Friday, July 24, 2009

Episod 17 - Hanya Kau di Hati

Setelah satu hari menyiapkan kertas kerja untuk projek mereka bagi subjek am, tidak sabar pula mereka nak berseronok satu hari di pantai pada esoknya. Sudah lama mereka idamakan saat-saat seperti ini dan barulah rancangan ini terlaksana. Kalau dulu mereka dengar cerita dari rakan-rakan yang berkelah, kali ini giliran mereka pula nak rasa perkelahan bersama kawan-kawan lama dan beberapa kawan kuliah.

“Luna, sudah fikir kah apa game tuk kita berseronok besok?”, Suraya merapati Luna yang duduk di mejanya.

“Belum lagi tapi saya terfikir kita buat satu game guna muzik, Isabell radio kau boleh pasang guna bateri tak?”

“Boleh tapi bateri yang lama rasanya dah ‘weak’, kau belanja lah beli yang baru...”, Isabell tersenyum kambing.

“Yelah, saya belanja, empat je kan...”

“Game apa guna muzik?”

“Saya tahu, mesti pas-pas benda than bila muzik stop pada seseorang tu, dengan suara ramai orang tu kena buat apa yang kita suruh, contohnya menari ke, menyanyi ke, kan?”

“Ok tak idea saya?”, tanya Luna memandang Suraya yang terkebil-kebil.

“Sangat best tapi benda apa kita kena pas?”

“Kita pinjam bola tampar Justin, lepas tu boleh main game bola tampar pantai kalau nak”

“Ok juga tu, biar saya mesej dia.”

“Bel, makanan ok ke?”

“Dah, senarai taklah banyak, budget dalam rm20 je, yang penting, panggang ayam, dah lama tak makan panggang ayam..”, Luna tersenyum melihat gelagat Isabell yang memang suka makan ayam.

“Luna, justin kata ok..”, kata Suraya yang masih melihat handphonenya.

“Oklah, semua dah settle, tunggu hari esok je, sekarang tidur awal sebab besok kena bangun awal..”, selesai berkata itu, masing-masing menarik selimut tidur.

* * *

“Semua dah bawa? Nanti ada yang tertinggal...”, Justin mula memanaskan kereta yang disewanya, dia membantu Luna memasukkan beg-beg mereka ke dalam bonet. Hanya tinggal menunggu Zasmond yang mengurus bas bagi pengangkutan rakan-rakan yang lain. Nasib baik Zasmond dapat meminjam bas kecil untuk kegunaan dua belas lagi kawan mereka yang setuju nak ikut. Minyak bas itupun dia sanggup tanggung. Luna memerhati Zasmond dari jauh yang sedang berkata sesuatu kepada pemandu bas itu yang dikenali sebagai Ray, kemudian masuk ke dalam kereta setelah Zasmond berlari ke arah mereka.

“Semua dah selesai, so kita bertolak sekarang, Justin kita jalan dulu, Ray ikut dari belakang.”

Mereka mula bertolak, perjalanan ke pantai yang mereka pilih hanya mengambil masa 45minit jika tiada halangan. Luna berdoa dalam hati agar semua rancangan ini berjaya, selamat dan menggembirakan semua orang.

Lebih kurang jam7.45 mereka tiba di pantai dan memilih tempat teduh yang tidak ramai orang. Memang banyak keluarga yang berkelah di sini.

Sementara yang lain mengeluarkan barang-barang dari kereta, Luna membentangkan tikar untuk meletakkan makanan dan beg. Zasmond pula menyediakan tempat untuk membakar ayam. Baru saja sampai sudah ada yang mula mengambil gambar, Suraya dan Isabell tidak ketinggalan. Perasaan seronok pasti membuatkan kita tidak sabar memulakan aktiviti dan aktiviti pertama mereka bermain bola tampar pantai. Tapi ada juga yang sibuk bermain pasir dan mencari kulit kerang.

“Jom Luna, join kitorang main..”, kata kawan kuliah mereka Dina.

Mereka bermain hingga berpeluh. Sementara yang lain bermain air dan mandi, Luna dan Isabell mula menyediakan keperluan makanan, Justin dan Zasmond mula memanggang. Selepas semua berkumpul mereka makan bersama kira-kira jam11.30 pagi.

Luna mengambil makanan dan duduk di atas kayu berhampiran pokok teduh. Suraya dan Isabell mula berbisik dan merapati Zasmond yang masih memanggang lebihan ayam. Yang lain duduk dalam dua kelompok.

“Zasmond, Luna belum dapat ayam lagi, ambil lah satu bagi dia, kau pun kena makan juga...”, kata Suraya lalu menyerahkan pinggannya berisi nasi.

“Saya tak ada ke, saya pun nak rehat juga”, kata Justin yang tidak mengetahui rancangan mereka. Zasmond mengambil makanannya lalu berdiri.

“Saya memang dah lapar ni tapi siapa nak ganti saya?”

“Biar kitorang ganti, kitorang pun pandai panggang ayam tau”.

“Kalau macam tu, jom Justin..”, katanya lalu mengambil ayam dua ekor. Isabell menarik tangan Justin yang hendak berdiri, dia membisik sesuatu di telinganya. Barulah Justin faham kenapa mereka sengaja suruh Zasmond beri ayam pada Luna yang duduk seorangan.

