Friday, June 19, 2009

Episod 1 - Hanya Kau di hati

Luna, Suraya dan Isabell berjalan beriringan ke padang balapan, memang ramai pelajar turun ke padang pada awal semester tetapi kebanyakkannya senior tahun 2,3 dan 4. Bergelar pelajar tahun 1 mungkin menjadi kebangaan namun masih jauh lagi perjalanan ke pentas graduasi, itupun jika berjaya menembusi halangan dan cabaran serta tahan dengan segala tekanan yang ada, biasalah Universiti.

Suraya berlari-lari anak ke sepohon pokok rendang tapi berdaun lebat. Dia terus duduk di bawah pokok tersebut. Luna dan Isabell masih ketinggalan 10 langkah di belakang.

“wah nyamannya udara...memang seronoklah bergelar pelajar U kan...”, kata Isabell lalu duduk sebaik sampai bersebelahan Suraya.

“bolehlah...”, hanya itu yang keluar dari mulut Suraya. Sebenarnya dia lebih seronok tengok perlawanan bola sepak di depan mereka. Sementara Luna berdiri dekat mereka, dia memerhatikan gelagat pemain-pemain bola keranjang di sebelah kiri mereka, gayanya seperti dalam perlawanan tapi sebenarnya tak ada perlawanan pun.

“Kau ni kenapa pula, tetiba diam je...”, tanya Isabell setelah menyedari Luna tidak bersuara dari tadi.

“Tiada apa-apa, saya teringat pesan pensyarah sejarah kita, dia kan suruh kita buat group, dalam satu group mesti 5 orang, hantar nama next class nanti, siapa lagi lah yang mau kita cari, kebanyakkannya kita nda kenal pun dalam kuliah tu.”, Kata Luna lalu duduk sambil memandang kawan-kawannya. Namun tiada respon pun. Dia pun memandang ke arah padang bola sepak.

Setelah agak lama barulah Suraya menjawab keresahan Luna itu.

“Apalah kau ni Luna, saya kan ada, saya boleh cari, kau jangan risau la, sekarang ni kita datang untuk jog kan, jomlah mula.”, selamba Suraya mengatakan itu tetapi matanya masih tertumpu pada perlawanan bola sepak.

“Ye ke? Siapa?”, tanya Isabell terus bertanya sambil memandangnya...suraya menunjuk dengan memuncungkan bibirnya sambil memandang ke arah pemain-pemain bola sepak.

“Yela tu, kau nak cari di antara pemain-pemain bola sepak, jangan beranganlah, tiada siapa pun yang saya rasa sekuliah dengan kita.”, kata Isabell sambil memukul topi yang dipakai Suraya. Luna hanya tersenyum memandang gelagat kawan-kawanya. Tapi dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Suraya.

Pagi itu seperti biasa, Luna bangun seawal jam6 pagi dan terus mandi. Suraya dan Isabell masih lena tidur. Semalam kedua-duanya tidur lambat, biasalah bila sudah ada pasangan masing-masing, bertelefon sampai 2,3 jam tapi Luna agak hairan juga kedua-duanya menerima panggilan hampir pada waktu yang sama. Kalau hari valentine day takpa lah juga tapi ni baru bulan Ogos. Apa-apa jelah. Selesai mandi Luna membangunkan Suraya dan Isabell kerana mereka perlu datang awal pada kuliah kali ini. Setelah bersiap mereka turun mendapatkan bas.

“Su, macam mana ni kita belum ada group lagi, saya pun ikut risau ni”, kata Isabell sebaik mereka sampai di pintu kuliah. Soalan itu tidak berjawab. Mereka terus mencari tempat yang selalu mereka pilih. Setelah lama memerhatikan sekeliling barulah Suraya memberi isyarat kepada kedua rakannya untuk memandang ke arah dua orang lelaki yang seperti tidak bergaul dengan beberapa kumpulan lelaki. Pasti belum ada kumpulan kata mereka tanda setuju. Suraya kemudian mencuit Luna dan hendak menyuruhnya bertanyakan pada dua lelaki tersebut. Luna tau pasti dia akan dipilih untuk bertindak, dia agak segan juga kerana kedua lelaki tersebut seperti tau mereka memerhatikan mereka, kalau perempuan dia tak kisah.

Namun atas desakan kedua rakannya, dia memberanikan diri berdiri dan berjalan ke arah dua lelaki di belakang mereka dan duduk di sebelah kerusi yang kebetulan kosong.

* * *

“Zas, perempuan itu macam ke arah kita la”, kata Justin mencuit bahu Justin kerana memang dari tadi Justin merasakan 3orang perempuan itu memandang ke arah mereka.

“Mana ada, kalau ya pun, mungkin dia nak bertanyakan di mana tandas,kau bagitahulah dekat mana”, kata Zasmond sambil berpura-pura tidak memandang perempuan yang datang ke arah mereka.

Sebaik Luna sampai dan duduk di sebelah mereka, Zasmond tersipu malu. Justin tahu rakannya itu memang segan dengan perempuan tetapi dia tak tahu Zasmond sudah mula jatuh hati dengan perempuan di sebelahnya.

“Erm...boleh saya bertanya?”, kata Luna kemudian memandang rakannya Suraya dan Isabell. Dua rakannya itu memberi isyarat meneruskan niat mereka.

“Boleh, kalau nak tahu arah tandas, kami boleh tunjukkan”, kata Justin yakin dengan kata-katanya. Luna tersenyum mendengar jawapan darinya.

“Bukan...sebenarnya saya datang nak tanya kalau-kalau kamu sudah ada kumpulan. Kalau belum saya nak ajak kamu masuk dalam kumpulan kami.”, kata Luna, Justin seperti malu dengannya lalu memandang geram pada Zasmond. Zasmond tau rakannya pasti akan marah padanya.

“Oh sebenarnya, kami pun belum ada kumpulan, kami bercadang nak buat dua orang ja kalau ada assignment, tapi kalau kamu sudi kami terima ja lah.”, kata Zasmond memandang tepat ke arah Luna seperti terpukau dengan senyumannya. Justin melanggar bahu Zasmond menggunakan bahunya barulah Zasmond sedar. Luna tertunduk malu.

“Ya, kami tak kisah, er siapa nama tadi?”, kata Justin cover malu kawannya. Sengaja dia bertanyakan nama.

“Oh minta maaf, saya Luna”, jawabnya lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Kami setuju sangat bergroup dengan korang, biar saya tuliskan nama kami berdua”, kata Justin lalu Luna memberikan kertas dan pen padanya. Setelah selesai menulis nama Luna mengucapkan terima kasih lalu turun mendapatkan kedua rakannya.

“Sudah...jangan pandang lama-lama nanti ada yang ‘jatuh sakit’”, kata Justin pada Zasmond yang menyedari akan sikap rakannya itu. Zasmond tidak berkata apa-apa. Tapi dalam hatinya dia mula rasa jatuh hati pada seseorang.

* * *

“Dah ambi no hp dorng ke?”, tanya Suraya sebaik Luna sampai di tempatnya. Luna menyerahkan kertas yang dipegangnya pada Suraya.

“Good job”, kata Suraya lalu dia menulis nama mereka pada kertas tersebut untuk dihantar pada pensyarah nanti yang kebetulan sudah berada di depan mereka. Kuliah pun bermula untuk sesi ketiga.

No comments:

Post a Comment