Monday, July 13, 2009

Episod 15 - Hanya Kau di Hati

Selama enam bulan Luna menduduki bumi kanada dan bermacam perkara berlaku yang belum pernah ditemuinya di Malaysia. Dia pernah sekali diugut oleh samseng-samseng di jalanan. Kemudian melihat sendiri bagaimana rusuhan dan tunjuk perasaan berlaku jika ada rakyat yang tidak puas hati dengan tindakan pemerintah. Dia juga melihat bagaimana situasi di sebuah hospital yang sangat sibuk dan dipenuhi dengan banyak pesakit. Bila difikirkan hospital di Malaysia lebih baik dari negara orang.

Selama enam bulan itu jugalah Luna berusaha dalam pelajarannya dan diberi kepercayaan menjadi wakil universiti ke pertandingan pidato undang-undang dan menjadi pelajar perempuan pertama yang mendapat anugerah ‘the good point’ walaupun bukan menjadi juara. Dia juga telah dianugerahkan pelajar cemerlang dari Malaysia dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia dengan menjadi salah satu pelajar ‘The Best Malaysian Student’ bagi program pertukaran pelajar asing. Anugerah itu benar-benar membuat dia bangga akan dirinya tetapi dia tidak sekali mahu begitu dihormati atau menjadi bongkak kerana dia tahu asal usulnya.

Selama dia berada di bumi kanada, dia menjadi pelajar baik dan kini menjadi anak angkat bagi Mrs. Hana. Dia juga berkawan baik dengan Michella dan berharap dia akan terus menjadi sahabat Michella walau di mana juga dia berada. Dia akan terus menyimpan kenangannya selama enam bulan berada di kanada. Begitupun dia sudah tidak sabar kembali ke Malaysia. Enam jam yang lalu sebelum dia berlepas, dia menerima banyak hadiah kenangan dari rakan-rakan yang rapat dengannya di kanada. Kini kapal terbang yang dinaikinya sudah merentasi laut dan menuju terus ke Malaysia. Dia sudah tidak sabar mahu bertemu dengan keluarga dan kawa-kawannya. Dia berdoa dalam hati semoga perjalanannya selamat sampai ke destinasi.

* * *

Sementara itu, di Malaysia hari makin gelap, Isabell dan Suraya tahu Luna akan balik tidak lama lagi dan tidak sabar mahu bertemu dengan Luna. Namun tugas mereka tidak diabaikan, bergelar pelajar tahun 2 tidak banyak bezanya dengan pelajar tahun 1 tetapi mereka semakin matang dalam membuat keputusan dan semakin tahu mendisiplinkan diri dalam pelajaran dan aktiviti harian. Pasti akan ditempuhinya tahun 2 ini dengan lebih baik lebih-lebih lagi dengan kehadiran Luna.

Keesokkan harinya, selepas bersiap, Isabell dan Suraya bergegas ke dewan kuliah enam. Mereka dan beberapa AJK yang lain sudah merancang untuk menyambut 50 pelajar pertukaran universiti. Jika tiga hari yang lalu mereka raikan perpisahan 50 pelajar asing sekarang mereka menyambut kedatangan 50 pelajar Malaysia yang akan kembali ke universiti menyambung pelajaran seterusnya. Isabell dan Suraya yang juga AJK protokol mahu majlis meraikan kedatangan 50 pelajar ini berjalan dengan baik. Sementara Zasmond yang dilantik menjadi Setiausaha bagi ‘Program penerimaan pelajar Malaysia’ akan diberi penghormatan menjadi juruacara majlis itu nanti.

