dari itu, sya tak yakin dapatlah lagipun kebanyakan yang pegi tu lebih bagus dari saya.”

“Kau janganlah putus asa, at least kau dah cuba, kitorang doa-doakn kau berjaya diterima.” Kata Isabell, tak tahu lagi dia nak kata apa, dia tak nak Luna pegi tapi dia tak boleh halang impian Luna.

“Yela Luna, jangan fikir banyak, yang penting kuliah sekarang ni...” dan pada masa itu juga pensyarah mereka masuk dan sesi kuliah bermula.

* * *

Pada suatu petang Zasmond dan Justin bercadang untuk berjogging bersama petang itu, selalunya Zasmond begitu susah turun ke padang, bila Justin ajak, pasti dia ada alasan bukan untuk mengelak, kali ini Zasmond sendiri yang mengajak Justin. Mereka berlari-lari anak di balapan sambil melihat-lihat sekeliling.

“Kau cari seseorang ke zas?” soal Justin dia pun terikut-ikut gaya Zasmond.

“Tiada siapa lah..”kata Zasmond terus berlari.

“Ni..mesti cari Luna kan...saya tau..petang ni dia tak ada, kau tak payah la cari”

“Macam tau ja...”

“Saya ada ajak diorang tp bz ckit, diorang ada assignment kena hantar besok juga...o ya, Zas kau tau tak Luna ada isi tawaran pertukaran pelajar tu?”

“Kau cakap betul ke? Kenapa tak bagitahu saya?”, kata Zasmond seperti terkejut, dia tak sangka Luna akan memohon tawaran tu.

“Saya ingat kau tau, saya pun diam je la...tapi result nama-nama yang dapat pegi tu belum keluar lagi, tak tau lah dia diterima ke tak.”

Zasmond diam sejenak. Dia membayangkan wajah Luna yang tersenyum. Kalau itu impian Luna dia harus mendoakan agar Luna berjaya diterima tapi entah mengapa dia takut gadis itu tidak akan kembali lagi, seperti yang pernah didengarnya kes-kes sebelum ini yang terus menghabiskan pelajaran di tempat dia bertukar. Adakah dia takut kehilangan Luna? Adakah dia patut luahkan apa yang tersimpan dalam hatinya? Luna akan terimakah? Bertubi-tubi soalan keluar dari mindanya.

“Zas, zas...saya tanya ni, kenapa kau diam...kau tak kisah kah Luna pergi kalau dia berjaya diterima?”

“Kalau itu sudah impiannya, kenapa kita nak halang pula, baguslah kalau dia diterima, tak sia-sia dia study sungguh-sungguh”, luah Zasmond, Justin agak hairan apa yang dimaksudkan Zasmond.

“Zas, apa kau cakap ni...mesti termenung jauh tadi kan...maksud saya kau tak kisah kah dia pergi jauh? Zas, lebih baik kau luahkan saja apa yang tersimpan dalam hati kau. Pendam-pendam ni merana nanti.”

“Saya tak tau lah Justin, saya rasa saya tak layak untuk Luna, berdepan dengan dia pun saya rasa takut inikan pula nak cakap suka. Pasti dia tak terima.”

“Apa susah handphone kan ada, SMS ja la...”

“Kau tak faham, SMS memang senang tapi akhirnya akan berdepan juga kan.”

“Ye la, tapi buat masa ini, kau SMS la dia dulu, bila ada respon, pasti kau tak takut lagi berdepan dengan dia. Saya pun macam tu juga dulu.”

“Tak mahulah, sampai masa nanti saya akan berdepan juga dengan dia, kau jangan risau.” Kata Zas lalu berlari meninggalkan Justin terkebil-kebil.

“Siapa nak risau kau tu, kau nak terlepas baru kau nak luahkan? Kau ni memang degil.” Katanya lalu mengejar Zasmond yang jauh di depan.

No comments:

Post a Comment