Friday, July 24, 2009

Episod 20 - Hanya Kau di Hati

Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi peperiksaan semester bermula dan Luna mula merisaukan pelajarannya. Oleh kerana dia merasakan ilmu di kuliah tidak cukup, dia bercadang meminjam beberapa buku di perpustakaan. Selepas menjumpai beberapa buah buku, dia mencari tempat duduk untuk memilih buku-buku yang patut dipinjamnya. Beberapa minit kemudian handphonenya berdering menandakan mesej masuk. Dia terlupa untuk ‘silent’ kan handphonenya sebelum masuk ke perpustakaan. Dia mengambilnya dan membaca mesej tertera dari Zasmond kemudian membalasnya. Sedang dia melihat handphonenya, kebetulan Nizza ternampak dia dari jauh. Dia mendekati Luna.

“Hi Luna..seorang saja?”

“Hi Nizza, ya, duduklah, boleh kita berbual..”

“Mana Zasmond, rasa nak jumpa dia pula.”

“Erm...dia ada meting, kenapa? Cakaplah pada saya kalau ada masalah, mungkin saya boleh tolong.”

“O..kau nak tolong, baiknya...”, Nizza seperti menyindir Luna tetapi Luna tidak perasan.

“Kau tau tak, Zasmond tu dulu banyak peminat, cantik-cantik semuanya dan saya juga menjadi pilihannya, kami pernah berkasihan, tapi oleh kerana dia pentingkan pelajaran, saya setuju jadi adik angkat dia, sekarang dia jadi presiden, makin hensem pula tu..Luna sebenarnya kau tak layak untuk Zasmond...”, sambung Nizza lagi.

“Nizza, apa maksud kau ni?”

“Buat-buat tak faham pula, saya sebenarnya benci tengok kau bersama Zasmond, tak padan, saya yang lebih layak untuk dia.”

“Nizza, kenapa dengan kau ni? Saya ada buat salah pada kau? Kenapa kau benci saya?”

“Sebab kau lah Zasmond tak ambil perhatian pada saya dan sebab kau lah dia lupakan saya, sekarang saya nak ambil balik hak saya.”

“Nizza, saya tak ambil hak kau, Zasmond kata dia ikhlas sayang saya dan saya juga sayang dia. Lagipun Zasmond kata kau hanya adik angkat dia.”

“Itu cakap dia lagipun kenapa kau percaya sangat pada Zasmond tu? Dia sebenarnya nak ambil kesempatan terhadap kau macam yang dia pernah buat sebelum ini.”

“Please...saya tak mahu dengar lagi apa-apa, boleh tak kau pergi dari sini?”

Kebetulan pada masa itu, Zasmond terdengar kata-kata Luna yang menghalau Nizza dari situ tetapi dia tidak tahu cerita sebenarnya.

“Luna...”, Zasmond tidak meninggi suara kerana dia tahu di mana mereka berada sekarang kerana itu dia mendekati mereka.

“Zas, tengoklah Luna ni, saya nak berbaik pada dia tapi dia nak halau saya pula..” Nizza mengambil kesempatan merosakkan hubungan baik mereka.

“Zas...sebenarnya saya..dia...”, Luna tidak tahu macam mana hendak menerangkan keadaan itu, dia berasa sedikit takut jika Zasmond tidak percaya padanya.

“Ok macam nilah, Nizza saya minta maaf bagi pihak dia, boleh tak tinggalkan kami? Nanti ada masa saya mesej atau cari kau ok?”

“Ok..saya tunggu..mungkin hari ini angin dia tak baik, tak apa lah saya pergi dulu..”, kata Luna dengan manja sambil menjeling pada Luna.

Setelah Nizza pergi dari situ, Luna duduk dan mula berfikir apa yang harus dicakapkan pada Zasmond, bukan dia takut untuk berterus terang tapi dia tahu Zasmond pasti sukar untuk mempercayai kata-katanya kerana baginya Nizza seorang yang baik. Zasmond duduk mendekati Luna dan memandang ke arahnya. Dia tahu pasti ada sesuatu yang boleh menerangkan keadaan tadi.

“Luna..Luna ok? Boleh Zas tahu apa yang berlaku?”

“Zas, Luna tak sengaja cakap padanya macam tu, dia kata yang bukan-bukan pasal Zas, pasal Luna and than, tak tahulah Luna salah dengar ke apa..”, Luna mengharapkan Zas faham dan tidak terus menyalahinya.

“Luna..luna..lupakan saja, nanti Zas akan terangkan pada dia, sekarang ni cuba bertenang dan tarik nafas, Zas tak akan tanya apa-apa lagi, sebab Zas tak mahu kita bergaduh. Apa pun dia cakap mungkin dia tak maksudkan, kita just relaks ok?”

“Zas, boleh Luna tanya sesuatu?”

“Apa dia?”

“Erm..betulkah dulu Zas dengan dia pernah..”

“Pernah apa? Berpasangan? Tak pernah, Luna lah orang pertama, kenapa cakap macam tu?”

“Tak ada apa-apa lah, Luna minta maaf pasal tadi..”

“It’s ok Luna, just forget it ok, dah cari buku yang Luna mahu pinjam?”, Luna hanya mengangguk lalu mereka beredar dari situ.

No comments:

Post a Comment