Setengah jam kemudian, rombongan 50 pelajar telahpun sampai. Majlis dimulakan dengan penuh rasa gembira dan terharu kerana sekembalinya 50 pelajar ini, perasaan rindu sudah terlepas untuk sahabat-sahabat. Dalam masa majlis itulah, pertemuan antara Isabell, Suraya dan Luna menggamit perasaan. Bukan sahaja kini dapat bertemu muka malah perubahan demi perubahan dibualkan. Namun tidak sempat untuk berbual panjang kerana masing2 lebih tertumpu kepada majlis yang mana menyebut nama-nama pelajar yang mangharumkan nama universiti sekaligus mengharumkan nama Malaysia. Nama Luna pasti sudah menjadi bualan kerana pencapaiannya. Dia sekali lagi naik ke pentas memberikan perkongsian terhadap pengalamannya dan seterusnya menggalakan pelajar baru mengikut jejaknya dan lebih dari itu jika mampu. Tumpuan juga kepada Setiausaha baru yang sedang berucap, Zasmond, dan di sinilah perasaan debar muncul lagi bagi Luna. Bagi Zasmond, perasaan debar di hati bila setiap kali terpandang Luna tidak pernah hilang malah dia semakin yakin perasaan itu akan pergi jauh.

Selepas majlis itu berakhir, semua pelajar terpilih akan diberi kelonggaran mendapatkan cuti dua hari jika mahu balik kampung, tetapi bagi Luna, balik semasa bercuti lebih indah kerana dapat bertemu dengan adik beradik yang lain, lagipula kampungnya agak jauh dan cuti dua hari tidak mencukupi untuk menghilangkan perasaan rindu terhadap ibu bapa. Suraya dan Isabell mendapatkan Luna lalu mereka beriringan balik ke asrama.

“Wah, rasa lega dapat balik ke negara sendiri..”, kata Luna lalu menghempapkan diri di atas katil. Suraya dan Isabell yang menawarkan diri mengangkat beg masih lagi menaiki tangga.

“Beratnya beg kau Luna, apa isi? Kau bawa batu ke?”

“Entah2 ada jejaka dalam tu Luna bawa...”, kata Isabell pula lalu ketawa kecil.

“Siapa suruh korang, nak juga angkat beg saya, baju-baju lah, dulukan saya tak banyak baju sebab belum tau lagi saya pakai, sana ada musim sejuk, saya beli lah baju sejuk, tebal ni, ada dua dalam beg tu..”

“Patutlah berat, tapi taklah berat sangat, tadi ada beg orang tu lagi berat saya tengok dah la bawa 4 beg, entah apa diisinya dalam tu...”, kata Suraya yang terlihat situasi lelaki mengangkat 4 begnya balik asrama.

“Mungkin dia bawa sesuatu untuk orang-orang yang dia sayang..ah bercakap pasal itu, kitorang tak ada ke Luna?”

“Ada pa pula?”

“Kan saya dah cakap Luna pasti lupa...”

“Sampai hati kau Luna..”, kata Isabell berpura-pura sedih sambil memandang Luna yang masih terbaring atas katil.

“Korang ni tak bagi peluang betullah nak relaks, ada lah, tolong ambilkan beg saya yang kecil tu..”, suraya menyerahkan beg Luna berwarna biru.

“Ni pun dia, ini untuk Isabell, ini untuk Suraya...buka la...”, Luna memberikan bungkusan warna kuning untuk Isabell dan bungkusan warna merah untuk Suraya. Kedua-duanya tidak sabar mahu melihat di dalamnya lalu masing-masing membukanya.

“Wow, ini kan jenis jaket yang saya suka, macam mana Luna tau ni, apa pun thank you”, Isabell membelek-belek bajunya pada badannya dan melihatnya melalui cermin.

“Ow..so sweet, jam pink panther..thanks so much, saya memang suka pink panther...”, kata Suraya pula lalu terus memakainya.

“Nasib baik korang suka apa yang saya beli, jangan berebut-rebut pula..”,lalu Luna mula mengemas baju-baju dan barang yang lain dalam almarinya. Hari makin jauh ke petang dan yang pasti hari ini semestinya dipenuhi dengan cerita-cerita dan perkara yang menarik untuk dikongsikan. Sambil tu suraya dan Isabell membelek buku diari Luna sepanjang enam bulan di kanada.

No comments:

Post a Comment