“Saya nak tolong panggang lagi lah, dorang ni bukan tau sangat panggang, kau pergi bagi kat Luna ayam tu, temankan dia makan sekali.”

“Tapi...”

“Pergilah, orang bagi dia peluang...”

Zasmond tahu mereka sengaja suruh dia mendekati Luna kerana itu dia mula rasa takut tetapi dia memberanikan diri mendekati Luna yang sedang melihat handphonenya.

“Boleh Zas duduk? Zas bawakan ayam untuk Luna”.

“Oh duduklah, Luna ingat nak ambil sendiri, terima kasih...mesti sedap Zas panggang kan..”, Luna tersenyum membuatkan Zasmond bertambah yakin.

“Luna, Zas ada banyak perkara nak cakap dengan Luna tapi tak tahu mana nak mula.” Zasmond memulakan perbualan sambil memakan sedikit demi sedikit makanannya.

“Tak apa, cakap ja Luna dengar dari awal sampai akhir.”, Hati Luna makin berdebar.

“Selama enam bulan kita tak bersua, hati Zas mula rindu pada senyuman Luna. Zas tahu, mungkin Luna akan lupakan Zas dan cari orang lain di sana. Zas tak harapkan apa-apa dari Luna lebih-lebih lagi bila teringatkan apa yang Luna katakan sebelum Luna bertolak ke kanada. Zas dengan sedaya upaya lupakan Luna tapi hati ini tetap ada nama Luna, kerana tidak mahu terlalu mengharap dan membuat andaian sendiri, Zas hanya berserah, Zas gembira Luna kembali dengan selamat, apa pun yang Zas cakap sebelum ini, Luna lupakan saja, dan berharap kita masih tetap berkawan.”

Luna memandang Zas lalu memandang laut yang sedikit bergelora seperti hatinya kini. Dia mahu memberitahu Zasmond suatu rahsia yang hanya dia saja tahu, sesuatu tentang hatinya, tentang perasaannya dan tentang apa yang dia rasakan tapi entah kenapa dia rasa kaku. Dia menghabiskan makanannya tanpa berkata apa-apa pada Zasmond.

“Luna ok? Zas minta maaf kalau kata-kata Zas menyakitkan hati Luna. Kalau Luna tak suka Zas di sini, Zas tak akan ganggu Luna.” Baru sahaja Zasmond berdiri, dia terdengar Luna menyebut namanya.

“Zas, sebenarnya Luna gembira Zasmond masih mahu berkawan dengan Luna, tetapi mahukah zas menerima Luna yang sudah pernah melukakan hati Zas? Sewaktu di kanada, Luna juga mahu melupakan Zas, tapi hati ini selalu teringat Zas lebih-lebih lagi kerana sepucuk surat dan patung kecil yang Zas beri, dia lah tempat Luna meluahkan hati ketika sedih. Zas, kalau Luna beritahu sesuatu jangan terkejut ya, dan tolong rahsiakan dari orang lain. Luna sebenarnya hampir pernah dinodai oleh bekas teman lelaki Luna dahulu tetapi Luna berjaya melepaskan diri. Selama 2 tahun Luna percayakan dia tapi dia sanggup buat Luna seperti tiada hati dan perasaan. Luna tak pernah memberitahu sesiapa pun tentang perkara ini. Luna tidak layak untuk Zas atau untuk sesiapa.” Tanpa menyedari air mata Luna mengalir di pipi mengingatkan masa silamnya. Zasmond meletakkan makanannya kemudian mengambil tuala kecilnya.

“Luna..please don’t cry..saya tak mahu kamu mengingati masa silam itu, lupakan saja jangan ceritakan.”

“I’m sorry..tapi Zas harus tahu siapa Luna sebenarnya”, dia menghilangkan air matanya pada tuala kecil yang diberi Zasmond.

“Luna, masa silam tidak semestinya menghalang kita untuk mendapatkan kebahagiaan lagipun hati zas terpaut dengan Luna bukan masa silam Luna..kalau Zas mulakan sekali lagi, Luna terima Zas?”, Luna tidak faham lalu memandang Zasmond.

“Zas rindukan Luna, dan Zas mahu Luna ada di sisi Zas selalu, bolehkah Luna terima Zas sebagai pelindung Luna?”, Luna tersenyum lalu mengangguk.

“Zas tak kisah? Luna rasa diri Luna tak layak tuk zas.”

“Luna tak rindukan Zas?”

“Rindu, sangat rindu..”

“Kalau macam tu, kita bersama? Zas tak mahu berjanji tapi zas akan pastikan Luna selamat dan bahagia di sisi Zas.” Luna menyambut tangan Zas yang mahu bersalaman dengannya, mereka berpandangan sambil tersenyum. Kebetulan dia melihat Suraya, Isabell dan Justin ke arah mereka.

“Jadi dah bersama lah ni..”, kata Isabell memandang mereka.

“Luna, jaga-jaga Zasmond ni kuat cemburu.” Justin sengaja menyakat Zasmond, Zasmond hanya tersenyum.

“Itu lebih baik, bukan kah itu tandanya sayang.” Mereka ketawa kecil lalu bersedia memulakan game seterusnya sebelum mereka balik jam 3 petang nanti.

No comments:

Post a Comment